NABI SULAIMAN DAN PUTERI BALQIS
Dedikasi buat sahabat-sahabat yang dok pening kepala nak buat teks cerita MTQ... moga bermanfaat.
Assalamualaikum..
Terima kasih tuan pengacara majlis , Salam penghormatan buat barisan hakim yang arif bijaksana seterusnya hadirin dan hadirat yang budiman.
Ahlan wa sahlan ya marhaban
Kepada rakan yang budiman
Dengarkan kisah dari al quran
Puteri Balqis dan Nabi Sulaiman
Nabi Sulaiman adalah putera Nabi Daud a.s. Nabi Sulaiman mewarisi pemerintahan Nabi Daud menjadi Raja Bani Israil. Baginda merupakan seorang yang bijak dan mulia. Nabi Sulaiman juga dianugerahi Allah mukjizat yang hebat iaitu memahami bahasa haiwan dan memerintah jin serta angin.
Segala keistimewaan ini digunakan oleh Nabi Sulaiman untuk berdakwah dan membuat kebaikan.
Firman Allah :
ولقدءآتينا داود وسليمان علما
Ertinya “ Dan sesungguhnya Kami telah memberi ilmu kepada Daud dan Sulaiman ”
Surah An Naml ayat 15
Ya kawan-kawan ,
Gunakanlah ilmu dan kelebihan diri untuk berdakwah serta melakukan perkara kebaikan yang memberi manfaat sesama insan.
Angkasawan Negara Dato’ Syeikh Muszafhar Shukor telah berkongsi ilmu dan pengalamannya semasa berada di angkasa serta menjalankan kajian sains yang akan bermanfaat kepada kehidupan manusia.
Ratu Balqis pemerintah Saba
Kekayaan melimpah hidup bermegah pantun
Istana besar indah bercahaya
Lalai dan leka matahari disembah
Firman Allah ,
Ertinya :
“ (Berkata Hud-Hud )Aku dapati wanita itu dan kaumnya menyembah matahari selain Allah ”
Surah An Naml ayat 24
Ya kawan-kawan ,
Kemajuan dan kekayaan perlu disyukuri dan janganlah kita terpesona dengan harta benda dan kekayaan sehingga menggadaikan keimanan dan keyakinan kepada Ilahi.
Dasar Islam Hadhari yang bertujuan mencapai kemajuan dan kegemilangan negara telah menggariskan teras pertamanya iaitu Keimanan kepada Allah Taala.
Satu ketika Nabi Sulaiman bermusafir ke Yaman.Setibanya di San’a iaitu ibukota Yaman Nabi Sulaiman memanggil burung Hud-Hud untuk diarahkan mencari sumber air,namun burung hud-hud tidak kelihatan.Rupa-rupanya Hud-Hud telah tersesat hingga ke istana Ratu Balqis.
Tibalah Hud-Hud dengan gementarnya
Bimbang dimarahi lewat tibanya
Kepada Sulaiman dikhabar cerita Syair
Ratu Balqis rupawan perlu didakwahnya
Nabi Sulaiman memerintahkan Hud-Hud menyampaikan mesej dakwah agar Ratu Balqis beriman kepada Allah dan mengakui Nabi Sulaiman adalah utusan Allah.
Firman Allah dalam Surah An Naml ayat 28
Ertinya :
“ Kata Sulaiman , pergilah ( Hud-Hud ) bawa suratku ini dan campakkan kepada mereka (Ratu Balqis dan kaumnya )”
Maka terbanglah Hud-hud membawa surat dan menjatuhkan surat itu dihadapan Ratu Balqis yang ketika itu sedang beristirehat di dalam istananya.
Ya kawan-kawan,
Dalam menjalankan usaha dakwah kita perlulah mempelbagaikan teknik dan strategi agar lebih berkesan.
Era teknologi maklumat kini perlu dimanfaatkan oleh umat Islam untuk menyampaikan mesej dakwah melalui blog dan laman web seperti www.islam.gov
Setelah menerima surat dari Nabi Sulaiman , Ratu Balqis telah bermesyuarat dengan pembesar-pembesarnya.Baginda menyatakan isi surat Nabi Sulaiman yang menyeru agar tunduk dan beriman kepada Nabi Allah
Seorang menterinya berkata dengan sombongnya,
“ Wahai Ratu yang mulia , kami telah dibesar dan diajar dengan ilmu kepahlawanan. Kami tidak gentar dan gerun untuk bertempur ”
Ratu memilih untuk tidak berperang
Peperangan kemusnahan
Utusan dihantar bawa hiasan nasyid
Moga lunakkan hati Sulaiman
Rombongan utusan Ratu Balqis dilayan dengan mesra .Nabi Sulaiman menasihati agar utusan itu pulang dan menegaskan bahawa baginda tidak terlalai dengan harta kekayaan itu daripada terus menunaikan kewajipan berdakwah.
Firman Allah ,
Ertinya
“ Berkatalah Sulaiman Tidaklah patut kamu memberikan kekayaan ini kepada ku kerana apa yang telah diberikan Allah kepadaku adalah lebih baik dari apa yang kamu tawarkan”
Surah An Naml ayat 36
Ya kawan-kawan sebilangan manusia hari ini sanggup memberi dan menerima rasuah demi untuk mencapai kepentingan diri sendiri.
Kerajaan telah melancarkan kempen Anti Rasuah di setiap sektor awam kerana ia merupakan jenayah yang boleh merosakkan negara.
Ketegasan Nabi Sulaiman
Ratu Balqis membuat pilihan
Sulaiman bersedia menyambut tiba sajak
Istana dipindahkan sekelip mata
Kehebatan iman dan ilmu golongan manusia
Anugerah dari yang Esa
Istana Ratu Balqis berjaya dipindahkan ke dalam Istana Nabi Sulaiman. Ketika sedang memasuki ruangan khas yang diperbuat dari kaca putih yang jernih, Ratu Balqis menyelak kainnya kerana menyangka ianya sebuah kolam air.
Firman Allah :
Surah An Naml ayat 44
Ertinya “ Maka ketika Ratu Balqis melihat lantai istana itu ( disangkanya kolam air ) dan dia menyingkapkan kainnya ”
Perbuatannya itu ditegur oleh Nabi Sulaiman.
Ratu Balqis tertunduk malu lalu menyedari kelemahan dirinya.
Akhirnya Ratu Balqis akur yang selama ini dia telah terlalai dan terleka dengan harta kekayaan dan kemewahan.
“ Wahai Tuhanku sesungguhnya aku telah menganiya diriku sendiri dan sekarang aku berserah diri memeluk Islam bersama Nabi Sulaiman , kepadaMu Allah Tuhan sekalian alam ”
Ratu Balqis memeluk Islam dengan relanya dan Nabi Sulaiman bersyukur kerana usaha dakwah berjaya melalui kehebatan kerajaannya yang dianugerahi Ilahi.
Ya kawan-kawan ,
Ilmu sangat penting untuk kemakmuran dan kemajuan negara. Dengan kekuatan ilmu , kita akan berusaha untuk mencapai kejayaan tanpa mengenal putus asa.
Monumen binaan masjid di serata Dunia Islam yang dibina di Taman Tamadun Islam Terengganu merupakan manifestasi kehebatan ilmu dan kekuatan jatidiri insan bak kata pepatah usaha tangga kejayaan.
Sekian dulu salam permisi
Buat semua pendengar yang baik hati
Moga bermanfaat dek cerita tadi
Diberkati dan dirahmati Ilahi
Sekian terima kasih …Wabillahi Hidayah wattaufiq Assalamualaikum…
07 March 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment