27 March 2009
Tok nak bersajak pulak...
Salam para pengunjung rumah Tok...
Ahlan wasahlan wa syukran kerana sudi menziarahi Tok..
Kali ni Tok nak bersajak... moga bermanfaat buat kita..
Sajak Tok tidaklah puitis tiada metafora tiada simile..
dan tah ape2 lagi istilahnya lagi...
Tok dedikasi sajak ni buat semua pejuang.. dan yang mengaku..
mereka adalah pejuang.
TAQWA ASET DUNIA AKHIRAT
Taqwa adalah aset bagi dunia dan Akhirat ,
Sumber bantuan,sumber rezeki,sumber kemenangan,
Kalau ingin musuh dikalahkan,
baikilah diri untuk mendapat ketaqwaan,
Taqwa lebih tajam dari pedang,
Membaiki diri lebih canggih dari senjata moden,
Di dalam perjuangan,bukan senjata persiapan utama,
Walaupun senjata disuruh mengadakannya,
Membaiki diri lebih utama melakukannya,
Di dalam berhadapan dengan musuh,
ia adalah senjata ghaib yang tidak nampak dipandang,
Ia lebih berkesan daripada senjata lahir yang tajam,
Tapi umat Islam di dalam perjuangan sudah ramai melupakannya,
Di dalam berjuang,dosa juga dilakukannya,
Jika dosa telah berlaku di dalam perjuangan,
ternafilah ketaqwaannya,
Tuhan pun berlepas diri, hadapilah musuh dengan sendiri,
Biasanya musuh, senjata lahirnya lebih baik
dan canggih dari umat Islam,
Bagaimanalah hendak mendapat kemenangan di dalam perjuangan, Kedua-dua senjata tidak dimiliki,
samada senjata rohani mahupun senjata lahir,
Begitu juga doa-doa adalah senjata orang mukmin,
Lebih-lebih lagi di masa berjuang,
Ia bukan menjadi senjata umat Islam,
Orang mukmin dengan orang Islam jauh sangat bezanya,
Orang mukmin rasa bertuhan menghayati jiwa,
Oleh itu usahakan ketaqwaan,terutama di dalam perjuangan,
Ia adalah senjata yang paling ampuh dan tajam,
Awasilah di dalam perjuangan,membuat dosa dan kesilapan,
Kerana ia lah nanti bantuan Tuhan tidak datang,
Kita akan kecundang dan menerima nasib yang malang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Taqwa menutut kita untuk bermujahadah... mujahadatunnafsi...selalu'part' ni yang kita kerap tewas..
ReplyDeletesatu solan cepumas buat tok..
ReplyDeletekalu la tok sbg pengundi berdaftar kat p059..
tok nak undi calon bn ke..bebas ke..or..rosakkan undi?
haa..jawab ye tok..
p/s:yg nih bkn sajak tok,tp karangan 80 patah pkataan..har har..i'm sory!!
tok tak pernah pangkah UMNO dan tak pernah pangkah PAS ... ha ha..camne nak pangkah depa tak bertanding pun kat kwsn tok ..ADUN pun tidak Parlimen pun tidak...jgn mare arnabun...
ReplyDeletep/s: awat tak turun p059 smlm..?