27 February 2009

MADAH TOK GURU TOK MALAU

Kalau di dalam menegakkan kebenaran kita ditimpa kesusahan serta terpaksa meninggalkan kampung halaman,
tirulah Rasulullah SAW di dalam kesabaran,
kalau kita terpaksa mengembara dan berkelana,
ikutilah jejak Nabi Allah Musa a.s,
kalau kita dikurung dengan ketakutan,
tirulah Nabi Allah Yunus a.s,
kalau kita diseksa dan diancam,
buatlah seperti Nabi Allah Ibrahim a.s,
kalau kita diberi nikmat dan kemewahan,
jadikanlah Nabi Allah Sulaiman a.s sebagai teladan,
begitulah seterusnya pada para-para Rasul a.s itu ada tauladan
dan pengajaran.
Sepatutnya orang Islam tidak buntu
bila berhadapan dengan cabaran



Letakkan dunia itu di tangan,
Akhirat di hati,supaya dunia itu senang dibagi-bagi dan akhirat dibawa mati


Jagalah lidah yang lembut ini,
dia boleh merosakkan dan boleh membaiki,boleh memecah-belah boleh mendamaikan,
boleh menaikkan boleh menjatuhkan,boleh menginsafkan boleh meliarkan,
boleh bermusuhan boleh berkasih sayang, boleh membohongkan boleh membenarkan,
engan kata-kata lain lidah adalah penawar, lidah juga adalah racun

5 comments:

  1. Tok ..lawa rasa insaf je baca n3 tok ni...memang kita dalam perjalanan..tapi lawa dapat dugaan hidup yang banyak sangat ..seksanyaa tokkk
    tapi org nampak lawa happy je..

    dugaannya kalau org tak kuat dah lama kojol tok..berat mata memandang berat lagi bahu memikul tok..dulu masa kita era 20an kita x der dugaan sebanyak ini....

    ReplyDelete
  2. seberat mana dugaan dan ujian hakikatnya insan itu memang mampu menghadapinya ... sentiasa dekatkan diri kpd Ilahi ...sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengabulkan

    ReplyDelete
  3. Madah kepada tok kepada tok kepada tok malau ada tak...

    ReplyDelete
  4. itu madah satu keturunan tu ... biasanya yang nasab terpelihara mat lanun je .. tu yang bangga sgt ngan nasab dia tu

    ReplyDelete
  5. Tok awat tak singgah blog lawa...awat tok tak mau kawan dgn lawa kaa??mentang ler lawa ni tak warak macam ostazahhhh...uuuwwaa!

    ReplyDelete