31 January 2009

Betulkan sembahyang

Kebaikan seorang hamba itu
Bermula daripada sembahyangnya
Dari situ bermula segalanya kebaikan dunia
dan akhirat
yang diidamkan

Apabila sembahyang tepat
lahir batinnya
Allah anugerahkan rahmat dan berkat
Allah masukkan hidayah ke dalam hatinya
Jadilah berperibadi mulia

Akhlak yang mulia lahir dari sembahyang
Yang dihayati dan tepat syarat rukunnya
Kerana itu perbetulkanlah sembahyang
Sebelum yang lain

Sembahyang itu tiang agama
Sembahyang itu ibu ibadah
Sembahyang sumber kebaikan

Sajak Pak Musafir

Dunia Destinasi Akhirat

Utamakanlah kehidupan akhirat
Destinasi akhir perjalanan kita
Carilah kekayaan dunia dan majulah
Akhiratkan dunia itulah tugas kita
Moga mendapat kebahagiaan di sana

Harta dan kemajuan dunia adalah perlu
Untuk berkhidmat , pahalanya di akhirat juga
Selamatlah kita di dunia dan berbahagia
Lagilah selamat dan bahagia di akhirat sana

Jangan kekayaan dan kemajuan dunia jadi dunia semata-mata
Dunia jadi sia-sia dan akhirat sana tiada berpahala
Senang di dunia bukanlah berlama-lama
Bahagia di akhirat kekal selamanya

Kerana itu takutilah Allah cintailah Dia
SyariatNya jadikan panduan hidup di dunia
Akhirat kita bahagia selama-lamanya

Hubungkan dunia dengan akhirat
Dunia diambil jadikan akhirat
Maka terjalinlah dunia dengan akhirat
Jadilah dunia itu jugalah akhirat

Begitulah panduan Allah buat kita
Manfaat besar dan untungnya lagi besar
Untung di dunia selamat di dunia
Untung di akhirat selamat di akhirat
Jangan pisahkan dunia dengan akhirat

30 January 2009

Assalamualaikum wahai para musafir ,


Suka atau tidak dengan gelaran musafir itu hakikatnnya kita sememangnya seorang MUSAFIR.
Kita adalah musafir di dunia ini menuju ke kampung asal kita " SYURGA ". Masih ingat asal-asalnya bapak kita NABI ADAM Alahissalam duduknya di syurga. Kemudian di turunkan ke bumi untuk menjadi khalifah ( memakmurkan bumi dengan syariatNya ) dan sebagai seorang Nabi yang patuh dan taat dengan perintah Allah Rabbul Izzati ( itulah sifat hambaNya) maka sehingga hari ini kita adalah sebahagian dari keturunan Nabi Adam meneruskan misi musafir ini.

Dalam sejarah orang-orang Melayu sebelah Pantai Timur pula satu ketika dulu watak Pak Malau dalam kisah Seri Mersing cukup terkenal. Pak Malau adalah seorang insan yang teralpa akan pengertian musafir sehingga sering bersangka buruk kepada para musafir.Hakikatnya dia juga seorang musafir.

Iktibar dari kisah musafir ini maka blog ini dinamakan tokmalau. Tok merujuk kepada Nabi Adam ( tok nenek moyang manusia ) , Malau merujuk kepada Pak Malau.
Mudah-mudahan para musafir sekelian beroleh manfaat dari blog ini.
Selamat bermusafir di alam maya .... tok malau