05 February 2009

Pemimpin Kebenaran Vs Pemimpin Politik

Pemimpin - pemimpin politik yang menguasai dunia
yang menentukan nasib manusia hampir berakhir
Mereka sudah lama berkuasa
beratus-ratus tahun lamanya
Tuhan biarkan mereka
bermaharajalela menguasai dunia
kerana menunggu pemimpin yang membawa kebenaran Tuhan
Ada juga yang memperjuangkan kebenaran
caranya pula tidak benar
di samping para -para pejuang kebenaran itu
belum sanggup memperbaiki diri
maka Tuhan tidak beri kemenangan lagi
Sekarang ini pemimpin kebenaran itu
bersama-sama pengikutnya telah membaiki diri
perjuangan mereka tersendiri
tidak mengikut sistem yang ada
awal kurun pun sudah penghujung
tanda kemenangan mereka tidak lama lagi
Di ketika kemenangan mereka
pemimpin-pemimpin yang berpolitik
akan berakhir

3 comments:

  1. brader Tok Malau..bila semua orang ingin berkuasa..kan ke pelik... satu negeri 2 Menteri Besar ? sedangkan waktu Saidina Abu Bakar ditawarkan jawatan ketua...menangis dia kerana takut akan beban yang bakal ditanggungnya... Sekarang.. menangis juga tetapi menangis kerana takut hilang jawatan...tak takut langsung tentang tanggungjawab yang bakal dipikul dan dibawa mengadap Allah s.w.t nanti...

    ReplyDelete
  2. Pemimpin kebenaran boleh memimpin kita hingga ke akhirat .... tetapi pemimpin politik hanya membawa kesesatan kepada kita.

    Takbir......

    ReplyDelete
  3. Semuga tokMalau sedar bahwasanya parti di Malaysia ini semuanya mengarut sahaja...agamapun dijual untuk raih undi.

    ReplyDelete