02 June 2010
Senjata Kalahkan Yahudi ( Rindu Rasulullah )
Rindu ini entah bagaimana
Nak diluahkan pada mu ya rasul
Telah bertahun lamanya kau tinggalkan
Kami umatmu di akhir zaman
Telah menjadi resam perjuangan
Tak dapat dihindarkan perpisahan
pemergianmu kami tangiskan
kehadiran rohmu di nantikan
Ketabahanmu ya rasul menghadapi rintangan
Meniupkan semangat menambahkan kerinduan
Pasti bersinar fajar
Islam kembali gemilang
Dengan janji Ilahi kan jadi kenyataan
Ya Rasul Ya Habiballah
Rindunya kami padamu Ya Rasul
Ya Rasul Ya Nabiyallah
Syafaatkan kami
Ummatmu di akhir zaman
Rindu ini satu kepahitan
namiun ia penuh kemanisan
Hubungkanlah rohmu dengan hati kami
Ubati hati kami kerinduan
Tok Malau ,
Ramai yang benci Yahudi kerana kezaliman mereka ... sejauh mana kecintaan dan kerinduan kita kepada Ar Rasul SAW ... Muhammad yang sangat dibenci oleh Yahudi.. Marilah suburkan rasa rindu kepada Rasulullah ... ia kuasa yang boleh mengalahkan Yahudi.
31 May 2010
ILMU ROHANI siri 1
Ilmu rohaniah atau ilmu rohani adalah ilmu mengenai roh.Yakni ia mengkaji , memerhati , mengesan dan menilai tentang perjalanan roh.Perkataan rohaniah itu berasal daripada perkataan 'ruhun'.Apakah yang dikatakan roh itu?
Roh terbahagi kepada dua :
1. Ruhul hayah
2. Ruhul tamyiz
RUHUL HAYAH
Ruhul hayah terdapat pada semua makhluk termasuk manusia , jin , malaikat , binatang dan setiap benda yang bernyawa.Mengikut kajian ahli biologi atau para saintis , pokok-pokok kayu juga ada roh.Begitu juga pada semua jamadat seperti batu , kayu dan sebagainya.
RUHUL TAMYIZ
Ruhul tamyiz ( ruhul amri ) lebih dikenali sebagai akal. ia tidak wujud pada binatang tetapi hanya wujud pada manusia , malaikat dan jin. Dengan adanya roh tamyiz inilah maka malaikat , jin dan manusia menjadi makhluk yang mukalaf.Yakni mereka dipertanggungjawab untuk membangunkan syariat. Mereka memikul beban untuk membangunkan apa yang diperintah oleh Allah dan menjauhi segala laranganNya.
InsyaAllah akan bersambung ...

25 April 2010
Rumah Amal Putra Harapan
PROFAIL
PUSAT JAGAAN PUTRA HARAPAN AL MAHABBAH
(Limpahan Ketenangan dan Kasih Sayang)
Pusat Jagaan Remaja Yatim , Remaja Fakir dan Miskin , Remaja Asnaf Zakat & Remaja Bermasalah
LOKASI
PUSAT LATIHAN KEUSAHAWANAN PERTANIAN
ALAMAT
KAMPUNG BAGAN BERKAT, Bagan Buaya , 14300 Sungai Bakap Seberang Perai Selatan
TARIKH PENUBUHAN
1 Rabiulawwal 1431H
15hb Februari 2010
Sebarang Pertanyaan Dan Sumbangan Sila Hubungi:
Ustaz Romizamrul: 0197249221 atau email: arzek313@yahoo.com.my
Subscribe to:
Posts (Atom)