Sejak kita lahir kita sudah terbiasa mendengar kuda yang dikaitkan dengan perjudian seperti loteri lumba kuda, juga yang berkaitan permainan polo. Yang banyak terlibat pula adalah para taukey kapitalis, taukey judi seluruh dunia, orang-orang atasan.
Budaya berkuda seolah-olah dipinggirkan dari seluruh lapisan masyarakat kita. Hingga terwujud satu mentaliti terkait iaitu, KUDA = JUDI = HARAM.
Yang Mulia Sultan Mizan, Yang Dipertuan Agong bila ditanya orang ” Kenapa gemar berkuda?”
Jawab baginda ” Ini sunnah yang dianjurkan Rasulullah SAW.”
Bahkan ! Berkuda ini adalah kesukaan Nabi. Pernah atau tidak kita terfikir bahawa apa pun yang junjungan besar nabi kita buat akan segera dimusuhi, diburukkan dan diputar belit oleh musuh. Contohnya amalan poligami, ia satu sunnah yang menjadi amalan para solehin, dicemuh dan dimomokkan hingga dibenci sungguh oleh orang Islam sendiri.
Musuh Islam apabila melihat bahawa Rasulullah itu sangat menggemari kuda, mereka tahu kebaikan berkuda itu sangat merbahaya jika nanti diikuti oleh orang Islam. Musuh akan menghalang segala bentuk kekuatan yang ada pada Rasulullah yang akan dapat memanfaatkan umat Islam.
Mereka sangat-sangat berhasad dengki dan memburukkan segala yang dari Rasulullah sejak sekian lama dan merancang agar umat manusia sedunia menganggap baik semua kejahatan mereka.
Hamzah, (penjaga kuda di Perdana Stables milik Tun Dr Mahathir Muhammad di Pulau Langkawi) adalah seorang penunggang kuda yang tangkas, sedang menunggang Al Barriq. Al Barriq adalah kuda stallion Arab pemberian Raja Arab Saudi semasa Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri.
Namun, pejuang Islam di TIMUR akhir-akhir ini telah berjaya meleraikan fitnah kepada Islam, bermula dari yang paling asas iaitu membudayakan kewajiban menutup aurat dengan memakai tudung, malah amalan poligami turut dibela semula.
Apabila Rasulullah SAW berkuda dan dilihat hebat serta nampak ada kekuatan, musuh Islam merosakkan budaya ini, maka dibuat berkuda ini dikaitkan dengan judi, hanya untuk orang atasan, maka mereka kawal kuda ini dari sampai ke umat Islam seperti juga mereka menghalang dari orang memperkatakan tentang Imam Mahdi.
Ada sesetengah kuda jenis Arab Sambrani mempunyai tanda kebesaran iaitu tanda seperti huruf alif di lehernya dan tanda ini menunjukkan ia kuda keturunan kuda Rasulullah. Tanda ini diperturunkan kepada bakanya hingga sekarang. Tanda lekuk itu ialah satu ‘impression’ iaitu tempat tekan ibu jari Rasulullah SAW semasa memegang lehernya untuk menaikinya. Tanda ini juga dikenali dengan nama ‘ THE PROPHET’S THUMB’ . Inilah mukjizat.
FAEDAH BERKUDA, MEMANAH, BERENANG.
Sabda Rasulullah SAW : “Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda).” (Riwayat Muslim)
Berkuda
Berkuda amat baik untuk kesihatan manusia. Seluruh anggota tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, dari fizikal hingga mental akan mendapat manfaatnya.
Bentuk lekuk badan belakang kuda - tempat di tunggang- baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia.
Semasa pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari, menyebabkan vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut, sedangkan pakar chiropraktik pun tidak mampu berbuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda.
Seluruh anggota : tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral - termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk menjadi semakin sihat. Penunggang kuda yang hebat selalunya bebas dari mengalami sakit belakang atau ’ter’gelumang dengan tabiat-tabiat seks yang di luar tabie. Selain itu menunggang kuda turut mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan ‘galloping’ kuda.
Memanah
Melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan target pada sasaran. Memanah sangat menitik beratkan body balancing. Maka jika pemanah emosinya tertekan, maka panahan amat mudah tersasar. Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi.
Individu yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar atau kurang sihat mentalnya tidak akan menjadi pemanah yang baik.
Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu satu kekuatan fizikal, sukan ini juga satu latihan holistik kepada diri seseorang dari segi fizikal dan mental.
Bersabda Rasulullah SAW, ” Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad yang baik)
Berenang
Semasa berenang, mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain meransang stamina ( sistem kardiovaskular )
Berenang juga memberi peluang manusia untuk menguasai air serta menjadi berani.
Islam menggalakkan umatnya bersukan sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w, Orang mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih Allah kasihi daripada mukmin yang lemah.(riwayat Muslim)
Baginda juga pernah bergusti dengan ahli gusti kafir Quraisy, Rukanah bin Abu Yazid bin Hashim. Peristiwa itu berlaku bila mana Rasulullah diminta membuktikan mukjizatnya. Syarat pertandingan itu ialah jika Rasulullah menang, Rukamah akan memeluk Islam. Akhirnya, Rasulullah memenangi pertandingan gusti yang diadakan tiga pusingan itu.
Dalam peristiwa lain, Rasulullah pernah berlumba lari dengan isterinya, Saidatina Aishah. Semua ini membuktikan yang Islam mengharuskan kita bersukan. Pepatah Arab juga menyebut ‘otak yang cerdas datangnya dari badan yang sihat’.
Ini semua semenangnya selaras dengan kajian saintifik yang menganjurkan kesihatan melalui sukan.
Tiap-tiap sesuatu yang bukan zikrullah berarti permainan dan kelalaian, kecuali empat perkara:
(1) Seorang laki-laki berjalan antara dua sasaran (untuk memanah).
(2) Seorang yang mendidik kudanya.
(3) Bermain-mainnya seseorang dengan isterinya.
(4) Belajar berenang.” (Riwayat Thabarani)
Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda).” (Riwayat Muslim)
Dan ia bersabda:
“Kuda itu ada tiga macam: kuda Allah, kuda manusia dan kuda syaitan. Adapun kuda Allah ialah kuda yang disediakan untuk berperang di jalan Allah, maka makanannya, kotorannya, kencingnya dan apanya saja - mempunyai beberapa kebaikan. Adapun kuda syaitan, iaitu kuda yang dipakai untuk berjudi atau untuk dibuat pertaruhan, dan adapun kuda manusia, iaitu kuda yang diikat oleh manusia, ia mengharapkan perutnya (hasilnya), sebagai usaha untuk memenuhi keperluannya."
(Riwayat Bukhari dan Muslim )
Tok Malau.. mereka yang ada minat dan hobi menunggang kuda rasanya sudah pasti ada jiwa pejuang...jemput tengok Kuda Alifah ..salah satu kuda keturunan kuda Ar Rasul ..la ni ada kat Kedah..
Kuda Alifah ...Tok teruja kali pertama tengok kuda yang tegap dan gagah..selalu tengok kuda padi je... terasa kehebatan pahlawan Islam berjuang...mampukah tok yg semakin tua dimamah usia...untuk turut serta berjuang...mohon doakan..
02 April 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete