15 July 2009

ENGKAU INGIN BERJUANG?

Engkau ingin berjuang
tapi tidak mampu menerima ujian
engkau ingin berjuang
tapi engkau rosak dengan pujian
engkau ingin berjuang
tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan
engkau ingin berjuang
tapi tidak begitu setia kawan
engkau ingin berjuang
tapi tidak sanggup berkorban
engkau ingin berjuang
tapi ingin jadi pemimpin
engkau ingin berjuang
menjadi pengikut agak segan
engkau ingin berjuang
tolak ansur engkau tidak amalkan
engkau ingin berjuang
tapi tidak sanggup menerima cabaran
engkau ingin berjuang
kesihatan dan kerehatan tidak sanggup engkau korbankan

engkau ingin berjuang
tapi masa tidak sanggup engkau luangkan
engkau ingin berjuang
karenah isteri engaku tidak tahan
engkau ingin berjuang
rumahtangga lintang pukang
engkau ingin berjuang
diri engkau tidak engkau tingkatkan
engkau ingin berjuang
disiplin diri engkau engaku abaikan
engkau ingin berjuang
janji kurang engkau tunaikan
engkau ingin berjuang
kasih sayang engkau cuaikan
engkau ingin berjuang
tetamu engkau abaikan
engkau ingin berjuang
anak isteri engkau lupakan
engkau ingin berjuang
ilmu berjuang engkau tinggalkan
engkau ingin berjuang
kekasaran dan kekerasan engkau amalkan
engkau ingin berjuang
pandangan engkau tidak selaraskan
engkau ingin berjuang
rasa bertuhan engkau abaikan
engkau ingin berjuang
iman dan taqwa engkau lupakan
Yang sebenarnya apa yang engkau hendak perjuangkan?

14 July 2009

SYUKUR DAN TAUBAT


aku syukur padaMu Tuhan
diatas segala nikmat yang Engkau beri
aku bersyukur kepadaMu lagi
diatas kesyukuran itu
kerana syukur itu satu NIKMAT
yang bersifat maknawi dan rohani
ia dalah satu pemberian
syukur diatas kesyukuran
begitu juga , aku bertaubat diatas dosa-dosaku
seterusnya aku bertaubat
diatas taubat-taubatku yang palsu
ertinya taubatku memerlukan taubat lagi
taubat diatas taubat
begitulah yang aku harapkan padaMu
ingatkan aku .. bahawa syukur itu
adalah satu nikmat dan anugerahMu
agar aku bersyukur diatas kesyukuran kesyukuran itu
seterusnya ingatkan aku .. bahawa taubatku adalah PALSU
agar aku bertaubat diatas taubat itu
moga aku tidak menipu diriku.

07 July 2009

Jom Berkasih Sayang

Salam buat cucu tok semua ,
Satu kembara ukhuwwah akan diadakan pada 18 hb Julai ini... terbuka buat team blogger SKAP dan mereka yang sudi berkasih sayang.
Matlamat :
Menyemarakkan kasih sayang ... moga kita dinampakkan respon Allah melalui kembara ini dan moga kembara ini diredhoiNya.

Mintak Haru Biru buat tentatif k...mari hayati lagu ni sebelum kita kembara ...

06 July 2009

Merenung Qalbu


Renungkanlah selalu hati kita
Kerana ia merupakan sumber
Kebaikan dan kejahatan
Wadah kekufuran dan keimanan
Rebutan di antara malaikat dan syaitan

Hati perasaannya halus
Sentuhannya tidak terasa
Tapi sangat memberi kesan dalam kehidupan
Siapa yang arif perjalanan hatinya
Faham kebaikan dan kejahatannya
Maka bersungguhlah bermujahadah ia
Membuang kejahatannya
Segera diganti dengan kebaikan
Keselamatan untuk dirinya
Dari tipudaya syaitan dan dunia

Ramai orang yang tidak faham
Perjalanan hatinya sekalipun agamawan
ustaz , ustazah , pak lebai dan ulama'
Mereka terima saja yang baik dan yang buruk
Kemudian merasakan baik semuanya
Tidak terasa lagi membuat dosa
Disinilah perlu pimpinan
Guru yang mengenal hati manusia


Tok Malau ... " orang yang merasakan dirinya tidak berdosa , sebenarnya sedang melakukan dosa ... tebalkanlah rasa kehambaan ... moga Allah memandang dengan Kasih SayangNYa"

03 July 2009

Khasiat Aromatheraphy Plus


InsyaAllah ...

Melegakan batuk , selsema asma dan kahak akibat merokok ;

Caranya : sapukan dibahagian dada , leher dan belakang badan 3 kali sehari mengikut keperluan

Sakit gigi ;

Caranya : basahkan kapas dengan Aromatheraphy Plus dan masukkan ke dalam gigi yang berlubang @ sapukan di luar rahang

Stress , tension , kemurungan , mengantuk , pening , sakit kepala , loya @ muntah ;

Caranya : sapukan Aromatheraphy Plus di tapak tangan , pekup tangan dihidung sambit menyedut aroma sebanyak 3 kali berturut-turut dengan nafas yang dalam. Boleh juga disapu dibahagian kening dan kepala.

" MURAH , MUDAH DIBAWA DAN PELBAGAIGUNA "

PALING MUJARAB : UNTUK BAYI 2 BULAN KE ATAS YANG BATUK , TAK PERLU BERI MINUM UBAT BATUK HANYA SAPUKAN AROMATHERAPHY PLUS DI BAHAGIAN LEHER DAN DADA....INSYAALLAH.

Cucu tok yang berminat boleh order kat tok k ( 019-2349221 )...moga bermanfaat.

01 July 2009

episod pertemuan AROMATHERAPHY PLUS


Episod 1 :
Awal Jun hari tu tok sempat pi tolong sahabat tok berniaga kat Ekspo Usahawan di Tapak Ekspo Seberang Jaya Penang. Cucu-cucu tok pula sibuk kat Pesta Buku , macam2 peraduan yang diadakan.So sambil2 tu tok ronda kat booth jualan... jumpa le promo Aromatheraphy Plus ni ... orang tengah promote ..tok dengo je le... ambik tau lebih kurang je , capai le juga handout yang diberi...

Episod 2 :

Dua tiga hari lepas tu , Tok berhajat nak balik kampung maklum le cuti sekolah ... cucu-cucu tok ni dah lama tak jumpa dgn hero-hero kampung ... pack barang lebih kurang .. terus jalan...on the way baru teringat kereta tak servis lagi..minyak enjin dah beli ada kat bonet...pe lagi sambil memandu mata tok liar memandang awek-awek cun ... opps ke situ plak ...memandang kedai servis kereta....akhirnya tok pun paut stereng keta masuk kiri canteeek ... masuk kedai servis kereta ...tukar minyak enjin dan sebagainya... nak masuk highway , minyak enjin kena tukar baru le best...nak memecut di jalan yang lurus..he he ... cam bahasa rock le plak tok ni...

Episod 3 :

Sambil dok tunggu pomen tu buat kerja ...tok pun melilau le...ronda-ronda kat situ...baca le pe patut..segala iklan yang ada ...and then ... ha ni le pejabat AROMATHERAPHY PLUS... otak tok ligat mengingati episod 1 ...pe lagi ..panjat tangga pi sembang dan beli 2 botol AROMATHERAPHY PLUS...wangi

Episod 4 :

Tok beli AROMATHERAPHY PLUS tu sebab nak cuba kat cucu tok yang dah dua hari batuk... selalunya maknya guna ubat batuk Homeopathy .... tapi dah abis stok... tok pun sapu lehernya dengan AROMATHERAPHY PLUS ... mudah mudahan baik...
Sampai kat kampung...syukur cucu tok dah tak batuk ... Esoknya tok bawak anak-anak sedara tok ronda-ronda pi Tanjung Malim ... on the way balik ada yang menjerit pening kepala nak muntuah ..tok teringat kat AROMATHERAPHY PLUS... sapu kat leher pastu bagi cium bau AROMATHERAPHY PLUS tu ... syukur tak jadi muntah..semua dalam kereta pun lega tak pening..macam best je..nyaman gitu ( pinjam bahasa indon )...

Episod 5 :

So .... atas pertemuan itu tok bersyukur dan mengajak semua pengunjung blog tok untuk berkongsi rasa dan kebaikan menggunakan AROMATHERAPHY PLUS yang mujarab , pelbagai guna dan bermanfaat untuk seisi keluarga. Satu kaedah rawatan menggunakan bau-bau .... bunga ciptaan Allah ... dan berwangi-wangian itu sunnah Ar Rasul SAW...
Sape nak cuba boleh order dengan tok sebotol RM 14.90 je... promosi dengan harga kasih sayang sebotol RM 13.00 je... kalu jauh kena le tambah untuk kos penghantaran dalam RM5.00 - RM7.00 kot...

Selamat mencuba ... dan perkongsian ini untuk semua cucu tok yang budiman.
Kepada yang telah membeli ... terima kasih tok lafazkan..moga bermanfaat.