24 February 2009
Nazam Buat Ar Rasul SAW
* Mari kita bercerita tentang Nabi kita. Iaitu Rasulullah SAW, penyelamat manusia dunia Akhirat.
* Walaupun sebelum ini kita telah menceritakan banyak kali tentangnya.
* Mungkin kita ceritakan di sudut -sudut lain yang belum diceritakan lagi.
* Kalau pun diceritakan lagi banyak kali tidak mengapa.
* Supaya yang lupa diingat kembali.
* Bertambah ingat lagi.
* Nabi Muhammad SAW orang luar biasa yang tidak ada taranya.
* Sebelum dan sesudahnya di kalangan manusia.
* Sekalipun di kalangan para rasul dan para nabi yang telah diberita.
* Dia adalah rohnya malaikat dan tubuhnya manusia.
* Orang paling cerdik dan paling bersih rohnya.
* Di kalangan manusia sebelum dan sesudahnya.
* Maka dia diberi julukan oleh Tuhan ‘fathonah’.
* Bahkan yang paling ‘fathonah’ di kalangan rasulNya.
* Ilmunya bukan didapati dari akalnya.
* Walaupun dia orang yang paling tajam akalnya.
* Dia mendapat ilmu dijatuhkan Tuhan di dalam hatinya.
* Wahyu namanya, dia belajar langsung dari Tuhannya.
* Kerana inilah dia tidak pertu menulis.
* Dan membaca seperti manusia biasa.
* Kerana itulah ilmunya tidak dilupa sepanjang masa.
* Kalau dari akal mungkin dilupakannya.
* Ilmunya menceritakan dunia dan akhirat ’
{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }
* Tawakalnya luar biasa.
* Sebab itulah di malamnya makanan tidak disimpan untuk esok harinya.
* Dan diberikan kepada manusia yang memerlukannya.
* Kerana dia yakin, kalau esoknya dia hidup, Tuhan merezekikannya.
* Dia tidak membunuh orang.
* Walaupun di setengah-setengah waktu dia harus membunuhnya.
* Tapi dia tidak membunuhnya.
* Dia mengambil jalan yang utama, iaitu memaafkannya.
* Kerana itu orang itu Islam di tangannya.
* Beraninya luar biasa tiada tandingannya.
* Dia sanggup lalu di hadapan musuhnya seorang diri.
* Musuhnya tidak mengapa-apakannya bahkan terpinga-pinga.
{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }
* Kasih sayangnya sangat ketara.
* Terutama kepada fakir miskin, anak-anak yatim dan janda-janda.
* Orang yang bersalah dimaafkannya.
* Sekalipun orang itu tidak memintanya.
* Pernah hamba sahaya hendak dihukum oleh tuannya.
* Dia membuka bajunya untuk disebat.
* Pengganti hamba sahaya, tuan hamba sahaya itu malu dibuatnya.
* Lalu dimerdekakannya.
* Pernah Rasulullah SAW membeli hamba sahaya kemudian dimerdekakannya.
* Pemurahnya tidak ada taranya.
* Macam angin kencang lajunya.
* Tiada siapa yang boleh menandinginya.
* Dan tidak pernah menghampakan orang yang meminta .
* Sekalipun dia terpaksa berhutang buat sementara .
{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }
* Kalau ada orang mengata dan menghinanya.
* Dia diam sahaja, tidak menjawabnya.
* Gembiranya tidak ketawa, hanya senyum sahaja.
* Cuma ketaranya pada mukanya.
* Bahkan tidak pernah menghina orang atau mengata aibnya.
* Sekalipun musuhnya.
* Rasulullah makannya sedikit sekadar mengalas perutnya.
* Dia tidak pernah makan seorang, sekalipun lapar.
* Paling tidak, dia makan berdua.
* Tapi kalau dia tidak suka setengah jenis makanan itu.
* Dia tidak pula mencercanya.
* Kalau dia marah dengan orang, disembunyikan marahnya.
* Sehingga orang tidak tahu marahnya.
* Dia tidak pernah melahirkan jijik kepada manusia.
* Sebab itu dia sanggup makan dengan orang berkudis-kudis badannya.
{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya}
* Sabarnya luar biasa.
* Tentang ujian yang Tuhan timpakan kepadanya berbagai-bagai bentuknya.
* Dia redha.Lantaran itu Tuhan beri dia gelaran ‘Ulul Azmi’.
* Yang tiada bandingannya.Bahkan dia ketua ‘Ulul Azmi’ di kalangan rasul-rasul.
* Di tangannya lahirlah murid-murid yang luar biasa.
* Diberi gelaran Sahabat namanya.
* Ratusan ribu banyaknya, lebih seratus ribu bilangannya.
* Ini tidak pernah berlaku di kalangan rasul-rasul sebelumnya.
* Semua Sahabat-Sahabatnya masuk Syurga.
* Kerana dosa-dosa mereka diampunkan oleh Tuhannya.
* Kerana berkat menjadi Sahabat-Sahabatnya.
* Sahabat-Sahabatnya laksana bintang-bintang di langit.
* Rasul adalah bulan pumama.
{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya}
* Hatinya tidak tidur sekalipun matanya tidur.
* Menunjukkan hatinya sentiasa jaga.
* Sebab itulah kalau dia tidur tidak membatalkan wudhuknya.
* Dia menghormati manusia sesuai dengan darjatnya.
* Sekalipun orang itu kafir.
* Kadang-kadang dibentangkan serbannya untuk tempat duduk tetamunya.
* Kerana menghormati tetamunya.
* Dia tidak mengutuk dan melaknat makhluk Tuhan.
* Sekalipun binatang yang melata.
* Begitu juga tidak pemah melakukan kesalahan.
* Sekalipun menyalahi utama.
* Kalau dia melihat perempuan, matanya ditundukkannya.
* Dia orang paling pemalu.
* Malunya kalah anak dara yang paling pemalu.
* Kalau dia lalu, tidak dibenarkan perempuan di hadapannya ..
{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }
* Ibadahnya banyak, terutama di waktu malam
* Hingga bengkak-bengkak kakinya.
* Dia suka berkhidmat dengan isteri-isteri dan keluarga.
* Bukan diarah-arahkan oleh isteri-isterinya.
* Tapi dia buat dengan sukarela.
* Kerana mencari redha TuhanNya.
* Dia sebaik-baik suami.
* Tidak mampu orang lain membuatnya .
{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }
* Bahkan dia berkhidmat dengan musuhnya.
* Satu cerita yang menyayat hati kita.
* Seorang buta yang benci kepadanya .
* Rasul berkhidmat tanpa diketahuinya .
* Hingga sampai waktu wafatnya.
Diganti oleh Saidina Abu Bakar untuk berkhidmat kepadanya.
* Tapi dirasakan olehnya ada kelainan dari sebelumnya .
* Kamu ini siapa?.Saidina Abu Bakar berkata: “Saya Abu Bakar.
* Pengganti Rasul berkhidmat kepada kamu, yang Rasul itu sudah wafat.”
* Si buta itu terkejut!Rupanya yang berkhidmat padanya orang yang paling dibenci.
* Kerana terkejutnya menjadikan dia mati.
* Tapi sempat dia mengucap dua kalimah syahadat, Islamlah dia.
{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }
* Kalau dia bersahabat atau berkawan.
Mengutamakan kawannya.
* Bahkan berkhidmat kepada sahabatnya.
* Setiap orang yang bergaul, berpuas hati dengannya.
* Setiap orang merasa dia dihormatinya.
* Walaupun berbagai-bagai peringkat kedudukannya.
* Mari kita teruskan cerita tentang nabi kita.
* Supaya lebih terperinci lagi.
* Cerita dan beritanya.
* Dia manusia luar biasa kekasih Tuhannya.
* Agar lebih nampak dia manusia istimewa.
* Dia tidak akan makan sebelum lapar.
* Dia akan berhenti sebelum kenyang.
* Tidak macam manusia biasa.
* Dia tidak suka makanan banyak jenis lauknya ..
* Kalau dia suka kerana Tuhannya.
* Kalau dia marah pun kerana Tuhannya.
* Bukan kerana peribadinya.
{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }
* Bila wafat, boleh dikatakan tidak meninggalkan harta.
* Dia tidak meninggalkan sembahyang jemaah.
* Kecuali sekali saja di dalam hidupnya.
* Iaitu waktu sakit hingga membawa wafatnya.
* Makan minumnya bukan diusahakannya.
* Tetapi setiap kali hendak makan, ada rezekinya.
* Tapi pengikutnya disuruh berusaha.
* Terutama yang ada keluarga.
* Dia tidak menerima upah
* Lebih-Iebih Iagi meminta upah.
* Kerana usaha perjuangannya.
* Tetapi ulama di hari ini, memakan upah.
* Dari usaha dakwahnya .
* Seperti yang dibuat oleh kebanyakan ulama-ulama yang cinta dunia.
* Bahkan ada ulama yang meminta upah dari dakwah dan pengajiannya.
{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }
* Takut dengan Tuhan ketara di mukanya .
* Dia beristerikan janda kaya, Khadijah namanya .
Hartanya diserahkan habis kepadanya .
* Tetapi Nabi korbankan harta itu semuanya .
* Dan Nabi, kalau dia berkawan, sebaik-baik kawan.
* Kalau dia di rumah, sebaik-baik bapa
* Kalau dia bersama isteri, sebaik-baik suami.
* Kalau dia memimpin, sebaik-baik pemimpin
{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }
* Kalau dia bercakap lantang suaranya .
* Tegang urat merihnya.
* Kalau dia bercakap bak mutiara.
* Sangat berkesan pada jiwa orang yang mendengarnya.
* Kalau dia berucap atau berpidato tidak ada gelak ketawa manusia yang mendengarnya .
* Kerana manusia yang mendengar insaf dibuatnya.
* Tidak seperti ulama-ulama hari ini.
* Kalau mereka bercakap gelak ketawa orang yang mendengarnya.
* Kerana yang dicakapkan itu dari lidahnya.
* Bukan dari hatinya.
* Nabi kalau bercakap singkat-singkat sahaja, tidak meleret, tidak seperti kebanyakan manusia.
* Dia bercakap pendek sahaja.
* Tapi terhimpun berbagai-bagai ilmu di dalamnya .
{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }
* Dikatakan oleh hadis ‘jawa miul kalim’ .
* Kata-katanya singkat tapi padat .
* Kata-katanya singkat tapi maksudnya luas .
* Kata-katanya singkat tapi puas dan menggetarkan jiwa.
* Tidak seperti orang lain bercakap berjela-jela, isinya tiada.
* Masa terbuang, cakapnya tidak menggetarkan jiwa
* Kita sambung lagi cerita nabi kita.
* Nabi tidak suka berjalan-jalan membuang masa.
* Juga tidak akan bercakap yang sia-sia.
* Sekalipun tidak berdosa.
{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }
* Kalau dia ketawa tidak berbunyi.
* Insafnya dapat dilihat di mukanya.
* Takutnya kepada Tuhan di mukanya ketara .
* Dia melahirkan kegembiraan bila kawan-kawannya gembira .
* Dia melahirkan kesedihan di atas kesedihan kawan-kawannya.
* Rasulullah mudah menangis.
* Kerana takutkan Tuhannya
* Rasulullah tahu Tuhan kasih kepadanya.
* Akhlaknya sungguh agung..
* Tuhan memujinya.
* Bahkan mengatakan dia yang paling bertaqwa di kalangan manusia ..
* Sebelum dan sesudahnya.
{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }
* Seolah-olah dia tidak mendengar apa yang Tuhan kata terhadap dirinya.
* Tuhan berkata: “Akhlaknya, sungguh agungnya.”
* Tidak ada siapa boleh menandinginya.
* Tetapi dia tidak merasa bangga, dia tetap merasa hamba.
* Dia tetap dapat mengekalkan rasa takut dengan Tuhannya.
* Rasa kehambaan sentiasa di dalam hatinya.
* Bahkan tidak pernah putus daripada perasaannya.
* Soal Tuhan memujinya itu hak Tuhannya.
* Tapi dia tetap merasa hamba kepada Tuhannya.
* Tawadhuk. dengan Tuhannya, sentiasa ada.
* Sangat ketara, di dalam hidupnya.
{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }
* Dia berpakaian jubah dan serban.
* Warna yang disukai kebanyakannya putih dan hijau
* Warna hitam ada juga dipakainya.
* Tapi sekali sekala.
* Makanan yang dia suka, susu dan tamar.
* Daging sebagai lauknya
* Itulah penguat badannya.
* Demikianlah secara ringkas.
* Yang global tentang cerita nabi kita
* Yang tidak disebut berusahalah untuk mempelajarinya. .
{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }
* Di dalam sejarah Nabi kita ada dicerita .
* Mukjizat banyak berlaku di tangannya.
* Yang lahir dan yang batin .
* Yang besar ialah Al-Quran dan Al-Hadis .
* Yang kekal sampai ke akhir zaman.
* Untuk pengajaran dan panduan kepada manusia .
* Demi keselamatan manusia dunia dan Akhiratnya .
* Tetapi apa yang disebutkan itu sudah memada.
* Bagi orang yang tiada masa mengkajinya .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment