21 February 2009

INGATLAH MATI


Ingatlah mati di dalam apa jua keadaan,
Agar kita tidak alpa, jiwa sentiasa subur dengan perasaan cinta dan takutkan Allah.
Kematian itu satu keyakinan dan kepastian yang pasti terjadi.
Mati mesti diingati setiap ketika.

Kerana itu, mati adalah peringatan yang cukup baik. Saat kematian adalah satu masa yang amat dirindui oleh orang-orang yang mencintai Tuhannnya. Itulah jambatan pertemuan antara Khaliq dan hamba. Selepas kematian, setiap manusia akan sendirian, tanpa ayah, ibu, suami atau isteri, keluarga, sanak saudara atau sahabat handaai. Dia sendiri yang akan menanggung nasibnya sendiri.

Dua makhluk yang sangat mentaati Allah akan menanyakan amalannya, namun mereka ini TIADA LANGSUNG perasaan BELAS KASIHAN pada orang yang jauh lari dari Allah. Setiap amal baik dan buruk, pasti akan disoal..

Sabda Rasulullah SAW..
” Setiap manusia yang mati akan terputus semua amalan, kecuali tiga perkara. Ilmu yang bermanfaat, sedekah dan doa anak yang soleh”…



Aku penuh debar dan sungguh cemas
Menunggu hari kematian
Kerna dia datang tanpa ku ketahui

Aku takut di waktu ketibaan kematian
Aku tidak tahu, di dalam taatnya
Atau di dalam kedurhakaan
Di dalam aku mengingatiNya atau di dalam kelalaian

Di waktu taat, husnul khatimah
Jika di waktu durhaka, suul khatimah

Aduh..cemas aku setiap waktu bila mengingati mati
Kerna aku tidak tahu
Nasibku husnul khatimah atau suul khatimah

Hatiku resah selalu. jiwaku terganggu
tapi orang tidak tahu

Aduh, mati adalah penutup segala-galanya
Apa yang dilakukan dan apa yang dirasakan oleh hati,
Itulah yang dibawa ke akhirat

Di sana segala-galanya dinilai
Jika tersilap, di sana tidak boleh hendak dibetulkan lagi

Tuhan!
Tuhan!
Tuhan!

Hatiku sungguh cemas
Aku harap, matikanlah aku
di waktu aku mentaatiMu
atau di waktu mengingatiMu
Kalau berlaku sebaliknya kerana kelemahanku

..kerana aku ini hambaMu
tidak dapat elak dari kelemahan ini…

Dengan RahmatMu Tuhan
Dengan RahmatMu Tuhan


Ampunkanlah dosa-dosaku
di waktu ini


Bila dosaku Engkau ampunkan
Aku seperti tidak membuat dosa
Maka ringanlah bebanku sewaktu ke sana

Itulah harapanku padaMu Tuhan
di waktu detik kematianku..

Engkau sahajalah yang boleh menyelamatkan aku

2 comments:

  1. Golongan yang takut pada kematian sahaja
    Yang akan menganggap kisah ini tidak sesuai
    Kematian itu dak dapat dielak
    Sampai masanya jua
    Kematian itu pasti sampai..
    Entah hari ini
    Entah esok
    Entak lusa

    ReplyDelete
  2. tul tu ... moga kematian kita dalam ketenangan bukan haru biru ahaks..

    ReplyDelete