11 February 2009

TIPS UNTUK PEMIMPIN DUNIA

Apabila disebut mentadbir dunia ia adalah mentadbir apa yang ada di antara langit dan bumi. Daripada segala khazanah yang lahir mahupun yang terpendam. Segala bangunan yang dibina mahupun yang wujud semulajadi, manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, wang ringgit, kenderaan, politik, ekonomi, ketenteraan, pendidikan, masyarakat dan lain-lain.

Dunia ini kenalah diurus dan ditadbir. Pentadbirnya adalah manusia, sebagai khalifah Tuhan di bumi. Untuk mentadbir dan mengurus dunia amat susah dan rumit sekali. Ibarat-ibarat dan perumpamaan yang boleh kita beri untuk menggambarkan kerumitan ini di antaranya ialah:

1. Dunia ibarat air laut yang dalam yang dipenuhi dengan berbagai-bagai khazanah dan simpanan Tuhan yang berharga. Manusia dibenarkan mengambilnya tapi banyak manusia tenggelam di dalamnya atau karam di dalamnya.

2. Dunia ibarat gadis yang cantik yang sangat mempersona . Kita disuruh mengurus dan menjaga kehormatannya tetapi kebanyakan orang sebelum orang lain menodainya, dia menodainya terlebih dahulu.

3. Dunia ini ibarat tumbuh-tumbuhan hijau yang senang mata memandangnya . Kita dilalaikan olehnya serta cenderung terhadapnya. Jarang-jarang boleh mendisiplinkan dan mengawal dirinya.

4. Dunia itu ibarat ular . Racunnya boleh dibuat ubat. Ia boleh dijadikan pertunjukan untuk menghibur. Ertinya ia boleh dimanfaatkan tapi jarang orang yang tidak dipatuknya.

5. Dunia itu ibarat madu yang manis . Ramai orang yang suka meminumya. Jarang orang yang tidak tersedak apabila meminumnya.

6. Dunia ibarat kebun yang indah . Penuh dengan buah-buahan, air yang mengalir, ikan yang bermain-main, pokok-pokok bunga yang tersusun dan teratur, bunga-bunganya yang berbagai warna, tempat-tempat rehat yang selesa udara yang segar. Daun-daun yang menghijau, pepohon yang melambai-lambai, rumput-rumput bak permaidani, jarang orang yang amanah menjaganya. Biasanya buah-buahan selalu saja dicuri dan diambil sesuka hati.

7. Dunia ibarat harimau yang ditunggang oleh manusia untuk menuju ke destinasi. Jarang manusia sampai ke matlamatnya. Selalunya mereka dibaham harimau di dalam perjalananya kerana bukan mudah kita hendak mengawal harimau.

3 comments:

  1. tips untuk pegawai sukan tak ada ke tok malau ? tips dalam ringgit malaysia la...penat kitaorang jaga acara 80 meter dan lompat jauh tadi..badan pun dah naik hitam pekat..kesan pancaran suria..

    ReplyDelete
  2. semua tips dalam bentuk rm dibatalkan dibimbangi akan ada yang melompat dari pegawai sukan kepada pegawai kesihatan noni... he he..

    ReplyDelete
  3. tokey noni tu kuat betul pelupenya..aku pun ada sikit was was dengan keberkesanan noni beliau..kalau setakat lutut saja kuat tapi daya ingatan makin lemah..kureng berkhasiat juge la itu noni..lain la nora...ingat saja walaupun aku terlupe bayor kelmarin...nora ok..noni..kureng sikit ok.

    ReplyDelete