14 July 2009

SYUKUR DAN TAUBAT


aku syukur padaMu Tuhan
diatas segala nikmat yang Engkau beri
aku bersyukur kepadaMu lagi
diatas kesyukuran itu
kerana syukur itu satu NIKMAT
yang bersifat maknawi dan rohani
ia dalah satu pemberian
syukur diatas kesyukuran
begitu juga , aku bertaubat diatas dosa-dosaku
seterusnya aku bertaubat
diatas taubat-taubatku yang palsu
ertinya taubatku memerlukan taubat lagi
taubat diatas taubat
begitulah yang aku harapkan padaMu
ingatkan aku .. bahawa syukur itu
adalah satu nikmat dan anugerahMu
agar aku bersyukur diatas kesyukuran kesyukuran itu
seterusnya ingatkan aku .. bahawa taubatku adalah PALSU
agar aku bertaubat diatas taubat itu
moga aku tidak menipu diriku.

No comments:

Post a Comment