31 March 2009

MB Perak IMAM MB Perak


MB Perak YB Nizar telah mengimamkan MB Perak YB Zambri ...
kelakar je bunyi kan..? tapi itulah hakikatnya...
dalam satu kapal tak boleh ada dua nakhoda...
dalam satu jemaah tak boleh ada dua imam..
Imam ialah ketua , pemimpin , khalifah semasa menyembahNya..segala perlakuannya mesti diikuti makmum...

Persoalannya... adakah kejayaan MB Nizar menjadi imam kepada MB Zamri memberi signal @ simbolik kepada nakhoda / imam yg sebenarnya? ...
Wallahu a'lam ...


Tok Malau ... berdoa moga krisis di Perak dapat diselesaikan dengan segera... kadangkala peranan aqal tidak diterima oleh hati... adakah roh mula berperanan?

Pembakar semangat arnabun




Calon Pas Dr Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali mendapat 14,406 undi.

Tan Lian Hoe (BN) mendapat 23,294 undi.

Majoriti BN adalah 8,888.

Ini menunjukkan Pas mendapat kira-kira 40 peratus undi Melayu. Pas tidak memperolehi undi bukan Melayu. Jika adapun kurang 10 peratus.

Pilihan raya umum 2008

Calon Pas Allahyarham Roslan Shaharum mendapat 20,015 undi

Azim Zabidi (BN) mendapat 18,449 dan calon bebas M Murganan 872 undi.

Majoriti Roslan adalah 1,566 undi

Berasaskan analisis, Roslan mendapat kira-kira 45 peratus undi Melayu dan 20 peratus undi bukan Melayu.

PRK 2009, undi untuk PAS tidak akan berkurangan daripada jumlah undi yang diperolehi Dr Lo Lo’ pada pilihan raya 2004 iaitu 14,400 undi.

Berasaskan modus/bahan/modal kempen, BN akan kehilangan undi bukan Melayu. Hampir 40 peratus pengundi berketurunan Cina dan India di Bukit Gantang akan mengundi Pas. Isu perkauman yang disuarakan Umno/BN akan memakan diri.
Carta soalselidik Ilham Centre di Bukit Gantang

Ramai yang meletakkan 80 peratus dari kira-kira 22,000 pengundi Cina dan India di Bukit Gantang ini akan mengundi PAS pada PRK ini. Ertinya 8,783 orang daripada mereka akan mengundi PAS. Ini bermakna, 14,000 (undi untuk Dr Lo’ Lo’ 2004) + 8,783 undi Cina dan India akan diperolehi calon PAS atau 22,783 undi.

Pada pilihan raya Bukit Gantang 2004 :
Berasaskan inilah, ramai menganggarkan Pas akan menambahkan majoritinya dalam pilihan raya Bukit Gantang ini daripada 1,566 kepada kira-kira 5,000 undi.

Badan bebas, Ilham Centre yang membuat soalselidik juga mendapati 40 peratus penduduk Bukit Gantang yakin PAS akan memenangi PRK ini. Hanya 25 peratus memihak BN, baki 34 peratus pula tidak pasti.

Tok Malau..sumber dari Perakdaily...dedikasi buat Arnabun ..
kemenangan dan kekalahan
ketentuan Ilahi...selamat berjuang...

AWASI JARUM HALUS YAHUDI.. perkuat iman dan taqwa


Mustafa Kamal Atartuk - 1881-1938. Disanjung golongan sekular hingga ke hari ini kerana membawa permodenan Turki dan menjauhkan umat Islam dari nilai2 agama

Apabila kita melihat kemungkaran dan maksiat serta kerosakan yang melanda dunia hari ini, negara-negara umat Islam tidak terkecuali daripada turut menjadi mangsa. Malah di sesetengah dan negara kita dapati umat Islamlah yang paling terlibat dengan segala gejala sosial hinggakan timbul pertanyaan, apakah tidak ada sebarang pembelaan dan perlindungan dari Tuhan untuk umat Islam?
Persoalannya ialah apakah perkara ini kebetulan ataupun memang dirancang?

Sejarah membuktikan bahawa sejak dari zaman para rasul lagi, memang musuh-musuh Islam sentiasa berusaha dan mencari jalan bagaimana untuk melemah dan menghancurkan umat Islam.

Di antara musuh-musuh Islam yang di sebut oleh Tuhan di dalam Quran ialah Yahudi dan Nasrani.

“Tidak akan redha ke atas kamu orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan mereka.” (Surah Al-Baqarah: 120)

Kedatangan para rasul dan mujaddid juga ditunggu oleh musuh terutama Yahudi. Para pendeta Yahudi dan Nasrani telah membawa berita dari generasi ke generasi akan kedatangan wakil-wakil Tuhan ke muka bumi. Tujuannya ialah supaya mereka bersiap sedia dan merancang untuk memerangi orang-orang pilihan Tuhan di setiap zaman. Mereka sedar bahawa kedatangan pemimpin-pemimpin yang ditunjuki oleh Tuhan tidak boleh dihalang, kerana itu adalah janji Tuhan yang termaktub dalam hadis2. Tetapi mereka tidak berputus asa, malah sentiasa berusaha merancang bagaimana untuk menutup rahsia ini supaya manusia tidak tahu, mengganggu dan menghalang manusia daripada menerima kebenaran yang dibawa oleh para rasul dan mujaddid sepanjang zaman.

Begitu jugalah kepada bangsa Yahudi ini diberi satu kelebihan oleh Tuhan iaitu mereka cerdik akalnya dan mampu ‘melihat’ apa yang bakal berlaku seratus tahun akan datang. Ini tidak berlaku pada umat Islam hari ini di nasib umat Islam di hari esok pun masih ramai yang tidak mampu melihat. Dalam misi mereka yang diperturun dari generasi ke generasi untuk menghancurkan umat Islam, pihak musuh terutama Yahudi sangat mengkaji tentang Islam.

Di antara perkara yang dikaji ialah di mana kekuatan umat Islam, di mana kelemahan mereka, dan bagaimana umat Islam boleh dirosakkan.

Mari kita ambil contoh apa yang berlaku di Turki. Turki pernah mencatatkan sejarah kegemilangan Islam di bawah merintahan Bani Uthmaniah yang dipimpin oleh seorang sultan yang bertaqwa iaitu Muhammad Al Fateh. Di zaman kegemilangannya, Bani Uthmaniah telah berjaya menakluki 29 buah negara, termasuk negara-negara Eropah berada di bawah jajahan takluknya. Pada masa yang sama, pihak musuh walaupun mereka lemah di waktu itu, tetapi mereka tidak duduk diam. Mereka mengkaji dan merancang bagaimana untuk menghancurkan kekuatan dan pengaruh Islam di Turki. Mereka juga mengkaji di manakah kekuatan sebenar umat Islam yang menjadi faktor utama yang menyumbang kepada kejayaan mereka.

Sheikh Bediuzzaman Said Nursi - 1877-1960. Ulama bertaqwa yang sentiasa keluar masuk penjara kerana menentang pemerintahan atTartuk. Jasadnya masih elok walau sudah meninggal 5 hari sewaktu jasadnya dipindahkan ke kubur baru [ akibat takut disabotaj] yang tidak diketahui lokasinya hingga ke hari ini. Tidak pernah berkahwin kerana kesusahan hidupnya menentang penjajahan sekularisme. Kata2 yg sentisasa diingati : “BIARLAH AKU DIBAKAR API NERAKA ASAL KECINTAANKU PADAMU TAK PERNAH PADAM DAN KAU REDHA KEPADAKU.”

Hasil kajian mereka didapati bahawa kekuatan utama yang ada pada umat Islam di waktu itu ialah mereka dipimpin oleh pemimpin yang dijanjikan iaitu Sultan Muhammad Al Fateh. Ini berdasarkan hadis2 Rasulullah yang memberitahu bahawa Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam di bawah pemimpin yang baik dan tentera yang baik. Maka apabila Muhammad Al Fateh berjaya memenuh ciri-ciri tersebut maka berlakulah kemenangan di tangannya sepertimana yang disebut oleh Rasulullah itu. Apakah kekuatan yang ada pada Muhammad Al Fateh sehingga berjaya menawan Konstantinopel? Muhammad Al Fateh adalah putera seorang raja Turki yang bernama Sultan Murad. Dari kecil lagi beliau dididik di rumahnya oleh Samsuddin Al Wali, seorang ulama sufi dan waliullah yang masyhur di Turki di waktu itu. Ketika berumur 20 tahun, Muhammad Fateh telah menjadi seorang pengamal tarekat, seorang ahli sufi. Tiada siapa dapat menduga seorang anak raja menjadi orang sufi dan akhirnya dapat menawan dan mengIslamkan Konstantinople pada usia 23 tahun. Konstantinopel jatuh 600 tahun setelah Rasulullah bersabda mengenainya. Kejayaan Muhammad Al Fateh adalah apabila beliau berjaya mendapat bantuan Allah kerana ketaqwaannya serta ketaqwaan tenteranya. Beliau telah berusaha memenuhi ciri-ciri yang disebut oleh Rasulullah iaitu Konstantinopel akan berjaya ditawan apabila rajanya ialah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera dan rakyatnya adalah sebaik-baik rakyat. Baik yang dimaksudkan di sini ialah hingga ke tahap taqwa yang tinggi kepada Tuhan.

Sejarah telah menceritakan kepada kita bagaimana Muhammad Al Fateh sebelum menghantar tenteranya ke medan perang akan memeriksa terlebih dahulu siapakah di kalangan mereka yang tidak sembahyang. Jika ada yang cuai sembahyang maka tidak akan dibenarkan menyertai perbarisan ke medan perang kerana dikhuatiri tidak akan dapat bantuan Tuhan. Begitulah sekali seriusnya Muhammad Fateh dalam mendidik dan memimpin tenteranya bagi memastikan bantuan Tuhan berlaku hingga akhirnya tercapailah kemenangan yang bersejarah itu. Apabila raja, dan rakyat sesebuah negara itu bertaqwa maka akan datanglah bantuan Allah dari sumber yang tidak terduga. Sepertimana yang berlaku pada Muhammad Fateh dan tenteranya, di zaman itu tidak ada siapa yang menduga seorang anak muda bersama tenteranya yang sedikit dapat mengalahkan Rom dan akhirnya mengislamkannya.

Hal memeranjatkan dunia termasuk ulama yang sezaman dengannya. Rahsia kemenangan dan kekuatan umat Islam itu rupanya menjadi perhatian musuh terutama Yahudi. Mereka merancang bagaimana untuk melumpuhkan kekuatan umat Islam yang bersandar kepada kekuatan dalaman iaitu iman dan taqwa. Mereka menunggu beberapa tahun hingga umat Islam sudah agak lalai, lalu mereka jalankan jarum-jarum mereka untuk merosakkan umat Islam. Apa yang meraka lakukan sungguh halus dan licik hingga tidak mampu dikesan oleh umat Islam di waktu itu. Mereka mulakan dengan mencari jalan untuk merosakkan keturunan umat Islam.

Memang di dalam Islam pun diakui bahawa antara faktor tersirat yang menjadi punca kejahatan seseorang ialah kerana keturunan yang telah rosak seperti keturunan zina. Betapalah kalau tidak dididik, keturunan yang rosak akan menjadi lebih jahat lagi. Oleh sebab itulah Yahudi menaja berbagai bentuk maksiat untuk merosakkan keturunan manusia bermula daripada pergaulan bebas yang akhirnya akan membawa kepada zina. Begitu juga gejala lesbian dan homoseks yang sangat merosakkan keturunan umat Islam. Apabila umat telah rosak, timbulah perpecahan, hilang perpaduan, hilang malu dan maksiat berlaku di mana-mana. Akhirnya sedikit demi sedikit akhlak umat Islam menuju kejatuhan dan kehancuran sama ada secara sedar ataupun tidak. Sebab itulah di antara budaya bangsa Yahudi yang memeranjatkan, kalaulah ada orang Islam yang bermusafir dan menumpang tidur di rumahnya, dia akan menyuruh anak gadisnya tidur dengan orang itu. Akhirnya apabila berlaku penzinaan dan bila lahir anak zina, anak itu juga akan disuruh berzina dan diatur untuk dikahwinkan dengan anak zina juga. Hal ini akan berlaku secara berterusan dan akhirnya akan bercampuraduklah keturunan zina dengan keturunan yang bersih dan apabila majoriti masyarakat terdiri daripada orang yang telah rosak keturunannya maka mudahlah mereka diperkotak-katikkan oleh Yahudi. Sejarah perancangan jahat Yahudi untuk meuosakkan umat Islam ini berlaku sejak zaman Rasulullah dan para Sahabat lagi.

Di zaman pemerintahan Sayidina Umar, anak lelakinya pernah diperangkap tidur di rumah seorang Yahudi. Tanpa disedari dia telah diberi minum arak. Sewaktu anak Sayidina Umar berada dalam keadaan mabuk dan tidak sedar, Yahudi tersebut telah mengarahkan anak gadisnya supaya tidur dengan anak Sayidina Umar. Berlakulah perzinaan hingga menyebabkan anak Yahudi itu mengandung. Setahun selepas itu setelah melahirkan anak, perempuan Yahudi itu telah membawa bayinya berjumpa dengan Sayidina Umar lalu berkata,

“Inilah cucumu hasil daripada perhubungan luar nikah aku dengan anakmu.”

Sayidina Umar r.a lalu memanggil anaknya dan dihukum sebat hingga mengakibatkan dia mati.

Begitulah sekali licik dan jahatnya perancangan Yahudi dalam hendak merosakkan umat Islam. Begitulah juga untuk merosakkan Turki mereka telah merancang selama lebih 300 tahun, bagaimana hendak menghancurkan umat Islam Turki. Mereka telah mengkaji dan faham di mana kelemahan umat Islam Turki. Mereka pun mengusahakan agar lahir sebanyak-banyaknya anak zina. Anak-anak itu kemudian dipisahkan daripada ibu bapa mereka. Kemudian Yahudilah yang me’monitor’ anak-anak itu, merekalah yang menjadi master ‘planner’nya. Anak-anak hasil zina itu diusahakan pula supaya berzina dengan orang lain. Begitulah diusahakan secara sambung-menyambung hingga akhirnya lahirlah Mustafa Kamal Ataturk, seorang manusia yang tidak diketahui siapa ibu bapanya. Dia diasuh, dididik dan di’monitor’ oleh Yahudi dan diusahakan hingga menjadi seorang pemimpin yang sangat kejam, zalim dan sangat menentang Islam. Dia memulakan pemerintahan kuku besinya dengan menyembelih para ulama. Sedikit demi sedikit, Turki yang asalnya sebuah empayar Islam yang kuat akhirnya telah berjaya dicorak oleh Yahudi hingga menjadi sebuah kerajaan sekular yang sangat menentang kebangkitan Islam.

Begitulah hasil perancangan Yahudi yang memakan masa ratusan tahun, tetapi dibuat dengan begitu licik dan terancang hinggakan apabila umat Islam tersedar, ia sudah terlambat. Kerosakan sudah tidak dapat dibendung lagi. Tetapi malangnya, masih ramai umat Islam yang belum menyedari faktor tersirat ini lalu tidak berhati-hati berhadapan dengan perangkap Yahudi. Perancangan ini sebenarnya bukan terhenti di Turki sahaja tetapi dilakukan juga di negara-negaraIslam lain dari generasi ke generasi hinggalah ke hari ini. Selagi ada umat Islam di muka bumi ini selagi itulah Yahudi tidak akan berdiam diri dan akan terus mengusahakan kehancuran umat Islam.

Pernah terjadi di Paris, Yahudi sanggup mengirimkan anak-anak gadis mereka untuk tidur selama setahun dengan rakyat Iraq yang sedang berlatih di sana untuk mendapatkan maklumat tentang kekuatan senjata nuklear di Iraq. Bukan sekadar itu sahaja,mereka juga berjaya mencatur wanita-wanita Yahudi mengahwini pemimpin-pemimpin penting di negara- negara Arab yang menjadi sasaran mereka. Begitu sekali umat Islam yang telah lemah imannya termasuk ke dalam perangkap Yahudi.

Tok Malau... mari kita bina iman dan taqwa..hiduplah berjemaah...pelihara nasab..dan terpenting sayangilah para habaib..ahlul bait keturunan Ar Rasul SAW yang mulia ..

30 March 2009

RAHSIA LIDAH...



Maha Kuasanya Tuhan, Maha Besarnya Dia kerana kejadian lidah manusia sahaja pun terasa ayat-ayat kebesaran dan kekuasaan-Nya
Tapi hati ramai manusia sudah buta,
tidak terasa lagi kebesaran Tuhan dan kekuasaan-Nya
Lidah kalau merasa makanan atau minuman boleh pula bertukar-tukar rasanya
Lidah yang satu boleh merasa berbagai-bagai rasa
Satu lidah rasa yang dia alami sungguh banyak
Macam-macam yang dimakan, dia merasa berbagai-bagai rasa
Ada yang dimakan merasa manisnya,
ada yang dimakan dan diminum rasa masam dan pahit
Begitulah seterusnya ada rasa payau, loya, kelat, tawar
Ada yang rasa bercampur-campur manis, masam begitulah seterusnya
Rasanya yang banyak oleh satu lidah
Satu lidah merasa berbagai-bagai rasa mengikut apa yang dimakan dan diminum
Maha Besar Tuhan, Maha Berkuasanya Allah

Kalau apa yang dicakapkan oleh lidah pula,
berbagai rasa pula yang dirasa oleh orang ramai yang mendengarnya
Ajaib juga lidah punya hal orang ramai hatinya boleh berlaku bermacam-macam rasanya oleh satu lidah apabila lidah berucap
Percakapan satu lidah boleh orang ramai bermacam-macam rasanya
Dari lidah orang boleh marah, sakit hati, benci, meluat
Lidah menjadikan orang bersemangat, pemurah, pemaaf, kasih dan sayang
Lidah boleh jadikan orang baik, jahat, berdendam dan berbalah
Dari lidah orang boleh berkelahi, bergaduh, dan berperang bertumpah darah
Sungguh ajaib lidah di sini dapat terasa Maha Berkuasanya
dan Maha Besarnya Tuhan (Allah)
Tapi berapa ramai yang terasa? Kebesaran Allah dan Kuasa-Nya?
Dari kejadian lidah?
Tidak ramai yang merasanya, kerana hati manusia sudah ramai yang buta
Kalaulah hati manusia celik dengan lidah pun sudah cukup,
gementar hatinya merasa kebesaran Tuhannya

p/s ramai cucu cucu tok belajar aqidah ..mengenal sifat Allah ( bagus tu bukan tak bagus ..bahkan wajib )..tapi ramai yang tak dapat menghayati peranan sifat Allah tu...untuk diaplikasi pada diri...sepatutnya makin kenal Allah makin kenal diri , makin menghina diri..makin merasakan diri ini hamba...kalu dah hamba.. layakkan menghina sesama manusia ? ampun maaf

29 March 2009

BERHATI HATI MEMBUAT TUDUHAN


Yang berbahagia mulia Sheikh Hisham Kabbani bersama Yang Mulia Raja Ashman Shah Raja Azlan. JAKIM telah menuduh mereka SESAT tanpa bicara atau muzakarah. Tuduhan SESAT adalah serius dalam agama, dunia dan akhiratnya. Jika yang dituduh tidak sedemikian, maka tuduhan akan berbalik kepada si penuduh.

Ini sesuatu yang merbahaya yang melanggar Sunnah Rasul S.A.W. Ambil satu contoh; bila disebut perkataan “Wali ALLAH”, pihak JAKIM seolah-olah memperlekehkan watak Auliya’ALLAH. Seringkali gelaran itu disamarkan sebagai “sesat” atau “menyeleweng” atau dipersendakan.

“…sesiapa yang memusuhi Wali-KU, akan AKU isyhtihar PERANG terhadapnya…”
[Hadith Qudsi]


KEPUTUSAN FATWA MUZAKARAH JAW. MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL ISLAM 3 APRIL 2000

http://www.e-fatwa.gov.my/jakim

Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani

a)Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam. Pengamal ajaran ini hendaklah segera bertaubat.

b) Semua negeri dikehendaki memfatwa dan mewartakan bahawa tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim diharamkan dan tidak boleh diamalkan oleh umat Islam kerana ia bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar

Oleh : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-48

Tarikh Keputusan : 3 April 2000Tarikh Muzakarah : 3 April 2000 hingga 3 April 2000

——————————————————————————

Di seluruh dunia, pengamal tarikah ini wujud di merata pelusuk bumi, termasuklah Malaysia ini. Dan di Malaysia ia dituduh sesat.

Selain Raja Ashman, ramai kerabat diraja yang mengamalkan tarikah ini.Baru-baru ini anak kepada Tun Hussin Onn. Hajjah Hanim telah meninggal dunia dan beliau adalah seorang anak murid Naqsyabandi Haqqani yang taat. Ini satu belasungkawa dari pihak pimpinan Naqsyabandi Haqqani dalam satu websitenya.

Sahabat kita Hanim, ialah seorang yang suka merendahkan diri dan juga pemurah. Hanim tidak peduli tentang kekayaan, tentang berapa kekayaan yang beliau ada. Beliau sentiasa memberi tanpa mengira. Beliau telah banyak berkorban untuk Allah, Rasul (saw) dan awliya Allah. Sifat beliau adalah jarang didapati pada masa kini. Semasa pengkebumian beliau, terlalu ramai para wali Allah dan malaikat berada menghadiri upacara itu. Sekarang ini beliau berada di satu tempat di mana Allah sentiasa melihatnya.Tidak seorang pun akan memahami apa yang Allah telah kurniakan kepada Hjh. Hanim. Ramai akan menyesal asal kesalahan mereka terhadap beliau – samada melalui prasangka atau perbuatan. Ramai akan memerlukan pertolongan beliau di akhirat kelak. Hanim telah pergi sebagai seorang shaheeda.

Wa minallahi taufiq. Bi huramati habib bi hurmati surah Fatihah”


INI MESEJ TAKZIAH PEMERGIAN HAJJAH HANIM HUSSEIN ONN KERAHMATULLAH PADA 17 SEPTEMBER 2005 OLEH SHEIKH HISHAM KABBANI.

Inna lillahi wa inna ilayhi raji`oon
To Allah we belong and to Him do we return

As-salaam `alaykum,

It is with deepest sorrow and a broken heart that I, Shaykh Hisham
Kabbani, on behalf of Shaykh Nazim al-Haqqani, and all mureeds of the
Naqshbandi-Haqqani Sufi Order, sends heartfelt and sincere
condolences to the family of Mrs. Hanim Hussein Onn, in particular to
her brother Dato’ Hishamuddin Tun Hussein Onn, Minister of Education
of Malaysia, to her cousin, the Deputy Prime Minister of Malaysia,
Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak, and to her husband Dato’ Ghazi
Ishak, her sons Rizal, Hafiz, Ridzuan, mother, auntie, auntie’s
brother, cousins and all other members of her family.

Mrs. Hanim Hussein Onn passed away yesterday after lengthy struggle
against illness. She was a dedicated mureed and she did her best,
together with her family, in supporting goodness against evil.

The Naqshbandi disciples of Shaykh Nazim al-Haqqani will consider the
day of Saturday, as a day of mourning. Everyone will pray Salat al-
Janaza `ala al-ghaibeen in their respective countries.

We request that all students recite the whole Qur’an and Surat al-Fatiha on
behalf of Tun Hanim.

Again, on behalf of Shaykh Muhammad Nazim al-Haqqani, myself, Shaykh
Hisham Kabbani, and on behalf of all the Naqshbandi-Haqqani mureeds
I send our deepest condolences to the family of Tun Hanim, especially
to her brother, the Minister of Education, her cousin, the Deputy
Prime Minister, her husband, children, mother and relations.

was-salaat was-salaam `ala Sayyidina Muhammad wa `ala alihi wa
sahbihi wa sallam


Signed, Shaikh Muhammad Hisham Kabbani : 18 September 2005



p/s Tok Malau ... berhati-hatilah kita ..setiap kalam yang dituturkan dan setiap kalam yang ditaip.. di akhirat akan diperhitungkan maksud kalam itu..Ar Rasul berpesan " FITNAH itu sedang tidur. ALLAH melaknat mereka yang membangunkannya"
Ampun maaf..

27 March 2009

Tok nak bersajak pulak...


Salam para pengunjung rumah Tok...
Ahlan wasahlan wa syukran kerana sudi menziarahi Tok..
Kali ni Tok nak bersajak... moga bermanfaat buat kita..
Sajak Tok tidaklah puitis tiada metafora tiada simile..
dan tah ape2 lagi istilahnya lagi...
Tok dedikasi sajak ni buat semua pejuang.. dan yang mengaku..
mereka adalah pejuang.

TAQWA ASET DUNIA AKHIRAT

Taqwa adalah aset bagi dunia dan Akhirat ,
Sumber bantuan,sumber rezeki,sumber kemenangan,
Kalau ingin musuh dikalahkan,
baikilah diri untuk mendapat ketaqwaan,
Taqwa lebih tajam dari pedang,
Membaiki diri lebih canggih dari senjata moden,
Di dalam perjuangan,bukan senjata persiapan utama,
Walaupun senjata disuruh mengadakannya,
Membaiki diri lebih utama melakukannya,
Di dalam berhadapan dengan musuh,
ia adalah senjata ghaib yang tidak nampak dipandang,
Ia lebih berkesan daripada senjata lahir yang tajam,

Tapi umat Islam di dalam perjuangan sudah ramai melupakannya,
Di dalam berjuang,dosa juga dilakukannya,
Jika dosa telah berlaku di dalam perjuangan,
ternafilah ketaqwaannya,
Tuhan pun berlepas diri, hadapilah musuh dengan sendiri,
Biasanya musuh, senjata lahirnya lebih baik
dan canggih dari umat Islam,
Bagaimanalah hendak mendapat kemenangan di dalam perjuangan, Kedua-dua senjata tidak dimiliki,
samada senjata rohani mahupun senjata lahir,
Begitu juga doa-doa adalah senjata orang mukmin,
Lebih-lebih lagi di masa berjuang,
Ia bukan menjadi senjata umat Islam,
Orang mukmin dengan orang Islam jauh sangat bezanya,
Orang mukmin rasa bertuhan menghayati jiwa,
Oleh itu usahakan ketaqwaan,terutama di dalam perjuangan,
Ia adalah senjata yang paling ampuh dan tajam,
Awasilah di dalam perjuangan,membuat dosa dan kesilapan,
Kerana ia lah nanti bantuan Tuhan tidak datang,
Kita akan kecundang dan menerima nasib yang malang.

26 March 2009

Dedikasi buat Nur Jannah



Mencari kebenaran adalah susah jika tidak dengan TaufikNya ,

Menghayati kebenaran adalah sukar jika tidak dengan HidayahNya ,

Memperjuangkan kebenaran lagi susah dan mencabar jika tidak dengan IradahNya ,

Menzahirkan kebenaran pada diri , keluarga , masyarakat dan negara terlalulah amat susah jika tidak dengan tarbiah Rasul utusanNya , para ahlulbait yang dimuliaNya , jasa para sahabat yang menjadi pilihanNya juga para ulamak ahlul hak yang gigih berjuang dan wali yang sangat taqarrub dengan Ilahi mereka pewaris UtusanNya..

Syahid di jalan kebenaran adalah teramat susah jika tidak dengan TakdirNya...

Maka berusaha , dan rebutlah CintaNya yang Agung ... moga segala yang susah .. jadi senang kerana Kuasa Cinta AgungNya... kerana Kuasa Cinta RasulNya...sehingga bertemu kematian kita...bukankah mati sempadan bertemu Cinta AgungNya...

Tok Malau... Sunnah orang berjuang .. berkelana , dihina , dikeji

25 March 2009

Isyarat Kegemilangan Islam kian hampir...


Patung Merlion yang pertama di Singapura, didirikan di Merlion Park, terkena panahan petir pada petang 28 Februari 2009, mengena bahagian atas kepala patung berbadan ikan dan berkepala singa ini.

Ketika kelahiran Rasulullah SAW ke dunia, tiang Istana Kisra tempat bersemayamnya Maharaja Rom bergegar, empat belas berandanya runtuh, air tasik besar Tiberia menjadi surut, Api Majusi yang belum pernah padam selama 1000 tahun padam tiba-tiba. Itu adalah petanda bahawa empayar Rom dan Parsi akan jatuh.

Dalam masa mutakhir sebulan dua baru-baru sahaja, banyak peristiwa yang mencabar kelemahan manusia berlaku - dua buah satelit Amerika Syarikat dan Russia berlanggar di angkasa lepas buat kali pertama dalam sejarah tamadun manusia. Sisa serpihannya mungkin mengancam gajet dan pesawat lain di atmosfera bumi. Sisa sekecil 10cm, jika terlanggar ISS akan menyebabkan kerosakan yang dahsyat ( dengan kelajuan 10km/saat iaitu 10 kali ganda kepantasan peluru). Dua kapal selam nuklear milik tentera British dan Perancis berlanggar di Lautan Atlantik. Telegraph.co.uk memetik ” “…Both are fitted with state-of-the- art technology aimed at detecting other submarines, but it apparently failed completely…” dan The Sun UK menyatakan ” …naval sources said it was a millions-to- one unlucky chance both subs were in the same patch of sea…” Kemudian, sebuah satelit NASA berharga lebih USD 300 juta yang sedang dilancarkan dilaporkan terhempas ke laut Antartika akibat kesilapan teknikal…

Ekonomi dan kekuatan kuasa besar dunia bakal jatuh. Kita membacanya setiap hari.Terdekat di negara kita sendiri, para ahli politiknya bercakaran. Suatu kekuasaan yang membelakangkan Tuhan juga akan turut jatuh. Di Singapura baru-baru ini, satu patung Merlion simbol kebanggaan dan kemegahan negara itu tiba-tiba dipanah petir yang amat kuat sekali menyebabkan ia mengalami kerosakan dan para saksi menlihat beberapa ketulan batu binaannya jatuh berguguran , terutama dari bahagian KEPALA!

Kejatuhan orang politik adalah simbol kejatuhan sistem demokrasi tajaan Yahudi , manakala rosaknya ‘berhala’ berkepala singa itu adalah simbol jatuhnya sistem berlandaskan ‘kekufuran’.

Tok Malau.. ayuh pejuang semakin hampir kemenangan semakin hampir lagi diri kita kepada Ilahi...kita sambut kemenangan dengan penuh tawadhuk.. itulah didikan ar Rasul SAW ketika menawan Mekah dalam Peristiwa Fathul Makkah .. tawadhuk dan syukur..ooh indahnya akhlakmu Ya Rasul...

23 March 2009

Kompang Selawat

Kompang adalah satu alat kesenian orang Melayu...Selawat ialah bait bait kalimah memuji Ar Rasul SAW. Gabungan paluan kompang bersama bacaan selawat merupakan kombinasi keseniaan Melayu dan Islam yang telah berakar umbi dalam masyarakat..namun di kala ini... seni tradisi ini semakin dilupai dek kemeriahan pelbagai genre muzik yang melalaikan dan 'lagho' ...

Hayatilah ... persembahan Putera Kompang yang telah turut serta memartabatkan seni kompang ni...




Persembahan diadakan di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang.. satu usaha memperkasakan seni kompang Melayu...Tahniah buat Melayu Johor...

Tok Malau,
Cuba cucu tok bayangkan kalu berkompang kat JayaJusco Penang @ kat GreenTown Ipoh.. peeh.. tentu gempak...ayuh Melayu Islam Peghak & Penang... nak wat lagu mana?

22 March 2009

UJIAN ILAHI



Kutip cebisan mayat anak
PASIR MAS: Bayangkan perasaan seorang ibu terpaksa mengutip cebisan otak anak kandung sendiri yang bertaburan di tepi jalan! Itulah pengalaman paling memilukan bagi Fadhilah Mohd Noor, 45, beberapa minit sejurus anak bongsunya, Siti Nurzulaiqha Mohd Faizal, 8, dilanggar bas ekspres di depan rumahnya di Jalan Cabang Empat, Chetok dekat sini.



Pesan Tok Malau,
Bersabarlah agar kita mendapat pahala tanpa hisab. Redhalah dengan ketentuan Tuhan, selain pahala, hati tenang. Bertawakkallah kepada-Nya, selain pahala agar kita tidak jahat sangka dengan Allah. Dengan nikmat bersyukurlah, agar Allah tambah lagi nikmat itu. Berpuas hatilah dengan apa yang ada, agar hati tidak susah dengan perkara yang tiada.


Ya Allah berilah keluarga ini kekuatan menerima ujianMu...

21 March 2009

Pisang dan Hati


MUZALIFAH, guru kelas 1 Wawasan menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Muzalifah. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid cikgu Muzalifah sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Muzalifah. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Muzalifah.

Cikgu Muzalifah mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci.
Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.

Cintailah Al Masakin




BANYAK ORANG BOLEH BANTU ORANG MISKIN



TIDAK BANYAK ORANG YANG BOLEH DUDUK
DENGAN ORANG MISKIN



LEBIH LEBIH LAGI HIDUP MACAM ORANG MISKIN







Tok Malau... belajarlah hidup miskin nescaya kita akan 'menghayati' kebesaran dan kekayaan Allah

13 March 2009

KHABAR DARI RASULULLAH MERENTAS SEMPADAN MASA

Benarkah Rasulullah saw. dapat “melihat” masa depan?

Di kalangan umat Islam masa kini ada yang menyangkal bahwa Rasulullah saw. telah mengatakan sesuatu kejadian sebelum hal tersebut terjadi. Mereka katakan, “Rasulullah bukan peramal!” Perkataan mereka tersebut benar, tapi kurang tepat. Memang Rasulullah saw. bukan peramal. Ketika Rasulullah mengatakan sesuatu tentang masa depan baginda bukan meramal, melainkan menceritakan berita dari Allah Ta’ala yang sampai padanya. Jadi apa yang disampaikan Rasulullah bukan menebak, melainkan menceritakan sesuatu yang pasti terjadi. Karena itulah baginda disebut “shadiqul masduq”, perkataannya benar dan dibenarkan oleh Allah Ta’ala. Rasul-rasul yang terpilih memang diberi pengatahuan ghaib termasuk tentang peristiwa yang belum terjadi sesuai Firman Allah dalam Al Quran, terjemahnya:

“Dan Allah sekali-kali tidak akan memperlihatkan kepada kamu hal-hal yang ghaib, akan tetapi Allah memilih siapa yang dikehendaki-Nya di antara rasul-rasul-Nya.” (QS. Ali Imran: 179)

Rasulullah sendiri telah menceritakan perkara-perkara masa depan hingga kiamat seperti diberitakan oleh hadis berikut ini:

“Amr bin Akhtab Al-Anshari ra. berkata: Rasulullah saw. mengerjakan shalat subuh bersama kami. Beliau naik ke atas mimbar dan menyampaikan khutbah sampai tiba waktu zhuhur. Kemudian beliau turun untuk mengerjakan shalat. Beliau naik lagi ke atas mimbar, sampai waktu shalat ashar. Lalu turun mengerjakan shalat ashar. Rasulullah saw. naik lagi ke mimbar sampai matahari terbenam. Beliau menceritakan keadaan hingga hari kiamat, sehingga kami mengetahuinya dan hafal.” (HR. Muslim)

Janji Rasulullah saw. yang telah terjadi

Di antara berita masa depannya tersebut, Rasulullah menceritakan tentang perjuangan umatnya di masa depan dan memastikan kemenangan mereka. Berkata Abu Hurairah ra. bahwa Rasulullah saw. bersabda:

“Kerajaan Persia akan hancur, dan takkan ada lagi Raja Persia setelahnya. Kekaisaran Romawi juga akan hancur, dan tak ada lagi Kaisar Romawi setelahnya. Kalian akan membagi harta simpanan mereka di jalan Allah. Karena itu, perang adalah tipu daya.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Ada beberapa hadis lain lagi yang menceritakan bahwa Islam akan mengalahkan Romawi dan Persia. Kita tahu dari sejarah, setelah wafatnya Rasulullah tentara Islam di bawah Panglima Sayidina Khalid bin Walid ra. memberikan pukulan akhir pada pasukan Romawi di Syam dan dengan itu takluklah seluruh jajahan Romawi di Syam yang saat ini meliputi Syria, Jordan, Palestina dan Libanon.

Di masa pemerintahan Khalifah Umar ra. pasukan Islam di bawah Panglima Sayidina Sa’ad bin Abi Waqqash menaklukkan Persia. Saat itu bangsa Persia sebagian besar adalah penganut agama Majusi, penyembah api. Mereka beribadah di kuil-kuil api abadi mereka. Semasa lahir Rasulullah, api abadi mereka yang terbesar yang telah menyala ribuan tahun tiba-tiba padam.

Bermula dari penaklukan Iraq, pasukan Islam terus menaklukkan ibu kota Parsi, Madain hanya dalam tempo 2 tahun. Sayidina Sa’ad ra. dengan pasukannya menaklukkan pasukan Parsi yang sangat terlatih di bawah panglimanya Rustam yang sangat berpengalaman. Mereka merebut Qadisiyah dalam sebuah pertempuran yang sangat bersejarah karena untuk pertama kalinya pasukan Islam menghadapi tentara bergajah. Tapi karena bantuan Allah, pasukan Parsi dapat dikalahkan. Dalam pertempuran ini pasukan Islam berjumlah sekitar 20.000 orang melawan lebih 200.000 tentera Parsi. Dalam pasukan Islam itu terdapat lebih 400 Sahabat Rasulullah dan di antaranya ada 99 orang Ahli Badar (peserta perang Badar).

Setelah merebut Babylon dan Madain, Istana Kisra Parsi diduduki dan pasukan Islam mendapat ghanimah (rampasan perang) yang sangat besar. Mungkin yang terbesar dalam sejarah. Orang-orang Parsi pun secara berangsur-angsur selama 200 tahun menukar agamanya menjadi agama Islam karena takjub dengan akhlak umat Islam. Maka tunailah apa yang dijanjikan Allah dan Rasul-Nya saw.

Dalam hadis lain Rasulullah saw. ada menyebut:

”Konstantinopel akan jatuh di tangan seorang pemimpin yang sebaik-baik pemimpin, tentaranya sebaik-baik tentara, dan rakyatnya sebaik-baik rakyat.”
(Al Hadis)

Para Sahabat Rasulullah saw., tabi’in dan tabi’ut tabi’in terus berusaha membuktikan sabda Rasulullah ini. Mereka berulang kali mengadakan ekspedisi untuk menaklukkan Konstantinopel. Tercatat dari kalangan Sahabat ra. Sayidina Abu Ayyub Al-Anshari ra. yang ketika itu telah berusia lebih 80 tahun ikut berusaha menagih janji Rasul tersebut. Beliau syahid di medan perang dan dimakamkan di dekat tembok benteng Konstantinopel. Dari kalangan tabi’in ada Ibrahim bin Ad-ham rh. yang datang ke sana untuk membuktikan janji Rasulullah dan beliau pun syahid.

Ternyata janji Rasulullah itu baru terbukti lebih 800 tahun kemudian di tangan Sultan Muhammad Al-Fateh dari Dinasti Usmaniyah. Dengan jatuhnya Konstantinopel, jatuhlah seluruh wilayah Kekaisaran Romawi Timur ke tangan Islam.

Ayah Muhammad Al-Fateh, Sultan Murad telah mendapat kabar dari Syeikh Syamsuddin Al-Wali bahwa anaknya yang baru lahir itu yang akan menepati janji Rasulullah (lihat Kisah Teladan ). Karena itu beliau telah mempersiapkan Muhammad Al-Fateh sejak kecil dengan diserahkan didikan agamanya pada Syeikh Syamsuddin dan didikan militernya pada panglima-panglima Turki yang paling berpengalaman hingga pada usia 19 tahun beliau telah siap menggantikan ayahnya menjadi sultan. Pada usia 21 tahun beliau memimpin pasukannya untuk menaklukkan Konstantinopel dan terbuktilah hadis di atas: Konstantinopel takluk!

Perjuangan kebenaran yang tak dijanjikan

Perjuangan kebenaran yang tak dijanjikan (tak disebut dalam Quran, hadis maupun firasat wali Allah) biasanya tak mencapai kejayaan di dunia. Misalnya untuk diambil contoh, perjuangan Pangeran Diponegoro. Meskipun dibantu orang-orang shaleh (sebagian bertaraf wali) dan memperoleh kemenangan besar dalam pertempuran, tapi tetap saja beliau kalah meskipun dengan kecurangan musuh. Perjuangan Hasan Al Banna pun tak mencapai kejayaan dunia. Tetapi berkat keikhlasan beliau dalam berjuang, Tuhan menganugerahkan kejayaan di Akhirat pada beliau: mati syahid.

Janji Rasulullah saw. untuk akhir zaman

Untuk umat Rasulullah di akhir zaman, sangat banyak janji Rasulullah yang dapat dibaca dalam hadis-hadis. Beliau telah berkata bahwa Islam akan bangkit untuk kedua kalinya (yang pertama di zaman baginda) di akhir zaman dan kebangkitan itu akan dimulai dari sebelah timur.

Rasulullah saw. bersabda:

“Kalaulah tiada lagi sisa umur dunia ini kecuali satu hari saja niscaya Allah akan memanjangkan hari itu hingga diutus ke dunia ini seorang lelaki dari keturunanku atau keluargaku, namanya menyerupai namaku dan nama bapaknya menyerupai nama bapakku. Dia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan seksama sebagaimana sebelumnya dipenuhi oleh kezaliman dan kejahatan.” (HR. Abu Daud dan At Tirmizi)

Juga sabda beliau:

“Akan keluar dari sulbi ini (Sayidina Ali) seorang pemuda yang akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan seksama. Maka apabila kamu ingin melihatnya, maka wajiblah kamu bersama dengan Putera Bani Tamim, sesungguhnya dia datang dari sebelah timur dan dialah pemegang panji-panji Al Mahdi.” (HR. At Thabrani)

Dari Tsauban ra. katanya Rasulullah saw. bersabda,

“Panji-panji Hitam akan datang dari arah timur, hati mereka bagaikan kepingan-kepingan besi. Siapa yang mendengar mengenai mereka, datangilah mereka walaupun terpaksa merangkak di atas salju.”
(HR. Ibnu Majah, Al Hakim, Ahmad, Al Hafiz Abu Nuaim)

Jelas dalam hadis-hadis ini Rasulullah menjanjikan bahwa di akhir zaman Islam akan bangkit kembali dari arah timur dengan dipimpin oleh seorang keturunan Baginda saw. yang bergelar Imam Mahdi. Nama aslinya adalah Muhammad bin Abdullah, persis seperti nama Baginda saw. Dan jika kita ingin menyertainya, kita harus bersama dengan seorang yang bergelar Putra Bani Tamim yang datang dari timur meskipun terpaksa menempuh kesukaran (“merangkak di atas salju”). Putera Bani Tamim ini membawa panji-panji hitam (bendera pasukan Islam di masa Rasulullah saw.), iaitu sebuah perlambang bahwa dia akan membawa sebuah sistem hidup yang mencontoh sistem hidup Rasulullah saw. dalam segala aspek.

Rasulullah saw. dalam hadis-hadis lain juga menceritakan bahwa Imam Mahdi adalah seorang yang bertaraf khalifah. Kemunculan beliau akan terjadi setelah orang-orang dari timur (Putra Bani Tamim dan para pengikutnya) mempersiapkan tapak pemerintahannya.

Hadis-hadis tentang Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim ini banyak dan lebih kurang 20 di antaranya berderajat shahih sehingga mencapai taraf mutawatir maknawi. Tentunya ini menjadi berita gembira bagi kita bahwa agama ini akan mencapai kejayaan untuk kedua kalinya dengan pemimpin dan para pejuang yang telah dijanjikan oleh Rasulullah saw.

Tok Malau... mari kita menagih janji Rasulullah SAW...

11 March 2009

Kelalaian Arab ??

Semua dah tau.. apa yang berlaku di Palestin.. Umat Islam Palestin diserang, dibunuh di segenap penjuru dan ruang ...gambar gambar ini adalah bukti kekejaman Israel...




Tapi apa yang umat Islam sedunia lakukan...??
Ohh bagi derma dan sumbangan untuk membantu... syukur anda masih ada sensitiviti kasih sayang pada mereka...
mungkin ada yang rajin membaca Doa Qunut Nazilah dalam solatnya... syukur itulah rintihan hambaNya yang sayu dan sedih melihat penderitaan saudara seislam mereka,

Tok yakin dan percaya ada yang bangun malam.. Qiamullail lalu bermunajat kepada Ilahi moga Palestin diselamatkan ... Kekejaman Yahudi ditamatkan... itu pun adalah bukti kecintaan pada saudara mara kita di Palestin...


Tapi ..sayang seribu sayang...
Kala saudara kita di Palestin berjuang menyabung nyawa.. penuh penderitaan ...tangisan dan kesengsaraan pabila diserang Yahudi Laknatullah ...

ada dikalangan umat Islam yang kaya raya hasil bumi ( taukeh minyak ) itu pun anugerah Allah ...sibuk membelek dan membelai ... meraikan kehebatan jentera dunia keluaran terbaru...Mercedes Emas Putih...



Pameran Mercedes.. kat Abu Dhabi.. Dubai






Tok Malau berpesan... " Cinta dunia & Takut mati " ... virus paling bahaya melanda umat islam...tepuklah dada tanyalah iman kita... Wasslam

Punca Bid'ah Membid'ah

Salam all bloggers.. ari ni tok hidangkan satu artikel yang berat kepala nak memikirnya tapi sangat berguna bagi insan akhir zaman ini yang semakin bercelaru aqidah , keimanan dan budaya hidup.. sesama kita saling bertelagah dek kerana punca antaranya apa yang dinyatakan dalam entri ni ... Tok petik dari blog Ustaz Zamihan al-ghari pejuang Ahlus Sunnah sejati..


Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albaani yang dipuja oleh golongan Salafiyyah al-Wahhabiyyah

Dalam posting terdahulu, saya telah menulis tentang Siapa Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albaani?. Saya melihat artikel ini banyak dimuatkan beberapa website yang lain. Ia disusuli dengan komentar yang kebanyakkannya tidak ilmiyyah. Bahkan banyak pula yang berlandaskan perasaan berbanding hujjah. Sekarang, mari kita ikuti kenyataan Murid Kanan al-Allamah al-Imam al-Muhaddith Syeikh Abdullah bin al-Siddiq al-Ghumari iaitu Allamah Syeikh Mahmud Said Mamduh tentang kesilapan metodologi hadis yang diperjuangkan al-Albaani dan para muridnya. Beliau telah mengarang banyak kitab untuk mendedahkan beberapa kesilapan metodologi Syeikh Muhammad Nasiruddin dalam ilmu hadith.


Antara karangan beliau yang terbaru ialah : al-Ta’rif bi Awham Man Qassama al-Sunnan Ila al-Sahih Wa al-Dhaif (Satu pengenalan bagi mereka yang mendatangkan kesamaran dgn membahagikan al-hadith kepada Sahih dan Dhaif). Kitab ini berjumlah enam jilid bermula bab Taharah (bersuci) sehingga bab kelebihan Makkah. Di dalam kitab ini Allamah Syeikh Mahmud Said Mamduh berjaya menjelaskan metodologi songsang al-Albaani satu persatu. Beliau telah mengesan hampir 1000 hadis yang telah ditashih dan ditad’ifkan mengikut selera hawa nafsu Syeikh al-Albaani. Penjelasan ini membuktikan Syeikh al-Albaani tidak memiliki konsistensi kukuh dalam pentashihan hadis.


Walaupun menceburi bidang hadith, Syeikh al-Albaani sebenarnya tidak mempunyai silsilah perguruan dalam bidang hadis secara bersanad. Jika dikaji secara teliti dalam terjemahan biografi Syeikh al-Albaani, tidak diketahui siapakah gurunya yang meriwayatkan hadis kepadanya. Ajaib sekali jika seseorang yang menceburi bidang hadis tidak memiliki guru hadis yang memiliki silsilah yang sampai kepada Rasulullah SAW.

Disamping itu, Syeikh al-Albaani juga bertanggungjawab merungkai metodologi ilmu hadis yang telah sekian lama disusun rapi oleh para ulamak hadith. Contohnya : Para ulamak hadis telah sepakat membahagikan hadith kepada empat bahagian utama : Iaitu Hadith Sahih, Hadis Hasan/Maqbul (yg tidak menepati spesifikasi sahih dan tidak pula dhaif), Hadith Dhaif dan Hadith Mauduk (Rekaan). Tetapi bila hadirnya Syeikh al-Albaani, beliau merombak metodologi berkenaan. Lalu membahagikan hadis kepada dua bahagian sahaja. Iaitu Hadis Sahih dan Hadith Dhaif/Mauduk (rekaan).


Bukan sekadar itu, Al-Albaani juga turut menjelaskan bahawa tidak boleh beramal dengan hadis dhaif berkenaan. Sedangkan para ulamak menaskan : ”Para Ulamak Hadis, Feqah dan selainnya menjelaskan : Diharuskan dan disunatkan beramal dengan hadis dhaif di dalam kelebihan-kelebihan perkara ibadah, galakan terhadap janji-janji baik Allah dan larangan terhadap janji-janji buruk Allah selagi mana hadis tersebut tidak mencapai tahap hadis rekaan,”-Imam al-Suyuthi di dalam Kitabnya Tufah al-Abrar dan Imam al-Nawawi di dalam al-Azkaar, hlm 14, Cet Dar al-Makrifah, 1996


Oleh itu, tidak pelik jika ada pihak yang membicarakan ilmu hadis, secara sombong menolak keberhujahan hadis-hadis hasan atau hadith dhaif dalam bidang dan kelasnya sebagaimana yang dibenarkan para ulamak hadis, feqah dan selainnya. Dakwa mereka, hadis berkenaan tidak sahih. Atau hadis berkenaan adalah hadis dhaif. Ternyata sikap begini tidak mencerminkan metodologi Ahl Hadis yang sebenar. Sebaliknya, mencerminkan sikap penolakan terhadap hadis secara halus. Inilah salah satu hasil dari pegangan Ijtihad al-alBaani yang perlu ditolak secara jujur.


Selain itu, alAlbaani juga begitu gigih ingin menilai semula hadis-hadis Nabi SAW yang telah dinilai sahih oleh para ulamak muktabar sebelumnya. Dalam kes ini, perlu dipertanyakan Siapa al-Albaani dan siapa gurunya? Dimana sanadnya @ silsilah periwatannya? Dimana Standard beliau dalam disiplin ilmu hadis? Apakah beliau al-Hafidz, al-Hakim, al-Hujjah, Pakar Ilal al-Hadis? Pendek kata, Syeikh al-Albaani juga perlu dinilai secara Jarh dan Ta'dil oleh para ulamak yang layak menilai penghadisannya. jadi, mengapa harus ada pihak yang menuduh kita ekstrem bila kita ingin mengadili beliau berdasarkan metodologi Ahli Hadis yang silam? Sepatutnya, ia bukan isu yang perlu dipertikaikan.


Jika kita membuka lembaran fatwa yang melibatkan al-Albaani, khususnya bab feqah, disana terdapat beberapa fatwa syadz al-Albaani yang bertentangan Ijmak ulamak. Contohnya masalah wajibnya dipindahkan maqam Nabi SAW dari masjid Nabawi al-Syarif kerna maqam tersebut dianggap sebagai berhala. Nauzubillah. Ummuhatul Mukninin didakwa beliau harus utk berzina dengan lelaki lain selepas kewafatan Nabi SAW. Umat Islam Palestin wajib keluar dari Palestin kerana tidak berkuasa melawan Yahudi dan macam lagi fatwa pelik tapi benar2 berlaku. Dan direkodkan dalam kitabnya. Apakah kita harus berdiam diri sahaja dan terus menyanjunginya. Tanpa menjelaskan kekeliruan yang ditimbulkan beliau. Masya Allah.


Kini sudah 10 tahun Syeikh al-Albaani bersemadi di Tanah Perkuburan Jabal Nasir, di Amman, Jordan . Namun fikrah dan metodologi hadis modern yang dirintisnya mendapat tempat dalam masyarakat disebabkan beliau pernah menjawat Mahaguru Hadis di Universiti Islam Madinah. Memandangkan metodologi hadisnya bertepatan dengan aliran Salafiah Wahhabiyyah, maka namanya dijulang dan beliau diberi penghargaan serta dimasyhur ke tahap Amir Mukminin Fi al-Hadis. Muncul pula murid-murid yang mengagung-agungkan al-Baani ke serata dunia, dengan sokongan wang ringgit yang banyak menyebabkan fikrah al-Albaani mudah tersebar dengan cepat. Berbanding karya ulamak yang hebat dalam pelbagai bidang tetapi kurang diberi perhatian sesetengah pemerintah. Akhirnya, karya berkenaan terkubur begitu sahaja.


Apapun kesalahan al-baani dalam bidang hadis perlu diperjelaskan. Bukan bermaksud bila kita membicarakan kesalahan seseorang ulamak beerti kita mencela keperibadiannya. Tidak sebegitu, namun tujuannya ialah ingin diperbetulkan kesilapannya. Dan memberi ingatan kepada umat ini agar tidak tersalah faham dengan pendapat yang sememangnya salah. Apatah lagi untuk mengambil manfaat dari metodologi songsang yang diperjuangkannya.


Justeru, diperingatkan kepada para pendakwah, penceramah @ sesiapa sahaja yang melibatkan diri dalam bidang hadis supaya berpegang kepada metodologi yang telah disepakti ulamak hadis. Dan usah mengambil jalan pintas untuk menghukum hadis jika anda tidak mengetahui disiplinnya. Dikhuatiri, jika anda menukil tashih dan tashih al-Albaani, anda akan dikenali se kapal dgn metodologi songsang ini. Dan tidak hairanlah jika anda dituduh Wahhabiy. Atau di gam oleh negeri-negeri tertentu.


Bagi mereka yang tidak tahu apa-apa akan hal ini...dia pasti berkata : al-Albaani pun ulamak jugak... zamihan tu siapa? Masalahnya bukan siapa saya, kita dan mereka...Tetapi permasalahannya ialah metodologi songsang, tiada disiplin ilmu dan kesalahan seseorang perlu diperjelaskan supaya tidak berlaku kerancuan dan salah faham sesama Islam. Lebih-lebih lagi dalam sesuatu bidang yang melibatkan sumber perundangan Islam iaitu al-Hadith. Wallahu'alam

Akhir kalam Tok Malau " Rosaklah ummah kerana dua golongan ... ULAMAK DAN UMARAK "

09 March 2009

Ya Rasulullah







Tok Malau... Cintailah Ar Rasul SAW dan ahlul bait ...moga kita mendapat syafaat baginda di akhirat nanti..Amin

Asas Masri

Dedikasi untuk Puspa Dewi




Di Sampaikan oleh Sdr Zainudin Mohd Yunus dari Pusat Kebudayaan Universiti Malaya, Kuala Lumpur


Tok Malau ... masalah besar semasa mengajar budak-budak nasyid ni ialah menyanyi tak ikut tempo... ke2 pemain perkusi... hilang tumpuan.. bila rythm lari..hancus le lagu.. pe pun latihan yang cukup dan disiplin kunci kejayaan..semoga berjaya

Madah Syeikh Tok Malau


Setiap nikmat yang kita terima hendaklah kita merasakan kita tidak layak menerimanya, hingga merasa malu memilikinya, tapi sudah anugerah Tuhan kenalah terima, kemudian gunakanlah kepada yang diredhai-Nya, dengan itu kita akan terselamat dari berbangga, terselamat dari kedekut, tamak dan mudah dikorbankan kepada kebajikan.




Jika sesuatu yang kita kehendaki belum dapat susah hati kita.
Setelah dapat bimbang kehilangannya, kemudian apa yang didapat itu rasa tidak cukup, lebih-lebih lagi apa yang dapat itu tidak sebanyak orang lain dapat.
Timbul pula tamak memburunya.
Sampai bilakah hendak mendapat ketenangan dan kebahagiaan,
sedangkan ketenangan dan kebahagiaan itu sesuatu perkara yang tiada nilainya.




.

08 March 2009

Satu Kapal Terbang Lain Destinasi


Sekumpulan 5 orang kaum Badwi pertama kali menaiki kapal terbang dari Amman Jordan untuk ke Mekah bagi menunaikan ibadah Haji. Kebiasaannya Kaum Badwi ini melalui jalan darat. Sebaik sahaja mereka menaiki pesawat, mereka terus duduk dikelas pertama. Pramugari gagal memujuk mereka untuk pindah ketempat duduk mereka yang sebenar iaitu dikelas ekonomi. Macam-macam cara telah dibuat untuk memujuk sekumpulan Badwi tersebut, namun usaha mereka gagal. Maka timbullah sedikit kekecohan kerana penumpang yang sepatutnya duduk dikelas pertama terpaksa menunggu kerana tempat duduk mereka diambil oleh sekumpulan kaum Badwi itu. Terpaksalah Kapten Kapal Terbang tersebut keluar dan membisikan sesuatu kepada setiap orang dari kaum Badwi tersebut. Selepas mendengar bisikan dari Kapten Kapal Terbang itu, sekumpulan Badwi itu lantas bangun dan segera beredar menuju ketempat duduk mereka yang sebenar.

Ketua Pramugari: Apa yang tuan bisikkan kepada mereka tadi?

Kapten: Dibahagian hadapan Kapal Terbang ini akan menuju ke Amerika, bahagian belakang akan menuju ke Mekah.

Tok Malau ... ilmu menangani masalah adalah kebijaksanaan yang mahal

Watak dunia yang menunggu Penyelamat ... siri 2


Berlakunya peristiwa-peristiwa ganjil dan aneh


Sewaktu Rasulullah SAW dilahirkan, ada banyak perkara aneh berlaku. Nampak tidak munasabah tetapi tetap terjadi. Antaranya api yang disembah lebih 1000 tahun oleh orang-orang Majusi, yang tidak pernah padam, tiba-tiba padam dengan sendirinya.Tiang-tiang istana kaisar Rom yang gagah dan mantap yang diperbuat daripada marmar, tiba-tiba runtuh. Tiada ribut, tiada petir, tetapi dalam keadaan aman damai tiba-tiba tiang tersebut runtuh.

Sewaktu Rasulullah dalam perjalanan ke Syam untuk berniaga, di pertengahan jalan, seorang pendeta dari ahli Kitab telah melihat tanda-tanda kenabian yang ada padanya dengan berlakunya peristiwa aneh pada diri baginda Nabi. Antara peristiwa aneh itu ialah pokok bergerak mengikut Rasulullah, awan yang sentiasa mengikutinya dan melindunginya dari terik matahari, batu yang boleh bercakap dan sebagainya. Peristiwa-peristiwa itu juga merupakan tanda-tanda telah hampir munculnya seorang pemimpin pembawa kebenaran.

Inilah sebahagian peristiwa di luar logik dan langsung tidak ada campur tangan manusia. Ada dua hikmah yang terbesar di sini. Allah hendak memperlihatkan kepada manusia yang tidak percaya kepada kuasa Allah tetapi yakin dengan kuasa dan kepandaiannya sendiri. Jika Allah hendak tunjukkan kepada manusia, Allah boleh membuat sesuatu tanpa logik, yang tidak boleh dirasionalkan oleh akal tetapi tetap terjadi. Kalau kita baca sejarah sejak nabi-nabi dahulu hingga pada zaman Rasulullah dan zaman selepasnya, Allah tidak akan lakukan perkara-perkara yang pelik-pelik, yang ajaib, di luar logik akal, kalau tidak ada kebenaran yang hendak ditonjolkan selepas itu.

Yang sebenarnya banyak berlaku, kebenaran yang dicetuskan oleh usaha manusia di bumi ini telah ditolak. Walaupun kebenaran itu diakui oleh hati kecil seseorang tetapi mulutnya tetap menolak. Jadi peristiwa aneh, ganjil dan di luar logik akal manusia diwujudkan oleh Allah sebagai membenarkan kebenaran yang dibawa oleh ‘orang-orangNya’ di muka bumi ini. Moga-moga dengan peristiwa ini, manusia kembali bertaubat dan kembali kepada Allah. Kalaulah akhbar-akhbar di bumi sudah membohongkan kebenaran, jadi Allah cetuskan ‘akhbar-akhbar’ di langit tanpa ada campurtangan manusia. Kalaulah manusia tetap menolak kebenaran itu, memang tidak ada rezeki mereka. Malah mereka sengaja menolak kebenaran sepertimana yang berlaku di zaman Rasulullah. Tegasnya, berlaku peristiwa-peristiwa tersebut bukanlah suatu perkara kebetulan tetapi adalah satu proses perubahan yang menjanjikan akan munculnya suatu kebenaran yang telah dijanjikan hadis.

Tok Malau.. ayuh mari menyiapkan diri dengan Iman dan Taqwa...
Iman ditingkatkan...Taqwa diperhebatkan ... Kasih sayang disemarakkan

Watak dunia yang menunggu Penyelamat .. siri 1


Watak dunia hari ini sudah sama dengan watak di zaman kebangkitan Rasulullah SAW iaitu di zaman sebelum dilahirkan hingga baginda dilahirkan dan terus dilantik menjadi Rasul dan pemimpin. Siapa yang membaca sejarah pasti akan mengetahuinya. Antara watak-watak tersebut ialah:

Tidak senang dengan pemimpin dan sistem yang ada

Hampir setiap rakyat di setiap negara manggelisah kerana tidak senang dengan pemimpinnya, samada Rajanya atau Kaisarnya yang berkuasa pada waktu itu. Dan setiap hati merasakan perlunya ada satu sistem pemerintahan yang lain serta pemimpin yang lain yang boleh menyelamatkan mereka. Keadaan ini berlaku di merata-rata tempat di seluruh dunia. Sama ada berlaku di negeri-negeri, negara-negara ataupun pemerintahan bertaraf empayar di waktu itu, terutamanya Rom dan Parsi. Rakyatnya sudah gelisah. Bukan saja rakyat Rom dan Parsi itu sendiri, tetapi negara-negara yang di bawah riayah itu juga menggelisah. Tidak senang dan tidak tenang. Inginkan satu alternatif sama ada dari segi sistem pemerintahan dan sistem hidup, mahupun memulihkan sistem itu. Itulah petanda penyelamat akan didatangkan.

Tidak lama selepas itu, Rasulullah SAW pun datang sebagai penyelamat. Baginda datang membawa satu sistem yang tidak ada langsung di waktu itu, berlainan dengan bentuk sistem yang wujud waktu itu, yang memang orang sudah tidak hendak. Begitu juga, Rasulullah dilantik menjadi pemimpin tidak melalui cara-cara lantikan pemimpin yang wujud di waktu itu, samada sistem beraja mahupun sistem berpresiden iaitu kaisar dan kisra.

Jadi watak dunia yang begitu sudah wujud sekarang. Suatu waktu dahulu, Kesatuan Soviet menjadi empayar. Tetapi kekuasaannya sudah lenyap. Sudah jelas Kesatuan Soviet telah ditolak oleh negara-negara jajahannya yang telah pun keluar dan membentuk negara merdeka. Hingga ke hari ini Russia hanya berkuasa di negaranya sendiri. Itupun masih belum aman. Rakyat tetap tidak berpuas hati dengan pemerintah dan sistem yang dilagangnya sekarang. Dan ini juga akan berlaku pada Amerika. Ia akan senasib dengan Russia. Bukan sahaja negara-negara di bawah caturannya sudah tidak setuju dan tidak senang, anak-anak emasnya di negara Teluk pun sudah gelisah, kecuali Saudi Arabia.

Dengan krisis ekonomi yang semakin parah akhir-akhir ini, masalah sosial menjadi semakin bertambah. Keresahan sosial semakin terasa, bukan sahaja di Amerika, malah ia merebak ke Eropah dan seluruh dunia. Apatah lagi dengan masalah keruntuhan akhlak dan moral majoriti manusianya yang menyapu bumi. Apa akan jadi pada generasi mereka 100 tahun lagi jika masyarakat dipenuhi anak-anak zina yang rosak psikologinya? Penderita sakit jiwa pula lebih ramai bilangannya dari bilangan pelajar di universiti di sana.Apa akan jadi jika amalan lesbian dan homoseks disahkan, budaya wanita murahan dan budaya porno diteruskan, kebebasan memiliki senjata api dibenarkan undang-undang dan seribu satu macam lagi kepincangan masyarakat. Inilah yang dikatakan masyarakat anti-Tuhan . Budaya masyarakatnya juga sudah menular ke serata dunia. Apabilasemua sistem sebuah negara di ambang kejatuhan maka ia seolah menunggu ajal sahaja.

Tidak kurang juga yang berlaku di Asia. Rakyat sendiri sudah tidak mahu dengan pemerintahan dan sistem yang ada sekarang, Cuma rakyat tidak tahu sistem apa yang mahu diambil.Alternatifnya masih belum nampak. Begitu juga, cara bagaimana mereka hendak seorang pemimpin itu dilantik. Sebab itu, mahu tidak mahu pemimpin yang hendak dilantik itu mesti masuk sistem pilihanraya yang sedia ada. Perlantikan melalui line-line yang lain walaupun ada yang nampak, tetapi agak sulit dilakukan. Sesetengah mereka itu tidak nampak jalannya. Tetapi hati mereka tetap tidak setuju dengan sistem pemerintahan yang ada. Wujudnya vakum dalam kepimpinan

Di kebanyakan negara sukar hendak dipilih siapa tokoh yang layak untuk menggantikan pemimpin yang berkuasa sekarang. Walaupun ada timbalannya, tetap tidak diyakini. Hati rakyat tetap merindui dan menanti-nanti seorang pemimpin yang boleh membawa keamanan, kemakmuran, keadilan dan membawa terjurusnya hati pada Tuhan.

07 March 2009

Tulisan dan bahasa menunjukkan bangsa


Di mana letaknya tulisan orang Melayu? Tulisan jawi. Tulisan orang Melayu inilah yang menjadi identiti bangsa Melayu.

Kita boleh lihat tulisan kaum Cina, India, Thailand, Jepun, Korea dan lain-lain di televisyen. Sedihnya di mana tulisan jawi, tulisan orang Melayu? Mengapa tulisan ini dipinggirkan? Pemimpin atasan semuanya orang Melayu, apakah pemimpin-pemimpin ini tidak sayangkan identiti bangsanya?


Dahlah Bahasa Melayu jadi Bahasa Malaysia hilang Melayunya,
sesetengah drama-drama TV menggunakan bahasa Malaysia rojak.

Anak-anak orang Cina jiran saya setiap hari berlanggan akhbar tulisan Cina. Mereka megah, bangga dengan tulisan bangsanya. Apa sudah jadi dengan bangsa saya (Melayu) akhbar tulisan jawinya terselit seminggu sekali sahaja di dalam akhbar tulisan rumi.

Saya pasti akhbar berbahasa Melayu akan terkubur 20 tahun lagi dari tarikh saya menulis ini. Seperti terkuburnya akhbar tulisan jawi. Lebih kurang 20 tahun kemudian setelah orang Melayu sendiri menghina akhbar tersebut.

Saya teringat pada tahun awal 70-an dulu ketika saya mengepit Utusan Melayu masuk ke bilik guru di sebuah sekolah di Felda, seorang kawan sebangsa dan seagama dengan saya menyatakan Utusan Melayu ialah akhbar orang sekolah atap.

Jelas, lebih kurang 20 tahun kemudian akhbar Utusan Melayu terkubur.

Orang Melayu jangan berasa sedih jika 20 tahun akan datang surat khabar berbahasa Melayu tulisan rumi pula akan juga terkubur. Sekarang ini kita lihat orang Melayu sudah mula seperti malu hendak bertutur dalam bahasa ibundanya. Kita boleh lihat temuramah-temuramah di TV dan drama-drama TV bahasa Inggeris seperti diutamakan.

Pemimpin-pemimpin ini hendaklah sedar bahawa mereka naik kerana undi rakyat khususnya undi orang Melayu. Agama yang dianuti orang Melayu jangan diperlekehkan. Bahasa Melayu hendaklah terus diguna pakai dalam pembelajaran semua perkara di sekolah.

Untuk meningkatkan penguasaan dalam Bahasa Inggeris, apa salahnya pembelajarannya ditambah selama satu jam seminggu. Saya tidak nampak guru-guru atau tenaga pengajar akan memberontak. Selamanya saya lihat guru-guru sentiasa taat arahan dan perintah.

Tulisan jawi saya sarankan diwajibkan diajar di peringkat sekolah rendah lagi selama 45 minit seminggu diselitkan dalam pelajaran agama Islam. Tulisan jawi ini adalah identiti bangsa Melayu. Insya-Allah Utusan Melayu akan kembali segar.

Saya menyeru kepada kepimpinan Melayu agar terus mengagungkan Bahasa Melayu, tulisan Melayu (jawi) dan budaya Melayu.

Kembalikan hak Bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains. Gunakan seterusnya istilah-istilah matematik dan sains yang beribu-ribu yang dicipta oleh DBP.

Pemimpin-pemimpin Melayu sibuk dengan katanya "ketuanan Melayu" terhakis selepas pilihan raya yang lalu. Tetapi pemimpin Melayu tidak sedar ketuanan bahasa Melayu, tulisan Melayu (jawi) terhakis kini dan selamanya. Siapa yang menghakis?

Orang Melayu sekalian, sayangilah bahasa anda dan tulisan bangsa anda (tulisan jawi) yang menjadi identiti bangsa anda. Hilang bahasa, Melayu akan lenyap di Malaysia dan seterusnya di muka bumi ini.

'Tulisan dan bahasa menunjukkan bangsa.'

MD. ESA KARDI
Persara Guru Muar, Johor
Utusan Malaysia



Tok Malau ... Takkan Melayu Hilang Di Dunia?
Tak masuk jawi... tak jadi jantan
Tak tau tulis jawi ... tak jadi pe?... hang pa pikiaq le sendiri.

Prophet Sulaiman and Queen Of Balqiss

NABI SULAIMAN DAN PUTERI BALQIS

Dedikasi buat sahabat-sahabat yang dok pening kepala nak buat teks cerita MTQ... moga bermanfaat.

Assalamualaikum..
Terima kasih tuan pengacara majlis , Salam penghormatan buat barisan hakim yang arif bijaksana seterusnya hadirin dan hadirat yang budiman.

Ahlan wa sahlan ya marhaban
Kepada rakan yang budiman
Dengarkan kisah dari al quran
Puteri Balqis dan Nabi Sulaiman

Nabi Sulaiman adalah putera Nabi Daud a.s. Nabi Sulaiman mewarisi pemerintahan Nabi Daud menjadi Raja Bani Israil. Baginda merupakan seorang yang bijak dan mulia. Nabi Sulaiman juga dianugerahi Allah mukjizat yang hebat iaitu memahami bahasa haiwan dan memerintah jin serta angin.
Segala keistimewaan ini digunakan oleh Nabi Sulaiman untuk berdakwah dan membuat kebaikan.

Firman Allah :
ولقدءآتينا داود وسليمان علما

Ertinya “ Dan sesungguhnya Kami telah memberi ilmu kepada Daud dan Sulaiman ”

Surah An Naml ayat 15

Ya kawan-kawan ,

Gunakanlah ilmu dan kelebihan diri untuk berdakwah serta melakukan perkara kebaikan yang memberi manfaat sesama insan.
Angkasawan Negara Dato’ Syeikh Muszafhar Shukor telah berkongsi ilmu dan pengalamannya semasa berada di angkasa serta menjalankan kajian sains yang akan bermanfaat kepada kehidupan manusia.

Ratu Balqis pemerintah Saba
Kekayaan melimpah hidup bermegah pantun
Istana besar indah bercahaya
Lalai dan leka matahari disembah

Firman Allah ,



Ertinya :
“ (Berkata Hud-Hud )Aku dapati wanita itu dan kaumnya menyembah matahari selain Allah ”

Surah An Naml ayat 24

Ya kawan-kawan ,
Kemajuan dan kekayaan perlu disyukuri dan janganlah kita terpesona dengan harta benda dan kekayaan sehingga menggadaikan keimanan dan keyakinan kepada Ilahi.
Dasar Islam Hadhari yang bertujuan mencapai kemajuan dan kegemilangan negara telah menggariskan teras pertamanya iaitu Keimanan kepada Allah Taala.


Satu ketika Nabi Sulaiman bermusafir ke Yaman.Setibanya di San’a iaitu ibukota Yaman Nabi Sulaiman memanggil burung Hud-Hud untuk diarahkan mencari sumber air,namun burung hud-hud tidak kelihatan.Rupa-rupanya Hud-Hud telah tersesat hingga ke istana Ratu Balqis.

Tibalah Hud-Hud dengan gementarnya
Bimbang dimarahi lewat tibanya
Kepada Sulaiman dikhabar cerita Syair
Ratu Balqis rupawan perlu didakwahnya

Nabi Sulaiman memerintahkan Hud-Hud menyampaikan mesej dakwah agar Ratu Balqis beriman kepada Allah dan mengakui Nabi Sulaiman adalah utusan Allah.

Firman Allah dalam Surah An Naml ayat 28



Ertinya :
“ Kata Sulaiman , pergilah ( Hud-Hud ) bawa suratku ini dan campakkan kepada mereka (Ratu Balqis dan kaumnya )”

Maka terbanglah Hud-hud membawa surat dan menjatuhkan surat itu dihadapan Ratu Balqis yang ketika itu sedang beristirehat di dalam istananya.

Ya kawan-kawan,
Dalam menjalankan usaha dakwah kita perlulah mempelbagaikan teknik dan strategi agar lebih berkesan.
Era teknologi maklumat kini perlu dimanfaatkan oleh umat Islam untuk menyampaikan mesej dakwah melalui blog dan laman web seperti www.islam.gov


Setelah menerima surat dari Nabi Sulaiman , Ratu Balqis telah bermesyuarat dengan pembesar-pembesarnya.Baginda menyatakan isi surat Nabi Sulaiman yang menyeru agar tunduk dan beriman kepada Nabi Allah
Seorang menterinya berkata dengan sombongnya,

“ Wahai Ratu yang mulia , kami telah dibesar dan diajar dengan ilmu kepahlawanan. Kami tidak gentar dan gerun untuk bertempur ”

Ratu memilih untuk tidak berperang
Peperangan kemusnahan
Utusan dihantar bawa hiasan nasyid
Moga lunakkan hati Sulaiman

Rombongan utusan Ratu Balqis dilayan dengan mesra .Nabi Sulaiman menasihati agar utusan itu pulang dan menegaskan bahawa baginda tidak terlalai dengan harta kekayaan itu daripada terus menunaikan kewajipan berdakwah.

Firman Allah ,



Ertinya
“ Berkatalah Sulaiman Tidaklah patut kamu memberikan kekayaan ini kepada ku kerana apa yang telah diberikan Allah kepadaku adalah lebih baik dari apa yang kamu tawarkan”

Surah An Naml ayat 36

Ya kawan-kawan sebilangan manusia hari ini sanggup memberi dan menerima rasuah demi untuk mencapai kepentingan diri sendiri.
Kerajaan telah melancarkan kempen Anti Rasuah di setiap sektor awam kerana ia merupakan jenayah yang boleh merosakkan negara.

Ketegasan Nabi Sulaiman
Ratu Balqis membuat pilihan
Sulaiman bersedia menyambut tiba sajak
Istana dipindahkan sekelip mata
Kehebatan iman dan ilmu golongan manusia
Anugerah dari yang Esa

Istana Ratu Balqis berjaya dipindahkan ke dalam Istana Nabi Sulaiman. Ketika sedang memasuki ruangan khas yang diperbuat dari kaca putih yang jernih, Ratu Balqis menyelak kainnya kerana menyangka ianya sebuah kolam air.

Firman Allah :


Surah An Naml ayat 44

Ertinya “ Maka ketika Ratu Balqis melihat lantai istana itu ( disangkanya kolam air ) dan dia menyingkapkan kainnya ”

Perbuatannya itu ditegur oleh Nabi Sulaiman.
Ratu Balqis tertunduk malu lalu menyedari kelemahan dirinya.
Akhirnya Ratu Balqis akur yang selama ini dia telah terlalai dan terleka dengan harta kekayaan dan kemewahan.

“ Wahai Tuhanku sesungguhnya aku telah menganiya diriku sendiri dan sekarang aku berserah diri memeluk Islam bersama Nabi Sulaiman , kepadaMu Allah Tuhan sekalian alam ”

Ratu Balqis memeluk Islam dengan relanya dan Nabi Sulaiman bersyukur kerana usaha dakwah berjaya melalui kehebatan kerajaannya yang dianugerahi Ilahi.

Ya kawan-kawan ,
Ilmu sangat penting untuk kemakmuran dan kemajuan negara. Dengan kekuatan ilmu , kita akan berusaha untuk mencapai kejayaan tanpa mengenal putus asa.
Monumen binaan masjid di serata Dunia Islam yang dibina di Taman Tamadun Islam Terengganu merupakan manifestasi kehebatan ilmu dan kekuatan jatidiri insan bak kata pepatah usaha tangga kejayaan.

Sekian dulu salam permisi
Buat semua pendengar yang baik hati
Moga bermanfaat dek cerita tadi
Diberkati dan dirahmati Ilahi

Sekian terima kasih …Wabillahi Hidayah wattaufiq Assalamualaikum…

04 March 2009

Biaq gambaq berbicara

Ahlan wasahlan welcome to my club...
Bertambah sorang lagi ahli jemaah kita... sila paut kat Arrusydun
Satu blog yang meletakkan grafik yang cun sebagai alat dakwah... brovo bro...
teruskan perkara yang mulia ... yang penting istiqomah..sempoi..
nak wat wall paper pun boleh.. selamat menziarahi..





01 March 2009

KUDA ALIFAH


Salam sejahtera buat semua jemaah blogger...

Kakiayam dah cerita pasal motorbike nostalgia .. mamamuar plak dengan cerita keretanya yang selalu xcden .. tok syorkan kat mamamuar pakai keta lembu le .. takde xcden .. kat Melaka banyak tak jauh pun dari Muo tu..
Kali ni tok nak kongsi story pasal kenderaan gak .. tapi kenderaan zaman dulu kala .. zaman Rasulullah SAW ...kenderaan paling sofiskated iaitu HISANUN... sebut tul-tul.

Kali pertama tok tengok kuda lumba dan pegang kuda fuyoo... terkesima le jugak.
Menurut cerita kuda ni namanya ALIFAH sebelum ni nama pe tak tau le...nama ALIFAH ni Tok Guru Tok yang berikan.
Alifah ni sebenarnya telah dilatih untuk menyertai Race di Australia ... selepas berlatih sakan dan melepasi ujian kelayakan untuk racing ...Kuda ni dibawak le kat trek race ... one .. two .. three .. go.. semua kuda memecut dengan laju tapi si kuda satu ni buat dek je ... kecoh le ..trek tu awat kuda ni tak lari ..
Dipendekkan cerita .. selepas ni latih dan menjalani ujian kelayakan dua tiga kali lagi.. kejadian yang sama berulang bila masuk trek je kuda tu tak nak lari..
Akhirnya kuda itu kena reject.. doktor kuda pun pening kepala kuda sihat fizikal dan mental... tapi tak nak lari ..pelik pelik
Diringkaskan lagi cerita, akhirnya kuda ni dibawa ke Malaysia .. dan dibeli serta dijaga oleh sedara-sedara Tok ..la ni kuda ni ada kat Kedah.
Rupa-rupanya kuda ni adalah keturunan kuda Rasulullah SAW .. kalu nak kenai kuda yang senasab dengan kuda Rasulullah dia ada tanda lesut dikawasan bawah dari lehernya ..(Wallahu alam )

Kesimpulannya kalau kuda pun terpelihara nasabnya .. maka manusia seharusnya menjaga nasabnya juga.Tapi hari ni betapa rosaknya masyarakat kita .. sampai ada yang dah tak bernasab....Tingkatkan Iman , Cemerlang Peribadi.

Mat Lanun bila nak cita pasal kapal lanun hang ...