Dunia Destinasi Akhirat
Utamakanlah kehidupan akhirat
Destinasi akhir perjalanan kita
Carilah kekayaan dunia dan majulah
Akhiratkan dunia itulah tugas kita
Moga mendapat kebahagiaan di sana
Harta dan kemajuan dunia adalah perlu
Untuk berkhidmat , pahalanya di akhirat juga
Selamatlah kita di dunia dan berbahagia
Lagilah selamat dan bahagia di akhirat sana
Jangan kekayaan dan kemajuan dunia jadi dunia semata-mata
Dunia jadi sia-sia dan akhirat sana tiada berpahala
Senang di dunia bukanlah berlama-lama
Bahagia di akhirat kekal selamanya
Kerana itu takutilah Allah cintailah Dia
SyariatNya jadikan panduan hidup di dunia
Akhirat kita bahagia selama-lamanya
Hubungkan dunia dengan akhirat
Dunia diambil jadikan akhirat
Maka terjalinlah dunia dengan akhirat
Jadilah dunia itu jugalah akhirat
Begitulah panduan Allah buat kita
Manfaat besar dan untungnya lagi besar
Untung di dunia selamat di dunia
Untung di akhirat selamat di akhirat
Jangan pisahkan dunia dengan akhirat
31 January 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tuan...tahniah di atas kejayaan ini. semoga selepas ini tuan mampu pula menulis puisi dakwah untuk Barrack Obama. Basuh dia Tuan... sebelum rejim zionis rendam dia dalam besen air kaki zionis laknat.
ReplyDeleteInsy spt sebuah sajak yg di tulis oleh seorang ulamak kepada Presiden Russia terbukti akhirnya dia jatuh dan negaranya hancur. Amerika sedang meniti hari-hari kemusnahannya , tapi sebelum ianya hancur Amerika akan melakukan satu kejutan kezaliman terbesar waktu itu awas le kita moga-moga iman kita menjadi benteng. Macam lembu saat nak mati ia menggelupur menendang dan segala kungfu lembu pun beraksi... syukran
ReplyDelete