01 April 2009

Nak Bakar 'Haru Biru'...ampunkan tok


Condifent..


I am doomed /Saviour of UMNO Or Troublemaker / I am out of this !

Bakal PM, sehari atau lama sedikit dari itu, tak sampai sepenggal atau tak sempat? Hanya satu peratus sahaja kepercayaan dari lubuk hatinya bahawa beliau masih layak mengendalikan negara ini sebagai Perdana Menteri. Sebab utama - kes itu masih tidak boleh ditutup lagi ! Sebagai manusia biasa beliau tetap DIHANTUI rasa-rasa. Akan bersihkah imejnya sebagai seorang kasanova atau lebih teruk lagi - penjenayah? Walau ucapnya berdegar-degar di pentas, semangatnya hanya lakonan dan maruahnya tidak sehebat itu.

Peluk, jangan tak peluk. Macam Tak Percaya Lah Tun masuk balik ! Aku Bukan Saja2 ni tau, banyak benda nak perbetui ni..


Tun Dr Mahathir sangat kecewa dan bimbangkan masa depan UMNO atas kemenangan Khairy Jamaluddin secara tidak telus dan kotor. Keberadaan Khairy dalam pucuk pimpinan sangat tidak disenanginya. Atas sebab itu, juga kalau bukan sayangnya yang mendalam kepada UMNO, juga atas ura-ura bahawa peruntukan perlembagaan parti mungkin dipinda menjadikan beliau mengubah fikirannya dengan memenuhi undangan dengan muncul pada saat-saat akhir perhimpunan. Bukan itu sahaja, kemenangan Khairy dan usaha mengubah perlembagaan itu telah menjadi pendorong kuat beliau memasuki UMNO kembali.

Seperti yang digesa oleh peminat-peminatnya di ChedDet.com, BUATLAH SESUATU TUN! BUKAN SETAKAT MENULIS! - maka inilah usaha beliau melangkahkan kakinya ke dalam UMNO semula. Beliau tidak akan membiarkan Khairy bermaharajalela! Tunggulah !


Saat sebelum Tun M masuk UMNO semula.. ( AKU LAH TERHEBAT !!)

Khairy terkejut . Aneh Tun ini. Katanya tak nak hadir persidangan, tiba-tiba hadir, pulak tu, belum habis persidangan, Tun isytihar nak masuk UMNO. Khairy tergamam. PENGARUH TUN DR MAHATHIR MOHAMAD akan meluas dalam UMNO yang sudah lemah. Pengaruh Tun akan mengimbangi atau terus melenyapkan pengaruh KJ dan wangnya.


Bila Tun Dr Mahathir memeluk semua orang, DS Najib terkedu.

” Aku tidak boleh buat sewenang-wenangnya dalam UMNO” ...keluh hatinya.

Kepercayaan bahawa beliau masih diterima khalayak dan mampu menjadi PM semakin kecil dan mengecil. Tun boleh buat apa sahaja. Strategi Tun, hanya beliau yang dapat mengagaknya. Walau Najib bakal PM dia tidak merasa dia berkuasa lagi. Hati kecilnya tetap DIHANTUI pelbagai rasa-rasa orang yang bersalah.


Orang Yang Paling Gembira di Perhimpunan UMNO kali ini..

Muhyiddin Yassin - dialah orang yang paling gembira di kalangan calon yang menang pertandingan, bila Tun kembali semula. TULANG BELAKANG UMNO SUDAH PULANG ! - kegembiraan itu juga atas sayangnya beliau pada parti dan bangsanya.
------------------------------------------------------------------------------------

Tok Malau : Imaginasi atau Realiti, Hanya Tuhan yang Maha Mengetahuinya.

Semasa kehadiran mengejut che det di hari terakhir perhimpunan UMNO baru-baru ini, dua orang terpenting negara itu tidak mencium tangan beliau, di kalangan yang ‘penting-penting’ lainnya yang melakukan sedemikian.

No comments:

Post a Comment