11 May 2009
YANG BIASA DAN LUAR BIASA
1. Sembahyang
Yang biasaRamai dari kita yang sembahyang. Yang biasa, kita sembahyang apabila telah masuk waktu. Yang kerap berlaku juga, sembahyang kita di akhir waktu. Mungkin pepatah orang putih "Better late than never" menjadi pegangan kita. Inilah golongan yang hanya tahu dirinya hamba tapi tak rasa hamba.
Luar biasa
Orang yang selalu menunggu-nunggu waktu untuk sembahyang. Seperti seorang yang sangat merindukan pertemuan dengan kekasihnya. 15 minit sebelum azan, dia dah duduk di tikar sembahyang. Kalau begitu, sahihlah dia orang luarbiasa .
2. Sedeqah
Biasa
Kalau kita sedekah, kita mahu seluruh dunia tahu. Kalau tak panggil press, sekurang-kurangnya, kita bercerita pada orang. Kita mahu orang tahu kita pemurah. Agaknya kita memang tak nak pahala sebab hanya sedeqah yang ikhlas akan dibalas oleh Allah.
Luarbiasa
Apabila bersedekah, kita lebih suka melakukan secara sembunyi. Ibarat kata, tangan kanan sedekah, tangan kiri pun tak tahu. Yang penting bagi kita ialah membantu meringankan kesusahan orang. Itu pun kita bimbang juga kalau-kalau dalam hati ada rasa riyak atau takjub dengan diri sendiri. Sedangkan kita berharap dengan banyak bersedekah, akan turun rahmat serta ampunan Allah.
3. Berjaga malam
Biasa
Kita biasa berjaga malam. Sama ada untuk tengok bola sepak piala dunia, atau melayan VCD terbaru. Yang lebih teruk, kalau malam dihidupkan dengan berhibur di pusat-pusat hiburan.
Luarbiasa
Malam kita dihidupkan dengan pelbagai ibadah dan amalan. Ketika orang lain lena dibuai mimpi, kita meninggalkan tilam empuk untuk bertahajud dan menghisab diri. Bagi kita, kesepian malam adalah saat paling sesuai untuk kita merayu kasih sayang Allah, Pencipta kita. Memohon keampunan, rahmat dan nikmat dari-Nya. Ini malam para nabi dan para wali. Kalau kita konsisten beribadah malam, memang kita ikut tradisi orang-orang yang luar biasa.
4. Kerja
Biasa
Kita cukup berbangga bila berjaya di dalam sebarang kerja. Sama ada dalam kerjaya, pelajaran mahupun bila dapat buat banyak amal ibadah. Kita rasa, kalau tak kerana otak kita yang genius, atau kerja kuat kita, tentu kita gagal. Sebab itu kita mudah pandang rendah pada orang yang kurang upaya atau kurang berjaya. Walaupun kita ucapkan alhamdulillah, tapi di hati kecil kita tak rasa apa yang berlaku, Allah punya kuasa.
Luarbiasa
Bila kita dapat rasakan segala yang kita miliki adalah dari Allah. Kita sangat yakin bahawa kekayaan, pangkat dan kelulusan tidak akan kita nikmati kalau tidak dengan izin Allah. Makin banyak nikmat yang kita dapat, makin tinggi rasa kehambaan. Bimbang dan cemas kalau-kalau kita tidak mampu berterima kasih kepada Allah sehingga tersilap menggunakan nikmat dari-Nya. Makin banyak ibadah pula, makin takut dengan Allah . Luar biasalah jika manusia dapat merasakan dirinya hanya hamba Allah yang tidak memiliki apa-apa.
Tok Malau.. jadilah orang yang luar biasa..tirulah Ar Rasul kerana baginda adalah manusia luar biasa yg sangat hebat luarbiasanya. Bersedia menjadi orang luar biasa..pasti diuji kerana hidupnya luar biasa tak macam orang lain yang biasa2 je.
Mari cucu tok semua renung-renungkan...ampun maaf
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tertarik pd bhg no.3 tuh..
ReplyDeletewa mmg slalu 'biasa' sgt.. kekadang tuh pas subuh bru lena..
entah bila ler jd yg 'luar biasa'.. har har
Assalaamu'alaykum...
ReplyDeleteterlalu sukar utk mnjadi luar biasa kerana kita dh biasa mnjadi org biasa...
indahnya kalau mampu mnjadi org luar biasa...
sungguhpun kita org biasa, mau atau tidak, kita kena berusaha utk mnjadi luar biasa...
bila dikata insan luar biasa, dh tentu sgala2nya yg berlaku pdnya luar biasa...
:) sorry tok, kalau bhs ana berbelit2
P/s: utk mnjadi luar biasa, kita perlu murobbi yg juga lebih luar biasa dr yg luar biasa (T_T)
maaf dunia akhirat... syukran jaziilan krn mbantu mberi pnjelasn d cbox ana. barokaLlaahu fiik
betul3x... mursyid yg luar biasa tu yg payah nak cari tu... kalu ada nak dapatkan mursyid , dgn cara yg luar biasa, penuh onak dan ranjau..kadang2 itulah yg tak mampu .. dek dunia kuat mengikat ... tolong doakan moga diberi kekuatan..doa mendoalah kita...syukran jannah,
ReplyDeleteaha arnabun..mulakan dgn berkawan dgn mereka yg luar biasa...moga dipermudahkanNya..amin ampun maaf ye..