30 June 2009

TAUBAT

Taubat ertinya kembali merujuk kepada Allah yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang.
Menyerah diri ( surrender ) padaNya dengan hati penuh penyesalan dan kesungguhan. Kesungguhan itu disertakan dengan rasa kesal , sedih , dukacita dan rasa tak patut melakukan dosa sehingga menangis mengeluarkan air mata. Hati terasa pecah-pecah bila mengingati dosa-dosa yang dilakukan. Merayu padaNya moga Allah mengambil perhatian pada diri kita. Memohon dan mengharap agar Allah yang Maha Pengampun akan mengampuni dosa kita. Meminta dan merintih agar Allah memandang dan memberi limpahan kasih sayangNya. Hati yang pecah-pecah itu menjadikan anggota lahir ( mata , telinga , kepala , kaki , tangan , kemaluan ) tunduk dan patuh dengan syariat yang Allah telah tetapkan. Disusuli ikrar dan janji tidak akan mengulangi lagi perbuatan derhaka.



Tok Malau ... teringat kalam As Syeikh Abdul Qadir Al Jailani " Raihlah ' hakikat ubudiyyah ' dan bersikaplah sederhana dalam segala urusanmu."

Keheningan Malam

Di waktu cucu tok dalam kesusahan ...
Di waktu cucu tok dirundung kegelisahan ...
Ketika cucu tok dihimpit kesempitan ...
Ketika cucu tok dibelenggu kesukaran ...
Bangunlah di keheningan malam ...
Mengadu dan bermunajatlah ...
Merayu , merintih , mengadulah...
Luahkan segala 'rasa' disanubari ...
KepadaNya ... Dialah Allah ...
Tuhan kita ...sumber kebahagiaan ,
Dialah sumber ketenangan ,
Sumber segala-galanya ...
Yakinlah Dia Maha Mendengar ,
Maha Melihat , Maha Baik ,
Pasti rintihan hambaNya didengari ,
Doa dikabuli ..amin.



Tok Malau ... moga tok dan cucu tok semua menjadi hambaNya yang mengekalkan ' rasa hamba ' sehinggalah ke kalam terakhir... hindarilah 'rasa bertuan ' ...yang membesarkan nafsu dan menyuburkan mazmumah.

17 June 2009

Kekal Berjuang


Di dalam jemaah perjuangan Islam
orang yang cinta dunia tidak akan kekal lama
atau tidak akan ada ikut sama dari mula
Orang yang terlalu kuat berpegang dengan hukum logik , payah menerima semua
Mereka selalu sahaja terkeliru oleh logik akalnya
Orang yang lemah jiwa lebih-lebih lagi payah sampai ke hujung perjuangan
Lebih-lebih lagi setelah diuji
Jiwa tidak tahan berhadapan dengan cabaran
Bahkan bila teruji selalu sahaja menyalahkan kawan dan pemimpin

Biasanya orang yang boleh kekal di dalam perjuangan kebenaran
Dari permulaan hingga ke destinasinya
Orang-orang yang tiada kepentingan dunianya
Orang yang jiwanya kuat bagaikan besi waja
yang boleh menerima 'khawariqul 'adah tanpa logik akalnya
Orang yang yang tiada sifat kibir dan ego
yang mudah memberi taat dan setia

Orang yang ingin membaiki diri di dalam jemaahnya
Orang yang telah menjual dunianya untuk akhiratnya
AOrang yang tidak merasa pandai sekalipun memang pandai
Orang yang ingin dipimipin kepada Rabbnya
Mereka itulah yang biasanya boleh berjuangan sampai ke hujung
Berdoalah kepada Allah agar kita istiqomah dalam perjuangan


Al hakir wal fakir ,
Abu Syuiib Soleh

Formula menghindari H1N1


Wabak H1N1 dijangka lebih bahaya, mungkin tak akan dapat dikawal


KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan melahirkan kebimbangan kemungkinan berlakunya gelombang kedua jangkitan Influenza A (H1N1), yang lebih teruk dan berbahaya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican, berkata jika gelombang kedua itu berlaku, situasi wabak berkenaan mungkin tidak akan dapat dikawal.

"Pandemik H1N1 ketika ini boleh dianggap sebagai tempoh untuk semua negara melihat keupayaan, persiapan dan sumber mereka dalam menghadapi pandemik yang lebih besar," katanya ketika berinteraksi secara langsung dengan pengunjung laman web New Straits Times (NST) Online di Balai Berita, di sini, semalam.

Tok syorkan semua cucu tok amalkan Hizib Al Bahr : Imam Abu Hassan Syazuli
Wirid ni baca lepas Solat Asar ...dengar dulu kalu berminat nak dapatkan teksnya ,
mai jumpa tok kena ijazah dulu...
Selamat beramal...



Tok Malau ... semakin akhir ... akhir zaman ni... ayuh jadi le pejuang akhir zaman yang dijanjikan ... bersama Pemimpin Akhir Zaman ... Imamul Mahdi Al Muntazar

Caraku lain , Caramu lain


Apakah engkau ingat aku setuju
dengan orang yang zalim dan penzaliman?
Apakah engkau anggap aku tidak berjuang
menentang kezaliman dan pemimpin yang zalim
Jangan-jangan dengan izin Allah ..aku lebih menentangnya darimu
cuma jalan dan cara aku lain
dan jalanmu pun lain
mungkin caraku lebih benar dari caramu...
Engkau lepaskan kemarahanmu
sedangkan islam menyuruh sembunyikan kemarahan

Caraku..aku marahkan diriku sendiri
mungkin kerana dosaku dan dosa orang lain juga
Allah datangkan pemimpin yang zalim dan menzalimi
kerana itu aku lawan kezaliman dengan cara membaiki diri
dan aku ajak keluarga dan jemaahku bersama
Aku mendoakan mereka yang zalim
bukan memaki hamun
bukankah sudah tersurat...
" apabila rakyat sudah jahat
Allah hukum mereka dengan didatangkan pemimpin yang zalim "
ertinya kejahatan pemimpin itu kerana kejahatan kita
kezaliman pemimpin itu kerana kezaliman kita
mungkin caraku ini nafsumu tidak setuju
tapi jiwa yang murni menerima yang lebih baik , baikilah diri
kalau mampu menasihat , nasihatkan mereka
disertakan doa ..bukan melepaskan marah dan geram

Jangan kejahatan dibalas kejahatan
Jangan dendam dibalas dengan dendam

Biarlah penzalim itu mengorbankan akhlaknya
Tapi kita menegakkan akhlak
Nanti orang ramai akan melihat dan menilai
Allah dan rasul sudah pasti menilai
Bila bunga diri ada pada kita
InsyaAllah rakyat akan menolak mereka dan menerima kita
Begitulah menghadapi penzalim dan kezaliman
memang nafsu tidak boleh terima cara ini
Tapi bagi yang berjiwa murni pasti menerimanya.

Sajak nukilan Abu Syuib Soleh

SISIPAN MUKTAMAR


Salam dah lama tok tak menulis rasa kekok le plak... sedangkan idea bagaikan tersumbat dikotak fikiran minta diterjemahkan..Sepanjang 2 minggu ni pelbagai isu yang tok follow..tapi tak dapat kongsi dgn semua... ape hikmahnya? wallahua'lam..Dia yg Maha Mengetahui... paling best pemilihan pimpinan PAS pada muktamar lalu...seperti yang tok rasa..akhirnya Ustaz Nasa menang Timbalan Presiden..tahniah. Sedikit pengalaman tok dalam Pas , sesungguhnya para perwakilan PAS kini adalah matang dan bijak... mereka memilih pemimpin yang setia dan dapat membantu Presiden membawa parti menghadapi cabaran dan manhaj perubahan ...walaupun mungkin ada yg tak setuju dgn tok...itulah hakikatnya Pas memilih pemimpin yg boleh memimpin ahli Pas.

Betul Ustaz Nasa tak sepopular Husam Musa dan Mat Sabu tapi bagi yang mereka yang berada dlm saf pimpinan negeri dn kawasan pastinya mengetahui peranan Ustaz Nasa dalam memantapkan pengurusan dan pentadbiran parti.Satu ketika dulu ketika jawatan Timbalan Presiden menjadi rebutan..akhirnya Ustaz Hassan Shukri yang berjaya...dia pun tak popular tapi jasa dan pengorbanannya hebat dan yang paling menyerlah kesederhanaannya dan istiqomahnya...
Kepada yang berjaya membarisi saf pimpinan ... selamat berjuang... selamat bermuzakarah ... membawa Malaysia dan rakyatnya beranjak ke satu paradigma baru...

Tok Malau ...walaupun muktamar kali ni canggih( lokasi dan penggunaan teknologinya ) nostalgia manis bermuktamar di Taman Melewar tetap dikenang..peeh org tua camtu le nostalgianya lebih.. he he...ampun maaf.

UMNO MAHU BERUBAH?

Salam pertemuan pengunjung budiman ,
Hampir 3 minggu tok 'rehat' dan 'sepi' di arena perjuangan ini..
Sebagai permulaan hayatilah artikel yg tok ambil dari era timur.com kredit buat Ustaz Shuib Sulaiman.

Firman Allah bermaksud, ‘Sesungguhnya Allah tidak mengubah sesuatu kaum, sehingga kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka’

Allah swt dalam firmanNya ini memperkatakan tentang perubahan manusia yang sememangnya bersifat berubah. Namun Tuhan memberitahu bahawa manusia itu sendiri mesti berubah dulu. Hakikatnya perubahan manusia itu datangnya dari Tuhan juga. Tetapi disini Tuhan minta supaya manusia berubah dulu. Ini dengan maksud lahiriah melalui kemahuan dan usaha lkhtiar bukan hakikat. Ertinya kalau manusia mahu berubah mesti ada kemahuan untuk berubah dan diusahakan menempuh jalan-jalan atau sebab musabab untuk berubah.

Kalau UMNO atau mana-mana bangsa atau siapa siapa saja mahu membuat perubahan, mestilah faham maksud sebenar Firman Allah diatas ini. Dihujung ayat itu Allah swt menuntut supaya, ‘Sehingga kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka.’ Maksudnya kalau mahu berubah mesti bermula dari mengubah apa yang ada dalam diri. Apa yang Tuhan maksudkan dengan ‘apa yang ada dalam diri?’ Yakni mengubah apa yang ada dalam diri manusia yang sifatnya berubah iatu tiga unsur, hati atau roh, akal dan nafsu.
Kalau UMNO tidak tahu yang perlu berubah itu ialah hati atau roh, akal dan nafsu, nescaya UMNO tidak akan berubah.

Kalau UMNO tahu bahawa yang mesti diusahakan berubah itu ialah roh, akal dan nafsu tetapi UMNO menolak atau tidak mahu menerima, nescaya UMNO tidak akan berubah.
Kalau UMNO tahu bahawa yang perlu berubah itu ialah roh, akal dan nafsu tetapi tidak tahu cara atau bagaimana atau kaedah mengubahnya nescaya UMNO tidak akan berubah.
Kalau dalam UMNO tiada pemimpin atau tiada siapa yang mampu membawa perubahan kepada roh, akal dan nafsu, nescaya UMNO tidak akan berubah.

a. Berubahnya hati atau roh adalah dengan rasa bertuhan dan rasa kehambaan atau rasa takut dan cintakan Tuhan atau iman dan taqwa. Hati dipenuhi dengan sifat-sifat mahmudah, sifat-sifat positif. Bersih atau terhindar dari sifat mazmumah atau negatif.
b. Akal pula mesti diisi dengan ilmu-ilmu yang benar, ilmu yang tepat, ilmu yang bermanfaat dan pengetahuan am merangkumi semua aspek.
c. Nafsu pula mesti sentiasa bermujahadah agar sekurang-kurang mencapai nafsu mutmainnah. Lenyapkan nafsu rakus yang amat mudah dikuasai oleh syaitan.
Gabungan pengisian roh, akal dan nafsu inilah akan berlaku perubahan total. Hasilnya nanti UMNO akan benar-benar berubah. Kepimpinan, pembangunan dan kemajuan tidak akan terpisah dari kasih sayang dan akhlak yang mulia. Kalau ini tidak berlaku, UMNO akan terus ditolak oleh masyarakat.

Dalam Perhimpunan UMNO baru-baru ini bergema suara-suara yang mahukan perubahan. Bahkan gema perubahan itu disebut-sebut dimana saja ada UMNO dan merata dunia. Bila bercakap tentang perubahan maka Firman Allah swt diatas yang lazim digunakan. Hanya perbezaannya dalam terjemahan. Seringkali diterjemahkan begini, ‘Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengubah nasibnya sendiri.’ Tidak salah menterjemahkan dengan perkataan nasib biar pun tiada dalam matan asalnya kalimah nasib. Tidak pula salah, hanya kurang tepat dengan maksud dari kalimah asal Firman Allah tersebut. Namun demikian apabila dari terjemahan pun sudah kurang tepat sudah pasti akan jauh pula menyimpang dari maksud sebenar. Kesannya perubahan tidak akan berlaku.
Tok Malau ... terus berubah dari muda ke tua dan akhirnya goyah dan rebah.