08 March 2009
Watak dunia yang menunggu Penyelamat .. siri 1
Watak dunia hari ini sudah sama dengan watak di zaman kebangkitan Rasulullah SAW iaitu di zaman sebelum dilahirkan hingga baginda dilahirkan dan terus dilantik menjadi Rasul dan pemimpin. Siapa yang membaca sejarah pasti akan mengetahuinya. Antara watak-watak tersebut ialah:
Tidak senang dengan pemimpin dan sistem yang ada
Hampir setiap rakyat di setiap negara manggelisah kerana tidak senang dengan pemimpinnya, samada Rajanya atau Kaisarnya yang berkuasa pada waktu itu. Dan setiap hati merasakan perlunya ada satu sistem pemerintahan yang lain serta pemimpin yang lain yang boleh menyelamatkan mereka. Keadaan ini berlaku di merata-rata tempat di seluruh dunia. Sama ada berlaku di negeri-negeri, negara-negara ataupun pemerintahan bertaraf empayar di waktu itu, terutamanya Rom dan Parsi. Rakyatnya sudah gelisah. Bukan saja rakyat Rom dan Parsi itu sendiri, tetapi negara-negara yang di bawah riayah itu juga menggelisah. Tidak senang dan tidak tenang. Inginkan satu alternatif sama ada dari segi sistem pemerintahan dan sistem hidup, mahupun memulihkan sistem itu. Itulah petanda penyelamat akan didatangkan.
Tidak lama selepas itu, Rasulullah SAW pun datang sebagai penyelamat. Baginda datang membawa satu sistem yang tidak ada langsung di waktu itu, berlainan dengan bentuk sistem yang wujud waktu itu, yang memang orang sudah tidak hendak. Begitu juga, Rasulullah dilantik menjadi pemimpin tidak melalui cara-cara lantikan pemimpin yang wujud di waktu itu, samada sistem beraja mahupun sistem berpresiden iaitu kaisar dan kisra.
Jadi watak dunia yang begitu sudah wujud sekarang. Suatu waktu dahulu, Kesatuan Soviet menjadi empayar. Tetapi kekuasaannya sudah lenyap. Sudah jelas Kesatuan Soviet telah ditolak oleh negara-negara jajahannya yang telah pun keluar dan membentuk negara merdeka. Hingga ke hari ini Russia hanya berkuasa di negaranya sendiri. Itupun masih belum aman. Rakyat tetap tidak berpuas hati dengan pemerintah dan sistem yang dilagangnya sekarang. Dan ini juga akan berlaku pada Amerika. Ia akan senasib dengan Russia. Bukan sahaja negara-negara di bawah caturannya sudah tidak setuju dan tidak senang, anak-anak emasnya di negara Teluk pun sudah gelisah, kecuali Saudi Arabia.
Dengan krisis ekonomi yang semakin parah akhir-akhir ini, masalah sosial menjadi semakin bertambah. Keresahan sosial semakin terasa, bukan sahaja di Amerika, malah ia merebak ke Eropah dan seluruh dunia. Apatah lagi dengan masalah keruntuhan akhlak dan moral majoriti manusianya yang menyapu bumi. Apa akan jadi pada generasi mereka 100 tahun lagi jika masyarakat dipenuhi anak-anak zina yang rosak psikologinya? Penderita sakit jiwa pula lebih ramai bilangannya dari bilangan pelajar di universiti di sana.Apa akan jadi jika amalan lesbian dan homoseks disahkan, budaya wanita murahan dan budaya porno diteruskan, kebebasan memiliki senjata api dibenarkan undang-undang dan seribu satu macam lagi kepincangan masyarakat. Inilah yang dikatakan masyarakat anti-Tuhan . Budaya masyarakatnya juga sudah menular ke serata dunia. Apabilasemua sistem sebuah negara di ambang kejatuhan maka ia seolah menunggu ajal sahaja.
Tidak kurang juga yang berlaku di Asia. Rakyat sendiri sudah tidak mahu dengan pemerintahan dan sistem yang ada sekarang, Cuma rakyat tidak tahu sistem apa yang mahu diambil.Alternatifnya masih belum nampak. Begitu juga, cara bagaimana mereka hendak seorang pemimpin itu dilantik. Sebab itu, mahu tidak mahu pemimpin yang hendak dilantik itu mesti masuk sistem pilihanraya yang sedia ada. Perlantikan melalui line-line yang lain walaupun ada yang nampak, tetapi agak sulit dilakukan. Sesetengah mereka itu tidak nampak jalannya. Tetapi hati mereka tetap tidak setuju dengan sistem pemerintahan yang ada. Wujudnya vakum dalam kepimpinan
Di kebanyakan negara sukar hendak dipilih siapa tokoh yang layak untuk menggantikan pemimpin yang berkuasa sekarang. Walaupun ada timbalannya, tetap tidak diyakini. Hati rakyat tetap merindui dan menanti-nanti seorang pemimpin yang boleh membawa keamanan, kemakmuran, keadilan dan membawa terjurusnya hati pada Tuhan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment