12 April 2009
Beruntungnya ada mursyid
Untungnya ada guru mursyid
Dialah yang memimpin kita lahiriah
dan rohaniah
Mengenalkan kita kepada Al Khaliq
Membantu kita menghayati rahsia Ar Rahman dan Ar Rahim
Memberi contoh kepada kita betapa perlunya menjadi hambaNya
Memupuk kecintaan kepada Kekasih Allah
Muhammad Al Mustofa yang sangat berjasa
Dan luar biasa akhlaknya...yang perlu diikuti dan dihayati
Menggalakkan kita berjuang seperti salfussoleh berjuang
Rahbanun fil lail wafursanun binnahar
Mursyid juga mengajar kita agar berkasih sayang
Sesama manusia , Islam dan bukan Islam
Berakhlak mulia hati dan tuturkata
Agar Islam yang kita bawa dipandang indah
Agar kita dilihat sebagai penyelamat , kerana membawa Islam
Bukankah Islam itu selamat dan menyelamatkan?
Kata mursyid lagi berjuang itu ertinya berkorban
Berkorban ertinya terkorban...
Terkorbankah hati ,wang ringgit , masa
dan nyawa kita?
Dalam berjuang jika ingin jadi pejuang
Dan ingin perjuangan menang
Wajib bermujahadah , Awwalu mujahadah binnafsi
Mujahadahkan diri...renungi diri..hinakan diri
Susah-susahkan diri , hiduplah secara sederhana
Hidup dan cintailah para masakin agar hati terdidik
Janganlah nampak kejahatan orang lain yang sememang..
Terdidik dengan sistem seperti itu..
Kita yang ada mursyid berilah tunjuk dan jalan
dengan cara mursyid ...berkasih sayang dan hikmah
Agar mereka seolah-olah ada mursyid
Jika ada mursyid tapi tidak mahu bermujahadah
Sepertilah mereka yang tiada mursyid
Bahkan lebih teruk lagi agaknya...
kerana tiada beradab dengan mursyid
kerana tidak menghayati kata mursyid
Tok Malau... Selamat berjuang dan ampun maaf
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
assalaamu'alaykum. sangat setuju dgn artikel ni.
ReplyDeleteZaman kini trlalu sukar utk mdapt guru yg mursyid...
Adapun, guru yg benar mursyid, adalah mereka yg benar2 hatinya sentiasa mengagungkan Allah, tidak takut menegakkan kebenaran...
Sukarnya utk mcapai darjat mursyid... Moga diri kita sntiasa mendapat tarbiyah dan ditarbiyyah oleh guru2 yg BENAR2 MURSYID.
Yg benar2 mendidik insan utk menjadi tentera dakwah Allah mnyampaikn risalah yg haq di sisi-Nya.
Mohon maaf dunia akhirat atas tutur bicara yg mguris hati.
ana al-faqiroh wad-dhoifah ilallaah
Betul tu jannah..tapi kan bila dah ada guru mursyid perlu menjaga adab dan berlurus hati dengan mursyid... tok ni kadang2 sedih sebab dalam nak bermujahadah selalu tewas...sukarnya menjaga HATI...mursyid telah memberi dan menunjuk 'jalan' ...mungkin kena cek bab makan... sumber yg membentuk hati.. kalu rajin post le bab ni...mana tau dari satu sudut pandangan nurjannah..bermanfaat utk tok
ReplyDeleteInsha'Allah Tok...ana akan usahakan... cuma skg ni agak sukar nk fokus. masih tak sihat lagi... insha'Allah sedikit masa lagi ana akan mnulis berkenaan guru yang mursyid (jika tak de aral yang melintang)
ReplyDeletesyukran jaziilan. Barokallahu fiik