21 February 2009

MAIN MAIN TALAK

Daripada: liza
Email: lizafiq@gmail.com

SOALAN: Assalammualaikum, Saya ingin bertanya,suami pernah menyatakan dia tidak akan menyentuh saya lagi ketika itu saya tidak mahu melayan kehendaknya adakah jatuh talak tetapi suami dengan niat bergurau untuk menakutkan saya. Terima kasih

JAWAPAN: Waalaikumussalam.

Suami itu berlafaz dengan lafaz kinayah bererti sindiran, yang perlu kepada niat. Jika kata-kata itu diniatkan sebagai talak, maka jatuh talak serta merta di waktu itu. Jika tidak, maka anda berdua masih sah sebagai pasangan suami dan isteri. Sebaiknya hal talak tidak dijadikan gurauan, kerana sekalipun bergurau tetap akan jatuh talak jika dilafazkan secara sarih atau terang-terangan.

Moralnya : janganlah perkataan TALAK jadi mainan dan gurauan ... silap menalak ... GILA TALAK kang...

20 February 2009

Selamat Bertempur


Selamat berjuang buat semua team blogger APBS ...esok di arena balapan ... acara 200 meter acara pegawai dan acara guru paling kuat menjerit.

Pilihan anda untuk menjadi Juara SUKTAP 2009( tafsir sendiri le )

MERAH
slogan MERAH JUARA ..hidup

BIRU
slogan BIRU HEBAT .. lompat

HIJAU
slogan GREEN PEACE .. takbir

KUNING
slogan YELLOW POWER .. daulat

Beberapa panduan buat semua yang terlibat dalam SUKTAP kali ini.

1. Niat hadir semuanya kerana Allah.
2. Kepada para atlit .. niatkan bersukan untuk menjadi ummat yang kuat dan sihat sebagai persediaan untuk berperang melawan Yahudi nanti.

3. Jaga tingkahlaku dan akhlak... jangan melampui batasan syarak.
4. Pelihara aurat ... jangan le pulak sengaja sengaja bukak aurat ...terutama yang dah baligh tu... sukan dan berlari tak salah niatkan untuk dapat syurga bukan berlari ke neraka.
5. Mohon jasa baik LANUN mengawasi disiplin anak-anak kesayangan kita.

Pilihan acara sukan Tok Malau...memanah dan berkuda , ...kalu ada dah lama tok masuk ... cadangkan le tahun depan acara pegawai ... memanah dan berkuda.. ada berani?
Insyaallah akan datang cerita Kuda Rasulullah dan baru baru ni tok berkesempatan memegang seekor kuda dari keturunan Kuda Rasulullah... kuda pun terpelihara nasabnya ... manusia la ni ???

19 February 2009

ISLAM KEMBALI GEMILANG?



Setiap orang yang mengaku beragama Islam, mahu tidak mahu pasti inginkan Islam memerintah negara ini khususnya, dan dunia ini amnya. Namun ramai yang masih tidak mengetahui bagaimanakah caranya Islam dapat naik semula untuk memerintah dunia ini. Masih ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah caranya Islam boleh muncul sebagai kuasa baru dunia itu. Dan masih terlalu ramai yang tidak nampak apakah ada cara yang sesuai untuk Islam naik. Selain itu, masih ramai yang keliru dengan kaedah kebangkitan Islam seperti yang disebut oleh RSAW 1500 tahun yang lampau.

Dari Nukman bin Basyir katanya,

“Suatu ketika kami sedang duduk-duduk di Masjid Nabawi SAW dan Basyir itu adalah seorang yang tidak banyak cakap.

Datanglah Abu Saklabah lalu berkata, “Wahai Basyir bin Saad, adakah kamu hafaz hadis Rasulullah SAW tentang para pemerintah?”

Huzaifah RA lalu segera menjawab, “Aku hafaz akan khutbah baginda SAW itu.”

Maka duduklah Abu Saklabah Al-Khusyna (untuk mendengarkan hadis berkenaan).

Maka kata Huzaifah RA, Nabi SAW telah bersabda,

“Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu. Maka berlakulah zaman itu seperti yang Dia kehendaki, kemudian Allah pun mengangkat zaman itu seperti yang Dia kehendaki.

Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan yang berjalan menurut cara Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu seperti yang dikehendaki oleh Allah ia berlaku. Kemudian diangkat-Nya apabila Dia berkehendak mengangkatnya.

Kemudian berlakulah pula Zaman Pemerintahan Yang Menggigit (Fitnah). Maka berlakulah zaman itu seperti yang dikehendaki oleh Allah berlakunya. Kemudian Dia mengangkatnya seperti yang Dia kehendaki mengangkatnya.

Kemudian berlakulah Zaman Pemerintah Yang Zalim (Diktator). Maka berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki ia berlaku. Kemudian Dia mengangkatnya apabila Dia mahu mengangkatnya.

Kemudian berlakulah pula Zaman Kekhalifahan yang berlaku menurut cara Zaman Kenabian.”

Kata Huzaifah RA, “Kemudian baginda SAW diam.”

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam kitab Musnad Al-Imam Ahmad bin Hanbal, Juzuk 4, halaman 273. Ia juga terdapat di dalam Kitab As-Silsilatus Sahihah, Jilid 1, hadis nombor 5.


Akibat daripada itu, ramailah yang mengikut-ikut sahaja cara yang sedia ada. Ramailah yang taklid buta dan yang mentaklidbutakan orang, sedangkan pada masa yang sama mereka sibuk mengajak orang ramai supaya jangan bertaklid buta, kononnya tidak akan maju sampai bila-bila. Masing-masing masih tidak jelas apa itu pemerintahan Islam yang sebenar, dan jika dikatakan kepadanya bahawa Islam naik tidak melalui kaedah politik yang digunakan pada hari ini, tiba-tiba sahaja mereka akan garu kepala yang tidak gatal. Tidak kurang pula yang terus menolak tanpa berfikir lagi dan sebagainya.

Setelah itu, timbul pula beberapa persoalan yang amat penting untuk dijawab dengan penuh saksama dan tepat menurut kehendak ajaran Islam yang tulen. Antara persoalan utama yang selalu diajukan jika diberitahu kepadanya bahawa Islam tidak naik melalui sistem yang sedia ada ialah, apakah kaedah itu adalah:

1. Kaedah politik Barat, yang menekankan penggunaan sepenuhnya sistem demokrasi yang diasaskan oleh Barat, sistem politik ala-Barat atau menggunakan gabungan antara sistem demokrasi yang disesuaikan dengan Islam (separuh demokrasi dan separuh lagi Islam )?

2. Kaedah rampasan kuasa seperti yang pernah digunakan di Pakistan, Afghanistan, Libya dan Iran?

3. Kaedah jihad terhadap yang berlainan agama seperti mengebom gereja-gereja, menyerang kuil-kuil dan membunuh pengikut-pengikut mereka seperti oleh KMM, Al-Ma'unah, GAM dan MILF?

4. Kaedah cakna dan memperkasakan ilmu pengetahuan seperti yang sering dilaung-laungkan oleh para sarjana dan cendekiawan Islam di hampir setiap puncak menara gading?

5. Kaedah penguasaan ekonomi seperti yang dicanang dan dipraktikkan oleh para usahawan dan koperat Islam?

6. Kaedah penerapan nilai-nilai Islam yang menekankan penghayatan secara tebuk-tebuk seperti yang pernah cuba diterapkan ke dalam sistem
pentadbiran dan perbankan kita suatu ketika dahulu?

7. Atau adakah cara lain lagi, selain daripada yang di atas, yang boleh digunakan untuk membolehkan Islam naik semula memerintah dunia ini? Jika ada, apakah nama cara itu? Siapa pengasasnya? Di mana tempatnya? Apakah orang itu sudah ada pada masa kita ini? Bagaimana fikrahnya? Bagaimana ilmunya? Apa nama partinya jika dia orang politik? Jika dia bukan orang politik, apakah nama gerakannya? Militankah dia?

Islam tidak akan dan tidak pernah berjaya jika dinaikkan menggunakan kaedah yang lain daripada kaedah Islam itu sendiri. Diumpamakan kita membasuh kain yang terkena tahi ayam dengan menggunakan arak. Itulah umpamanya orang yang cuba menegakkan Islam dengan menggunakan kaedah selain dari kaedah yang ada dalam Islam itu sendiri. Ada yang berkata, kita naik dahulu dengan cara Barat, dan selepas mendapat kuasa nanti, kita tukarlah sistem Barat itu dengan sistem Islam. Cara ini juga tidak betul kerana apabila kita menggunakan kaedah yang selain dari Islam, pastilah hasilnya akan melencong pula dari yang disasarkan.

Kaedah rampasan kuasa tidak akan berjaya kerana bukti-bukti sejarah yang terang jelas menunjukkan bahawa kaedah ini sentiasa gagal membawa keamanan kepada sesebuah negara itu, malah rakyat akan bertambah membenci kerajaan yang didirikan secara kekerasan dan rampasan kuasa.

Kaedah jihad seperti yang cuba dilaksanakan oleh beberapa pihak sebenarnya bukanlah bentuk jihad yang dikehendaki oleh Islam. Ada banyak bentuk jihad yang lain yang lebih sesuai diterapkan kepada orang ramai, sama ada kepada yang beragama Islam sendiri, mahupun kepada orang yang bukan Islam. Jihad dengan senjata bukanlah kaedah yang pertama dan utama yang patut kita gunakan. Lagipun kaedah ini tidak pernah disebutkan oleh Rasulullah SAW dalam hadis-hadis mengenai peristiwa akhir zaman.

Kaedah cakna dan memperkasakan ilmu seperti yang selalu disebut-sebut di hampir setiap forum dan seminar sebenarnya bukanlah kaedah yang terbaik untuk membangunkan Islam. Ilmu yang tidak disertakan tauhid, roh Islam dan amalan hati pasti akan gagal juga. Apatah lagi jika guru yang mengajar agama Islam itu adalah orang yang tidak tentu akidahnya, orangnya fasik ataupun orang kafir. Jika benar dengan memperkasakan ilmu-ilmu agama dapat membangunkan ummah, kenapa sehingga kini universiti masih gagal menunjukkan bahawa merekalah pelopor terhadap kebangkitan semula Islam di rantau sebelah sini? Setakat artikel ini ditulis, tidak pernah lagi ada orang yang berkata bahawa kebangkitan semula Islam pada zaman ini di Timur ini, bermula di universiti, dibangkitkan oleh para pensyarahnya. Kaedah penguasaan ekonomi juga menunjukkan hasil yang hampir sama jika dilihat secara umum, menurut kaca mata orang ramai.

Kaedah penerapan nilai-nilai Islam dalam sistem pentadbiran dan perbankan juga tidak menunjukkan bahawa kaedah ini mampu menjadi peneraju kebangkitan semula Islam pada zaman ini. Malah sebenarnya kaedah ini lebih banyak menghasilkan orang-orang yang berpura-pura dan bersikap berketrampilan (serba boleh). Maksudnya, orang itu akan mempermain-mainkan Islam sama ada secara sedar atau tidak. Misalnya mereka berpakaian biasa yang terdedah sana dan sini pada hari-hari biasa, manakala pada hari Jumaat, bertudung litup. Kemudian pada hari lain, buka semula seperti biasa. Atau contoh lain ialah orang itu boleh menjadi imam sembahyang pada satu masa, manakala pada masa yang lain, dia juga mampu menjadi imam semasa berjudi atau minum arak.

Memang persoalan seperti ini pernah ditimbulkan oleh orang ramai. Pada hari ini, umat Islam sudah mula frust dan fed up terhadap sistem politik yang ada dan digunakan pada hari ini. Mereka bukan tidak mahukan Islam itu naik, tetapi jemaah-jemaah yang kononnya mendukung perjuangan menegakkan sebuah negara Islam masih belum juga menampakkan sebarang persediaan untuk menyambut tugas yang maha besar itu. Mereka masih lagi sibuk dengan cara dahulu juga iaitu bertempik dengan penuh semangat sambil mencerca pihak lawan yang kononnya tidak mahukan Islam, tidak nampak lagi usaha yang bersungguh-sungguh dari mereka, yang menjurus ke arah itu, sedangkan canangannya sudah begitu lama diwar-warkan.

Sebenarnya memang benar bahawa Islam tidak naik dengan cara yang sedia ada pada hari ini, dan sekali-tidak tidak akan naik dengan cara itu. Islam ada sistemnya sendiri yang amat jauh berbeza daripada sistem-sistem yang sedia ada, baik pada hari ini mahupun pada masa lalu.

Jika begitu, persoalannya, bagaimanakah Islam akan naik untuk gemilang kali keduanya?

CINTAKAN BANGSA DAN NEGARA ADALAH BUAH CINTA KITA PADA ALLAH




Krisis yang berlaku di dalam pergolakan politik hari ini semakin menular dan berjangkit pula kepada isu institusi beraja di Malaysia. Dengan tidak semena-mena, institusi Raja pula di libatkan di dalam kancah politik. Hal ini sangatlah membimbangkan kepada bangsa Melayu kerana kisah Jebat kembali mewarnai negara kita walaupun dalam versi yang moden pula.

Bagaimana sebenarnya virus ini menular hingga bangsa Melayu yang terkenal taat setia dan ketaatan dan kesetiaan kepada raja ini juga termaktub di dalam rukun negara untuk semua bangsa, mula dipertikaikan dan membawa polemik yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum.

Apakah yang seharusnya di lakukan untuk meredakan polemik ini dari terus menjadi semakin kritikal ?

Sebenarnya, apabila mendidik manusia, kita kena kenallah manusia itu dan perlu ada ilmunya, ada kaedahnya. Mendidik manusia tidak semudah dikata sekiranya dari kecil tidak pernah diasuh, dari sekolah lagi tidak pernah diperkata tiba-tiba setelah dewasa minta dikota?! tidak masuk akal, tidak munasabah manusia boleh terus bertindak. Sikap dan watak manusia itu adalah hasil asuhan dan didikan ia mestilah dilatih dari kecil lagi barulah berkesan

Marilah kita cintakan agama, bangsa dan negara!

Slogan ini tidak semudahnya orang boleh cinta. Kalau cinta nafsu, memang tidak payah diajar, tidak payah diasuh, orang sudah sedia pandai.Macam cinta laki-laki atau perempuan, ia cinta nafsu mudah berlaku,kita kenalah faham ini. Tapi cintakan agama, bangsa dan negara tidak mudah berlaku hanya sekadar berkata.

Ia bukan cinta kepada sesuatu yang terangsang dan merangsang macam cinta laki-laki dan perempuan. Cinta yang ini mudah berlaku tidak diceritakan pun berlaku, memang setiap hari berlaku. Cintakan agama, bangsa dan tanah air tidak begitu ia perlu diasuh dari kecil, dididik dari sekolah lagi. Ia perlu pemangkin, perlu ilmu, perlu kesedaran, perlu galakan, hingga mendarah mendaging.

Disebut selalu itu hanya hendak menyuburkan sahaja sedangkan asasnya sudah ada, sudah bertapak di jiwa. Diharap semua golongan faham dan ambil tahu bahawa sebenarnya perkara besar, semua hal adalah hasil didikan bermula dari kecil lagi.

Tidak pernah kita dengar orang berkata :

“Aku tidak mahu menipu kerana aku takut bangsa dan negara” atau ada hati kecil berkata: “Aku tidak mahu hasad dengki, tidak mahu berdendam, mencuri, berzina dan lain-lain kejahatan kerana takut negara.”

Atau ada kedengaran orang menberi nasihat seseorang:

“Buatlah baik jangan buat jahat takutlah kepada bangsa dan negara!”

Yang selalu kita dengar atau hati kecil berkata “Aku tidak mahu buat jahat.” atau “Aku hendak buat baik kerana Allah suruh kita.”
“Tuhanlah suruh buat”
“Tuhan tidak suka”
“Tuhan akan masukkan neraka orang yang jahat”

Orang buat baik atau tidak mahu buat jahat ada kaitan dengan Tuhan. Rupanya buat baik atau tidak buat jahat jarang orang kaitkan dengan bangsa dan negara. Cuma kalau orang buat baik kerana Allah, bangsa dan negaralah yang mendapat untungnya.

Oleh itu kalau hendak mendidik manusia, kaitkan dengan Tuhan, yang mendapat untung sudah tentulah bangsa dan negara.Hendak jadikan manusia baik dan tidak jahat kenalkan Tuhan dan asuh manusia mencintai-Nya atau takutkan-Nya bukan ajak manusia cintakan bangsa atau negara.

Cintakan bangsa dan negara adalah buah cinta kepada Allah.

Kalau manusia baik dan manusia sudah tidak jahat, kerana takutkan Tuhan memanglah bangsa dan negara yang mendapat untung.Bangsa dan negara secara automatik maju, aman damai kerana orang takutkan Allah bukan takutkan bangsa dan negara.Tetapi apa yang terjadi sekarang para pemimpin mendidik rakyat cintakan bangsa dan negara. Bangsa dan negara tidak dicintai, Tuhan pun bukan sahaja tidak dicintai bahkan Tuhan pun dilupai.

Cintakan Allah, membawa orang cintakan bangsa dan negara.

Cintakan Allah, bangsa dan negara yang akan mendapat untung adalah bangsa dan negara maju, aman damai dan harmoni.

Jadi cintakan Allah Tuhan semesta, adalah rahsia atau anak kunci orang cinta agama, bangsa dan negar

18 February 2009

PETUA IMAM SYAFIE

4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat


Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

17 February 2009

Mengapa Yahudi Bijak

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, kejuruteraan, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang si ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, si ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga dia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenuh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang Yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yang sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada gen, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang gen dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri daripada kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak-anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.




Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid-murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan kejuruteraan, idea itu akan dibawa ke institut tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan di dunia! Siapakah yang mencipta design Levis yang terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yang pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yang bernas, jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yang perniagaan mereka menurut landasan yang betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell Computer, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika si ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yang mudah tetapi konsisten disamping mendengar muzik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yang elok dan berhasiat yang baik untuk otak, menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yang memerlukan konsentrasi yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yang moron (goblok) dan sudah tentu gen bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapura pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapura dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapura hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! Dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka dipertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Firaun hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yang ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yang telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 muka surat penuh. Esaynya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon



Daripada: Abdullah (Penganalisa Politik & Pendidikan)
Email: eu.geone@hotmail.com

16 February 2009

Jamming Perkusi

Rentak Masri




Rentak Inang



sekali sekala layan perkusi beb... kalu takdak alat perkusi ambik timba kat bilik ayaq ... carry on bro.

15 February 2009

Bermesra dengan alat perkusi

Alat perkusi ialah alatan muzik yang menghasilkan bunyi muzik melalui pergerakan tepukan atau ketukan. Ia merupakan alatan muzik yang dibenarkan kerana menepati syariat. Alat perkusi ini biasanya digunakan untuk mengiringi lagu berentak latin , irama padang pasir dan sebagainya. Irama padang pasir berpadanan dengan rentak taranum alQuran. Ia merupakan satu cabang hiburan yang bermatlamatkan edutainment(hiburan berpendidikan ).

Asas bunyi perkusi berirama padang pasir ialah rentak Masri... sebelum nak tau camne bunyi rentak tu ... mai kenai alatan perkusi dulu k ...

Congga






Darbuka






Bongo






Chime





Djembe

12 February 2009

KATAKAN TIDAK 'VALENTINE DAY'

Ya ... bulan Februari bulan kekasih dan berkasih... itu le minda jahat Yahudi dan Nasrani yang telah meracuni akal fikiran umat Islam hari seterusnya tanpa disedari... merosakkan aqidah.
Apabila hari valentine ini disambut dan dibudayakan ... kalau ada yang menegur dan menyatakan sambutan ini salah dan sebagainya ... maka mereka ini akan dituduh jumud tak up to date , ekstrem dan sesat.
Sedangkan Majlis Fatwa telah memfatwakan ... hukum menyambut hari valentine ini adalah HARAM ... sila rujuk e-Fatwa.




Islam membudayakan kasih sayang setiap detik dan saat ... Kasih sayang yang suci dan murni
bukan kasih sayang hawa nafsu... romeo dan juliet ... uda dan dara ...

Islam mewajibkan berkasih sayang antara hamba dan KhaliqNya

Berkasih sayang dalam rumahtangga , masyarakat , sesama jemaah , negara dan seluruh ummah Islam....

Segala sistem kehidupan ditegakkan mendasari konsep kasih sayang Ilahi ..

Kekeluargaan ... semaraknya kasih sayang
Ekonomi ... muamalah kasih sayang
Politik ... sudah tentu politik kasih sayang ...
Pemimpin ... pemimpin mengasihi rakyatnya...
Rakyat ... menyayangi dan mendoakan kesejahteraan pemimpin

so.. marilah kita jalinkan kasih sayang ... sesama insan dan sesama muslim.




POKOK GHARQAD ( Pokok Yahudi )


TOLONG AMBIL PERHATIAN SEMUA UMATISLAM!!

Hanya menyampaikan..... kalau sapa 2 yang nampak pokok Gharqad ada ditanam di Malaysia nie....harap2 dapat panggil Majlis Agama suruh tebang ok....
Nama lain bagi pokok ni ialah Africanboxthorn.




Masa Tazkeerah Terawih Ramadhan lalu ... seorang ustaz menyampaikan tazkeerah ringkasnya antaranya beliau membacakan hadith ini ...

Hadith sahih riwayat Al-Bukharidan Muslim:
"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi disebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi".

Dengan masa yang agak singkat, beliau menceritakan akan gementarnya puak2 yahudi tentang kebenaran hadith ini, maka dengan rancaknya mereka sekian lama mencari tapak untuk menanam pokok-pokok gharqad ini, dan kini telah ditanam secara meluas di tanah Palestin. Betapa gilanya orang yahudi ini, yang menentang orang islam, tetapi dalam masa yang sama mempercayai kesahihan hadith ini.



Selepas selesai solat terawih, aku masuk ke dunia cyber ini, mencari maklumat mengenai perkara berkaitan dengan hadith tersebut. Banyak artikel yang terdapat dalam internet yang aku jumpa mengenai pokok gharqad ini, ianya juga dikenali dengan nama boxthorn. dalam banyak2 halaman internet yang paling menarik perhatian aku ialah halaman kerajaan yahudi ini sendiri di Israel.



Halaman ini ialah JewishNational Fund.(http://www.jnf.org/ ) dari maklumat yang ada di halaman itu, yahudi ini ada satu Dana Kebangsaan Yahudi yang khas untuk penanaman pokok!!!Bayangkan, satu dana kebangsaan khas untuk tujuan tersebut disamping TUJUAN UTAMAnya adalah mencari tanah untuk puak2 yahudi ini tinggal.

Halaman ini juga menyatakan mereka telah berjaya menanam sebanyak 220 juta pokok dan projek2 lain. Wallahualam la pokok apa yg ditanam sebanyak 220 juta itu. tetapi jika benar, pokok gharqab ini yang ditanam mereka, maka sahlah yahudi ini sememangnya mengakui kebenaran Islam tetapi tetap menentang Islam."

" Islam pasti akan menang di Palestin... ayuh bersama Penyelamat Palestin "


11 February 2009

TIPS UNTUK PEMIMPIN DUNIA

Apabila disebut mentadbir dunia ia adalah mentadbir apa yang ada di antara langit dan bumi. Daripada segala khazanah yang lahir mahupun yang terpendam. Segala bangunan yang dibina mahupun yang wujud semulajadi, manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, wang ringgit, kenderaan, politik, ekonomi, ketenteraan, pendidikan, masyarakat dan lain-lain.

Dunia ini kenalah diurus dan ditadbir. Pentadbirnya adalah manusia, sebagai khalifah Tuhan di bumi. Untuk mentadbir dan mengurus dunia amat susah dan rumit sekali. Ibarat-ibarat dan perumpamaan yang boleh kita beri untuk menggambarkan kerumitan ini di antaranya ialah:

1. Dunia ibarat air laut yang dalam yang dipenuhi dengan berbagai-bagai khazanah dan simpanan Tuhan yang berharga. Manusia dibenarkan mengambilnya tapi banyak manusia tenggelam di dalamnya atau karam di dalamnya.

2. Dunia ibarat gadis yang cantik yang sangat mempersona . Kita disuruh mengurus dan menjaga kehormatannya tetapi kebanyakan orang sebelum orang lain menodainya, dia menodainya terlebih dahulu.

3. Dunia ini ibarat tumbuh-tumbuhan hijau yang senang mata memandangnya . Kita dilalaikan olehnya serta cenderung terhadapnya. Jarang-jarang boleh mendisiplinkan dan mengawal dirinya.

4. Dunia itu ibarat ular . Racunnya boleh dibuat ubat. Ia boleh dijadikan pertunjukan untuk menghibur. Ertinya ia boleh dimanfaatkan tapi jarang orang yang tidak dipatuknya.

5. Dunia itu ibarat madu yang manis . Ramai orang yang suka meminumya. Jarang orang yang tidak tersedak apabila meminumnya.

6. Dunia ibarat kebun yang indah . Penuh dengan buah-buahan, air yang mengalir, ikan yang bermain-main, pokok-pokok bunga yang tersusun dan teratur, bunga-bunganya yang berbagai warna, tempat-tempat rehat yang selesa udara yang segar. Daun-daun yang menghijau, pepohon yang melambai-lambai, rumput-rumput bak permaidani, jarang orang yang amanah menjaganya. Biasanya buah-buahan selalu saja dicuri dan diambil sesuka hati.

7. Dunia ibarat harimau yang ditunggang oleh manusia untuk menuju ke destinasi. Jarang manusia sampai ke matlamatnya. Selalunya mereka dibaham harimau di dalam perjalananya kerana bukan mudah kita hendak mengawal harimau.

10 February 2009

Kebenaran sebuah kelucuan

Kelucuan 1 ,

Setelah sekian lama selama 1200 purnama tok bermastautin di negeri Kuda Kepang , tahun lepas tok dapat balik kampung negeri asal tok Darul Tempoyak.Cucu tok yang umur 6 tahun tu tok hantaq pi sekolah PASTI ... cucu tok punya excited nak p sekolah .. maklum le sekolah baru ..
Tepat jam 11.30 pagi tok dah standby tunggu cucu tok balik .... tapi mukanya tak ceria nak kata sedih tak macam sedih macam muka confius je... jalan pun slow je
Sampai kat rumah ...

Tok : Along , camna kat sekolah best tak?
Cucu atok : Best tok ... kawan along ramai.
Tok : Ye ke ... along dah dapat kawan ke ?
Cucu atok : Dah .. tok
Tok : Sapa nama kawan along tu ..?
Cucu atok : kawan along tu namanya ... er .. er .. atok ( suara tinggi ) ...kawan alongkan semuanya nama HANG ...
Tok : .... ?? Oh Tuhan ampunkan cucuku ini ....

moral : ajaq la anak hang pa semua cakap utara ...


Kelucuan 2 ,

Tok kalu teringat cerita ni ... segala isi pebenda yang dalam perut tok akan menari.

Masa tok bujang2 dulu tok berkhidmat kat negeri Darul Zapin. Suatu hari tok masuk bilik guru tengok takdak satu pun cikgu dalam tu ... boring le plak nak ajak borak2 .. dari membuang masa termenung je . . ( walaupun kadang2 borak borak tu pun boleh dikategorikan membuang masa jugak ) tok pun mengemas fail2 dalam loker tok ... tok bersila le kat lantai ...

tup... tup ... tok dengar ada dua orang cikgu pompuan masuk sambil tergelak-gelak ( dengan nada rendah ) ... pe ke hee nye deme ni ...

Cikgu 1 : Mu tahu aku memang tak perasan betul ... hi hi tobat aku.
Cikgu 2 : Abis mu wat guane?
Cikgu 1 : Aku gi tandas semula deh ...
Cikgu 2 : Ado orghe nampokmu ko ?
Cikgu 1 : Aku tak tau le ... tapi kalu ada orang nampak malu besar aku ... mek
Cikgu 2 : Mu pun satu guane mu leh buat lagu tu ??
Cikgu 1 : Aku nak cepat tadi pastu kepala ni dok tengah serabut ... banyak benda nak buat ni ..

Tok pun heran pebende cikgu-cikgu ni .. tak faham aku ...

Cikgu 2 : Wei .. mu bayangkan kalu mu dok ingat ... mu selambanye masuk kelas lagu tu ... guane ?

Cikgu 1 : ha ha ( gelak besar ) kalu ada orang nampak 40 hari aku tak mai sekolah ... malu aku mek ooi...

Cikgu 2 : ha ha ... ( gelak sama ) kalu mu masuk kelas .. budak budak mesti heran ... pe bende cikgu ni dah gilo ke ...mesti diorang kata mu tak betui ... orghe pakai kain kat luar , kain dalam ... kat dalam le , yang mu ...pakai kain dalam kat luar kain lawa2 tu pakai kat dalam ...

Aku : Ha ha ha ha ... ( gelak lagi beso ) .... tak tahan beb ... memang lawak ...

Cikgu 1 / 2 : ??@?!%^ diorang tak perasan aku ada kat dalam bilik guru ... depa ingat takdak orang.

Tok Malau berpesan
" Cerita ni bukan berniat untuk menjatuhkan aib sesiapa ... sekadar lawak yang boleh dijadikan iktibar terutama kat mamamuar dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya ..."

09 February 2009

BUKAN SENANG MENJADI PEMIMPIN


Kalau kita lihat sejarah para rasul, walaupun rasul-rasul itu punya kekuatan, hanya tiga orang rasul saja yang memerintah. Mereka ialah Nabi Sulaiman, Nabi Daud dan Rasulullah SAW. Rasul-rasul yang lain tidak memerintah.Mereka cuma memimpin tapi tidak memerintah.

Peliknya, mengapa kita berjuang, ghairah sangat hendak memerintah?Padahal para nabi yang mana nabi itu orangnya luar biasa, bukan saja memerintah,kalau dia tidak memimpin orang pun tidak menjadi satu kesalahan.Cukup dia menjaga dirinya sahaja. Maksudnya, hendak pimpin orang bukan senang. Mesti ada satu keistimewaan khususiah yang Allah bagi pada orang itu. Di sini kita hendak bawakan suatu cerita. Cerita ini semua orang tahu, iaitu cerita Nabi Khidir dan Nabi Musa a.s. Tapi hikmahnya banyak orang tidak tahu. Cerita ini sama ada diceritakan dalam kitab mahupun disampaikan oleh tok-tok guru, hanya dikatakan Allah hendak beritahu pada Nabi Musa bahawa ada orang yang lebih alim dari dia.

Tapi di sini yang hendak diceritakan adalah satu tafsiran baru yang lebih penting lagi daripada tafsiran yang di atas. Allah temukan Nabi Musa a.s. dan Nabi Khidir a.s., tapi Allah tukar peranan masing-masing. Seolah-olah Allah berkata, Hai Musa engkau pemimpin, sekarang Aku tukar kedudukan engkau jadi pengikut. Tiga hari saja. Nak tengok, berjaya tak jadi pengikut. Seolah-olah Allah bercakap pada Nabi Khidir, Hai Khidir, kamu bukan pemimpin, tapi aku nak lantik engkau jadi pemimpin tiga hari saja. Berjaya tak?

Jadi bila ditemukan Nabi Musa dan Nabi Khidir, Nabi Musa pun ikutlah Nabi Khidir. Nabi Khidir yang kini jadi pemimpin berkata, Kalau nak ikut aku, jangan banyak cakap, ikut saja.Kalau banyak tanya nanti berpisahlah kita.

Jadi, mereka pun mula berjalan lalu berlakulah episod pertama. Terjadilah hal yang pelik. Nabi Khidir memecahkan perahu. Nabi Musa tidak tahan, dia tidak boleh terima dan bertanya, sedangkan dia sudah berjanji tidak akan bertanya.Nabi Khidir pun mengingatkan, Bukankah aku cakap jangan tanya, nanti berpisah kita. Nabi Musa meminta maaf dan Nabi Khidir pun memberi peluang lagi kepada Nabi Musa mengikutinya.

Berjalan lagi, jumpa peristiwa pelik kedua. Nabi Khidir bunuh budak. Nampak macam melanggar syariat. Nabi Musa tidak tahan, dia bertanya lagi mempersoalkan pemimpinnya. Sekali lagi dia diingatkan oleh Nabi Khidir akan janjinya.

Kali ketiga berlaku lagi. Nabi Khidir pun memutuskan untuk berpisah. Apa yang kita faham, bila bertukar peranan, kedua-duanya gagal. Pemimpin gagal, pengikut pun gagal. Pengikut tidak sanggup taat. Yang pemimpin pula, kerana dia hanya seorang nabi, Allah tidak kuatkan dia seperti rasul.Pemimpin sepatutnya bersabar dalam mendidik anak buah.Itulah keistimewaannya. Sebab itulah rasul-rasul yang dapat ulul azmi adalah mereka yang paling sabar.

Jadi apa yang kita faham, seorang itu walaupun bukan rasul, tapi dia adalah mujaddid yang ditunjuk oleh Allah, maka Allah akan bekalkan kesabaran yang luar biasa kepadanya. Orang lain tidak boleh buat dan tidak akan tahan. Begitu juga hendak jadi pengikut pada seorang pemimpin yang sebenar, bukan senang hendak taat. Nampak lain sikit, sudah mula hendak persoalkan. Ada perkara yang pelik sikit, dia rasa itu tidak betul. Seolah-olah dia lebih pandai dari pemimpin.

Antara pemimpin dengan pengikut, Allah bagi jarak ilmu yang terlalu jauh. Jadi pengikut juga perlu sabar untuk taat.Cuba tengok Nabi Khidir. Atas dasar ilmu dia layak jadi pemimpin, tapi atas dasar ketabahan hati dia tidak layak.Sebab itu, Nabi Adam waktu dia bertaubat tertungging sujud 40 tahun sampai pokok tumbuh besar di kelilingnya, pun tidak dapat gelaran Ulul Azmi. Mengapa? Dia sujud itu bukan memimpin.Dia dengan Tuhan saja. Dengan Tuhan dia rasa lazat, tapi cuba pimpin manusia dengan bermacam-macam ragam, susah dalam berhadapan dengan musuh, berhadapan dengan kerenah anak buah. Ini bukan sesuatu yang senang untuk dihadapi. Nabi Musa sampai tersesat di padang pasir 40 tahun lamanya kerana memimpin Bani Israil, barulah beliau mendapat darjat Ulul Azmi.

Jadi setiap orang kenalah redha dengan kedudukan masing-masing. Mungkin keupayaan yang dikurniakan oleh Allah itulah merupakan saluran untuk kita berbuat kebaktian. Oleh itu janganlah kecil hati dan bersyukurlah Allah tidak pilih kita jadi pemimpin kerana ditakuti tidak layak. Bila tidak layak, ia boleh menjadi punca kerosakan yang banyak kepada manusia.

08 February 2009

Mari Berhibur

Sebut hiburan semua orang suka berhibur... kenape ye ..sebabnye berhibur itu adalah fitrah manusia .. cuma la ni pengertian berhibur telah di sinonim dengan Pusat Hiburan Keluarga ( Pusat Karoeke le tu ) , Kelab Malam dan seumpamanya.

Sedangkan pengertian hiburan itu luas dan boleh dimanfaatkan sebagai wadah dakwah.Ianya sangat dekat dengan jiwa manusia sebab dah fitrah .. so mari kite buka minda tentang berhibur ni... ada hiburan yang lagho ( melalaikan ) ada juga yang menenangkan jiwa dan ada hiburan yang sesat lagi haram ( biasanya yang ada campuran dengan ritual agama selain Islam ).

Rasanya yang tu semua orang tau .. tapi berhibur dalam pergaulan seharian lebih bermakna dan lebih kerap berlaku. Seseorang yang berbual dengan kawan-kawannya menggunakan bahasa yang sopan dan mesra pasti telah menghiburkan kawan-kawannya. Kalau bergurau pun dengan gurauan yang benar , memang lawak tapi mesra serta bahan gurauan yang 'halal' pasti juga menghiburkan. Dalam pergaulan sudah tentu akan ada sedikit perselisihan dan kesilapan maka apabila yang bersalah memohon maaf dan saling memaafkan bukankah itu juga satu hiburan? Yang bersalah rasa terhibur sebab dimaafkan yang tidak bersalah rasa terhibur kerana dapat memaafkan.. hati jadi tenang dan lapang... tak gitu ... oooh indahnya hidup bersama akhlak Islamiah ... banyak lagi contoh nak bagi ... insyaAllah lain kali.

Al Quran ... sudah pasti itu adalah bahan hiburan yang sangat menghiburkan .. bagi mereka yang memahami dan membacanya itulah Penenang Jiwa , Pengubat Hati yang duka , Penawar kala kecewa ... so kawan-kawan jadikanlah QURAN temanmu yang setia ...
Wassalam

06 February 2009

WARNA WARNI POLITIK MALAYSIA ( Peghak )


Melihat episod demi episod rentetan peristiwa semasa pergolakan politik di Malaysia hari ini dan yang terkini di Perak, membuat kita seakan bermimpi kerana tidak pernah sekalipun mungkin di antara kita yang terfikir hal-hal begini akan berlaku. Pada yang prihatin kepada pergolakan isu semasa ini tentu ada rasa cemas dan rasa sedih kerana melihat pertembungan pendapat dan pertentangan fikiran yang membuahkan bibit-bibit permusuhan dan pergeseran di antara sesama Islam. Mengapa berlaku hal yang sedemikian ini?

Pemimpin dan kepimpinan sebenarnya amat mencorak dan mempengaruhi masyarakat yang dipimpin di bawah tanggungjawabnya. Rentak dan budaya masyarakat yang berada di bawah kepimpinanan pemimpin mencerminkan keperibadian sebenar pemimpin tersebut. Dengan kata lainnya, masyarakat dicorak oleh pemimpinnya.

Lihat sahaja di zaman kepimpinan RSAW, masyarakat yang dipimpin oleh RSAW mampu menjadi masyarakat yang dipanggil salafussoleh sehingga 300 tahun lamanya walaupun sesudah baginda wafat. Inilah cerminan kepimpinan yang agung dan patut diambil teladan dan dicontohi sungguh-sungguh oleh masyarakat Islam hari ini. Walaupun RSAW sudah tidak bersama kita lagi, tetapi panduan yang telah beliau tinggalkan kepada kita dan kasihsayang beliau kepada umatnya tetap akan sentiasa menjadi penyegar jiwa kita untuk terus cuba meniru dan mengikuti setiap ajaran yang beliau telah sampaikan.


Pentingnya pemimpin adalah untuk mengajar, mendidik dan memimpin rakyat kepada jalan kebenaran, keadilan, keselamatan dan kebahagiaan hidup yang hakiki dunia dan akhirat. Dengan kata yang lain, pemimpin bertanggungjawab untuk membuat rakyat dan negara aman, makmur dan mendapat keampunan Allah.

Untuk itu, pemimpin bukanlah boleh sebarang orang. Bukan terlantik hasil diundi atau hasil merebut-rebut jawatan atau hasil menonjolkan diri. Pemimpin bukan juga dipilih kerana ada kelulusan atau ijazah. Kelulusan dan ijazah dunia tidak relevan dan bukan syarat untuk menjadi pemimpin. Sebab pemimpin bukan bekerja untuk mendapatkan rezeki dan tidak juga untuk mencari publisiti. Lebih-lebih lagi bukan untuk mengaut harta dan kekayaan.

Tugas pemimpin adalah untuk menyelamatkan rakyat dan umat di dunia dan di Akhirat. Untuk itu, dia hendaklah orang yang betul-betul boleh membuat kerja tersebut. Dia mesti ada karisma kepimpinan yang Tuhan bekalkan kepadanya, ilmu kepimpinan, watak semula jadi, latar belakang kehidupan dan didikan awal yang sesuai untuk melayakkan dia dapat membawa umat kepada keselamatan dunia dan Akhirat. Kalau dia bukan orangnya dan dia tidak layak, akan rosak umat dan rakyat dikerjakannya. Selamat atau tidak sesebuah negara banyak bergantung kepada pemimpin. Sebab itu, Islam ada menetapkan syarat-syarat dan sifat-sifat yang wajib ada pada seseorang pemimpin.

Pemerintah yang adil pernah wujud dalam sejarah tetapi banyak yang tidak lama pemerintahannya. Namun ia tidak sebanyak pemerintah yang tidak adil atau zalim. Di antara pemerintah yang adil yang pernah muncul dalam sejarah mengikut ukuran dan nilai Islam ialah Rasulullah SAW, Khulafa ur Rasyidin, Sayidina Umar Abdul Aziz, Muhammad Al Fateh dan Salahuddin Al Ayyubi.

Malangnya kita lihat hari ini, masyarakat seperti hilang punca, bertindak nafsi-nafsi, kasar, keras, pemarah, pendendam, dan sebagainya. Apakah itu memberi kegambaran kepada kita tentang kepincangan kepimpinan yang pemimpinnya terlalu jauh dari mencontohi kepimpinan RSAW? Apakah juga fenomena kekecohan kepolitikan di Malaysia hari ini kerana kita semua sudah melupakan ajaran RSAW dan panduan baginda dan dengan kata lainnya, kita sudah tidak meletakkan Allah SWT sebagai tempat rujuk yang sebenar?


Sebenarnya, pemerintahan Islam bukan wakil rakyat. pemimpin bukan dipilih oleh rakyat, bukan memperjuangkan hasrat rakyat, bukan bersuara mengikut suara rakyat atau bertindak mengikut kehendak rakyat. Dasar pemerintahannya juga tidak ditentukan oleh rakyat.

Dalam Islam, pemerintah adalah wakil Allah.

Dalam Islam, pemerintah umum yang tertinggi ini juga disebut khalifah, yakni khalifah Allah. Ertinya pengganti Allah atau wakil Allah di bumi. Mereka bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja yang Allah perintahkan kepada mereka terhadap rakyat. Kerja-kerja ini termasuklah berkhidmat kepada rakyat, memimpin, mendidik, mengajar, mentadbir, mengurus, menyelesaikan masalah rakyat, membangunkan dan memajukan negara dan masyarakat.

Allah mahu hamba-hamba-Nya semua diurus dan ditadbir dengan baik agar mereka semua di dunia ini mendapat layanan dan hak-hak yang sepatutnya mereka dapat dari Allah SWT. Untuk itu segala harta benda, kekayaan dan khazanah perbendaharaan termasuk kekayaan sumber alam semula jadi diserah kepada pemerintah. Supaya mereka agih-agihkannya dengan adil kepada rakyat dan menggunakan sebahagiannya untuk menyediakan serba-serbi keperluan rakyat dan negara. Supaya negara berada di dalam keadaan aman, makmur dan mendapat keampunan Allah seperti dalam firman-Nya:

Maksudnya: "Negara yang aman makmur dan mendapat keampunan Allah" (As Saba': 15)

Oleh kerana pemerintah itu adalah pengganti Allah dalam menjalankan keadilan di kalangan manusia, maka Allah memerintahkan hamba-hamba-Nya agar taat kepada pemerintah sesudah taat kepada Allah dan kepada Rasul.

Firman Allah Taala:
Maksudnya: "Wahai mereka yang beriman, taatilah Allah, taatilah Rasul dan yang mempunyai kuasa di kalangan kamu. " (An Nisa': 59)

Ketaatan kepada pemerintah, ulil amri atau khalifah yang adil yang benar-benar mewakili atau mengganti Allah untuk mentadbir bumi adalah penting, supaya hukum-hukum Allah yang hendak dijalankan dalam negara dapat berjalan dengan baik. Dan supaya kehidupan hamba-hamba Allah juga dapat diurus dengan baik.

Terhadap mana-mana yang degil dan melawan perintah, dibenarkan pemerintah menghukum mereka demi menjaga dan mengawal kebaikan dalam masyarakat. Dengan syarat kesalahan itu betul-betul kesalahan yang menyalahi syariat dan diiktiraf oleh syariat. Pemerintah tidak boleh gubal hukum dan undang-undang sendiri dengan membelakangkan dan menyalahi undang-undang dan hukum Allah. Jika pemerintah berbuat demikian, maka ia akan jatuh kepada hukum fasiq atau zalim atau kafir. Firman Allah SWT:

Maksudnya: "Barang siapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah maka mereka adalah orang fasiq. " (Al Maidah: 47)

Maksudnya: "Barang siapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah maka mereka adalah orang zalim." (Al Maidah: 45)

Maksudnya: "Barang siapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah maka mereka adaiah orang kafir." (Al Maidah: 44)

Kalau pemerintah sudah tidak taat dengan Allah, maka dalam keadaan itu, rakyat tidak lagi wajib taat kepada pemerintah tetapi dalam hal atau perkara yang bertentangan dengan syariat itu sahaja.

Namun dalam hal-hal yang lain yang tidak menyalahi syariat, rakyat wajib terus taat.

Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: "Tiada ketaatan kepada seorang makhluk dalam soal menderhakai Allah."


Pemerintah yang zalim dan tidak adil ialah pemerintah yang mengaut harta negara untuk dirinya, keluarga dan kroni-kroninya. Yang tidak memberi bantuan kepada rakyat yang tidak menyokong mereka atau yang mereka anggap sebagai musuh. Yang menyalahertikan tugas dan tanggung jawab kepimpinan dengan menjadikannya sebagai satu sumber pendapatan yang lumayan. Yang mengambil kesempatan atas amanah rakyat untuk jadi kaya-raya. Yang bekerja bukan untuk kepentingan rakyat jelata dan negara, jauh sekali untuk agama. Yang menindas, menekan, menganiaya, khianat dan berlaku zalim kepada rakyat. Hukuman bagi pemerintah seperti ini sangat berat di Akhirat nanti.

Di waktu ini, marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah SWT. agar negara kita yang dicintai ini akan sentiasa di dalam keberkatan dan rahmat Allah SWT dan kita mendoakan juga agar dilahirkan dan disuburkan pemimpin yang benar-benar bertindak sebagai wakil Allah di dalam kepimpinannya.


Ya Allah! Ya Rahman!
Cucurilah rahmat dan berkat negara Malaysia
Kerajaannya, rakyatnya, aset-asetnya dan seluruh isinya
Jadikanlah negara ini baldatun thoiyibatun warabbun ghafur
Satukan rakyatnya tidak kira etnik, bangsa dan agama
Ya Allah! Berilah hidayah dan taufiq seluruh rakyatnya
Sama ada pemimpin-pemimpinnya, ulama-ulamanya, pegawai-pegawainya dan seluruh penduduk-penduduknya
Selamatkanlah kami semuanya daripada kehinaan dan bala bencana
Makmurkan rakyatnya, aman damaikan kami semuasepanjang masa
Majukanlah insaniah kami dan majukanlah negara kami
Jauhkantah kami daripada sebarang jenayah dan gejala tidak sihat
Peliharalah kami daripada musuh-musuh yang berniat jahat
Berilah kami iman, taqwa, perpaduan sebagai kekuatan
Jadikanlah Malaysia negara contoh dan ikutan
Setidak-tidaknya bagi negara-negara umat Islam seluruh dunia
Jadikanlah Malaysia Madinah kedua sebagai ulangan sejarah
Yang mana ia berjalan di dalam suasana Al Quran dan As Sunnah
Itulah cita-cita kami ya Allah ya Tuhan kami!
Kabulkanlah permintaan dan seluruh hajat-hajat kami

05 February 2009

Pemimpin Kebenaran Vs Pemimpin Politik

Pemimpin - pemimpin politik yang menguasai dunia
yang menentukan nasib manusia hampir berakhir
Mereka sudah lama berkuasa
beratus-ratus tahun lamanya
Tuhan biarkan mereka
bermaharajalela menguasai dunia
kerana menunggu pemimpin yang membawa kebenaran Tuhan
Ada juga yang memperjuangkan kebenaran
caranya pula tidak benar
di samping para -para pejuang kebenaran itu
belum sanggup memperbaiki diri
maka Tuhan tidak beri kemenangan lagi
Sekarang ini pemimpin kebenaran itu
bersama-sama pengikutnya telah membaiki diri
perjuangan mereka tersendiri
tidak mengikut sistem yang ada
awal kurun pun sudah penghujung
tanda kemenangan mereka tidak lama lagi
Di ketika kemenangan mereka
pemimpin-pemimpin yang berpolitik
akan berakhir

04 February 2009

Mujaddid dan Peranannya Dalam Menghadapi Zionis


Salam kawan-kawan kali ni aku nak share satu artikel yang sangat menarik dan relevan dengan suasana sekarang. Harap baca dengan tenang dan cuba fahami tanpa ada prasangka dan prejudis. Artikel ni pernah disiarterbitkan kat Tranung Kite awal tahun ni.


" Siapakah itu Mujaddid dan apa peranan mereka?


Kalau kita faham, persoalan Mujaddid ini amat penting kepada umat Islam. Namun rata-rata umat Islam tidak faham bahkan tidak tahu adanya Mujaddid. Malangnya termasuk para ulama turut memandang sepi terhadap persoalan penting ini. Kalau pun ada menyebut tentang tokoh Islam sepanjang zaman, nama Mujaddid tidak sedikit pun pernah di sentuh . Ini adalah satu kegagalan kita umat Islam dan kejayaan besar musuh-musuh Islam terutamanya Yahudi. Yahudi bukan sahaja tenggelamkan sejarah Mujaddid bahkan Yahudi berjaya meyakinkan umat Islam bahawa Mujaddid tidak ada apa-apa peranan atau perananya kecil sahaja.

Sebaliknya tertonjol ulama yang berperanan kecil tetapi digambarkan sebagai tokoh Islam yang berjasa. Mengapa Yahudi berusaha keras menutup kebesaran Mujaddid? Kerana Yahudi tahu bahawa Mujaddid sajalah yang telah benar-benar mampu menghidupkan roh Islam serta Mujaddid juga yang bakal mengalahkan Yahudi. Sebagai contoh, mana ada dikalangan umat Islam menonjolkan ketokohan para Mujaddid yang lalu. Kalau ada pun kisah hidup Mujaddid tersebut hanyalah sekadar bersifat fakta sejarah tetapi bukan falsafah disebalik sejarah dan peribadi mereka. Adakah kita benar-benar mengenali dan menghayati sejarah perjuangan Umar Ibnu Abd Aziz, Abu Hassan Ashaari, Imam Shafei, Imam Fakhruddin Ar Razi, Imam Ghazali, Imam As Sayuti, cukup sekadar menyebut nama Mujaddid terdahulu. Kita hanya mengenali mereka pada nama dan ilmunya. Jauh sekali dari mengkagumi mereka dan dijadikan sebagai idola. Kemunculan Mujaddid akan datang ditunggu dan paling ditakuti oleh Yahudi. Mereka akan memerangi Mujaddid yang bakal datang. Sebelum kemunculannya, Yahudi sudah pun memerangi Mujaddid tersebut secara perang saraf bertujuan menghakis sama sekali keyakinan umat Islam terhadap Mujaddid. Termasuk para ulama. Bahkan melalui ulama Yahudi berjaya mengajarkan bahawa asal saja disebut Mujaddid akan cuba disesatkan. Maka umat Islam memandang serong kepada siapa saja yang dikatakan Mujaddid. Sekali gus hilang kekuatan umat Islam.

Siapa itu Mujaddid?

Hadis Rasulullah ada menyebut lebih kurang maksudnya, ‘Akan lahir setiap awal kurun seorang yang akan membaharui agama.’ Membaharui agama itulah Mujaddid, bukan membawa agama baru tetapi mentajdid atau mengembalikan roh agama sehingga umat Islam dizaman itu dapat merasakan roh Islam itu seolah-olah baru beragama. Kaedah, pendekatan, teknik, uslub yang dibawa Mujaddid tidak sama dengan ulama sezaman. Mereka adalah Sohibuzzaman, wakil Tuhan, rasul lil Rasul, ulama berwatak Rasul, pemimpin kebenaran dan ketua para Wali. Mujaddid sangat dipimpin oleh Allah swt dab Rasulullah saw. Mereka mendapat ilham dan ilmu hikmah. Mereka juga amat berjaya dalam memimpin roh manusia.


Peranan Mujaddid.


Setiap Mujaddid yang Allah utus setiap awal kurun itu beserta peranan masing-masing. Setiap Mujaddid membawa peranan untuk menyelesaikan atau mengatasi masalah yang paling utama dizaman Mujaddid itu muncul. Contohnya zaman Umar Ibnu Abd Aziz masalah besarnya ialah kepimpinan. Maka beliau mentajdidkan kaedah kepimpinan. Zaman Abu Hassan Ashaari umat Islam menghadapi masaalah dengan percampuran ilmu ketuhanan dengan falsafah. Beliau membawa kaedah mengenali Allah swt melalui kaedah Ilmu Sifat Dua Puluh. Zaman Imam Shafei pula bekaitan dengan memahami hukum hakam dalam Islam. Beliau memperkenalkan Usul Fiqh dan Qawaidul Fiqh. Imam Fakhruddin mengenai Ilmu Al Quran dan Imam Al Ghazali mengenai penggabungan ilmu atau menyatukann ilmu. Dan begitulah seterusnya. Amat besar jasa para Mujaddid dan Mujaddid juga dijamin kejayaan dalam perjuangan mereka kerana mereka adalah pemimpin yang dijanjikan oleh Allah swt.


Kita berada diawal kurun ke 15.


Seorang Mujaddid telah muncul diawal kurun ini. Hanya tidak diketahui siapa orangnya. Kemungkinan besar ini adalah Mujaddid terakhir menjelang kiamat. Mujaddid akhir atau Mujaddid bongsu ini ada keistimewaan tersendiri. Diantaranya Mujaddid bongsu ini diberi kuasa pemerintahan. Perjuangannya bersambung kezaman empayar Islam pimpinan Al Mahdi. Beliau juga adalah orang kanan Al Mahdi bergelar Putera Bani Tamim(PBT). Perjuangan PBT bersama Al Mahdi inilah bakal mengambil alih semula Baitul Muqaddis setelah terlebih dahulu ditawan sepenuhnya oleh Israel. Banyak hadis-hadis mengenai Mujaddid termasuk PBT yang sangat tidak difahami oleh para ulama sezaman kecuali diri Mujaddid itu sendiri faham kerana difahamkan secara ilham oleh Allah swt. Di kalangan Mujaddid hanya dua orang sahaja yang diberi keistimewaan kuasa pemerintahan iaitu Umar Ibnu Abd Aziz, selaku Mujaddid pertama di kurun kedua dan Mujaddid bongsu Putera Bani Tamim di kurun ke 15 ini. Peranan PBT ini amat besar kerana dizamannya umat Islam menghadapi berbagai masalah. Seolah-olah seluruh masalah dizaman Mujaddid terdahulu semuanya terhimpun di zaman Mujaddid bongsu ini. Oleh itu Mujaddid bongsu ini diberi kelebihan untuk mampu mengatasi semua masalah yang banyak serta berbagai jenis itu.


Mengapa Yahudi takut dan berusaha memusnahkan Mujaddid bongsu ini namun gagal?


Yahudi gagal memusnahkan Putera Bani Tamim kerana atas faktor janji Tuhan. Kalau bukan atas faktor janji Tuhan semasa diawal perjuangannya sudah dimusnahkan. Namun Tuhan membela biarpun Yahudi usahakan melalui berbagai cara. Hasil dari kegagalan usaha untuk memusnahkan PBT itu, membuatkan Yahudi semakin yakin terhadap PBT serta yakin akan kekalahan dipihak mereka. Yang tidak yakin hanyalah umat Islam. Para ulama turut menyumbang dalam menjadikan umat Islam ragu terhadap Mujaddid PBT ini. Begitu juga terhadap Al Mahdi. Secara licik Yahudi melahirkan Al Mahdi palsu sebagai mana liciknya Yahudi melahirkan Mustapha Kamal Atatturk yang maha zalim itu. Hingga natijah dari ramainya Al Mahdi palsu maka Al Mahdi sebenarnya pun turut ditolak oleh umat Islam. Namun atas faktor janji Tuhan maka PBT serta Al Mahdi tetap muncul dan bakal menguasai dunia sekaligus mengalahkan Yahudi.

Mengetahui situasi inilah maka Yahudi amat takut kepada dua tokoh simpanan Allah dizaman ini. Kerana melalui pimpinan PBT serta Al Mahdi inilah umat Islam akan membangunkan empayar kali kedua. Bumi penuh dengan keadilan, kemakmuran, aman dan sejahtera setelah menamatkan cengkaman angkara kezaliman Yahudi. Kepada dua pimpinan inilah sumber kekuatan umat Islam yang bukan kekuatan lahiriah tetapi kekuatan rohaniah, karamah atau bantuan Allah. Cuba kita renungkan sejenak, Yahudi ada tempat bersandar kekuatan iaitu Amerika dan Presiden Amerika, dipihak umat Islam mahu bersandar kepada siapa? Mana pemimpin dan negara sandaran bagi umat Islam? Semuanya sudah djinakkan oleh Yahudi semenjak ratusan tahun yang lalu melalui berbagai cara terutamanya sistem ideologi yang sangat terpisah dari Tuhan. Akibatnya iman, taqwa, perpaduan dan syariat Tuhan amat terpinggir dari kehidupan umat Islam. Tuhan sudah tidak dibawa campur tangan dalam menghadapi kekuatan Yahudi. Ramainya jumlah umat Islam, minyak, kuasa beli, sumber asli semuanya tidak menjadi kekuatan untuk menentang Yahudi kerana tiada pemimpin, tiada iman,tiada taqwa dan tiada perpaduan. Lebih-lebih lagi amat jauh dari bantuan dan pertolongan Allah swt yang merupakan sumber kekuatan paling utama. Semua kekuatan itu, yakni bantuan dan pertolongan Allah, pemimpin, iman, taqwa dan perpaduan hanya akan dikembalikan oleh PBT dan Al Mahdi, dua tokoh yang amat ditakuti juga amat dimusuhi oleh Yahudi. Bani Israel sudah pernah membunuh para Nabi. Maka tidak hairan mereka juga mahu membunuh Al Mahdi dan PBT. Malang sungguh umat Islam termasuk ulama kerana turut sama memusuhi tokoh yang bakal menyelamatkan seluruh umat Islam. Kalau beginilah sikap umat Islam, kita sama-sama lihat Yahudi akan terus mengganas tanpa ada kuasa dunia dapat menghalangnya termasuk PBB. Semoga Bush juga berusia panjang agar dia dapat melihat kebesaran Allah melalui Al Mahdi dan PBT dan kebenaran Islam. Juga agar Bush dapat melihat pengganas Zionis akan musnah dan akhirnya terbukti tidak ada apa yang Bush sebut sebagai pengganas Islam. Seluruh dunia akan berkata yang sebenar-benarnya pengganas ialah Zionis Israel.


Artikel ditulis oleh EraTimur

02 February 2009

susahnye cipta lagu

Kala Malam Bulan Sabit Mengambang ,
Malam tadi dari lepas isyak sampai lewat malam aku memerah otak nak cipta lagu... peh susahnye bile idea tak mai... pastu bila idea mai macam2 pulak nak masukkan .. konon nak pelbagai variasi last2 jadi sampai serabut .... ni kalu menjadi dan meletup lagu ni memang sah kena bayar royalti , korang lobi le suruh The Ro'is bayar nanti leh belanja kat nasi kuning , dah lebih sebulan baru nak siap satu lagu... nanti aku nak suruh The DZee test lagu ni jamming kat pend khas ...

Kala Mentari Memancar Suria ,
P jumpa Wak Jenal buat projek buang mazmumah menghinakan diri ... rasakan diri ni hamba .. buat le keje2 buruh ... rendahkan diri , semua manusia saling sandar menyandar ( perlu memerlukan ) buangkan sombong dan pentingkan diri .. Ya Allah bantulah aku membuang mazmumah2ku...

Sempat g pekena nasi kuning ajak arnabun dan azmun sekali .. pastu member lama kat Johor Mr AR macam2 topik dibincangkan semua pasal hal2 bestari ... cikgu bestari , peralatan bestari , suami bestari , kedai bestari tup tup ahli politik bestari ... tang ni aku tergaru2 kepala mana mencari YB mana yang bestari ( dalam kepanasan politik peghak ni )

Kala Mentari Condong Ke Barat ,
P sekolah orghe rumah ... wat keje amal tolong latih budak-budak menepuk kompang ...
Ok .. bunyi kompang ada 2 ye .. satu PUNG satu g PAK ... ready .... pung pung pung pung pak pak pak pak ... untung2 kopak2 sape yang untung sape yang kopak? BN untung PR kopak? PR untung BN kopak? .... rakyat kopak untung?

Kala Senja Menyerlah Mega Merahnya
.... siap2 nak solat le... mzb

01 February 2009

Asal Usul BUBUR ASYURA

Bubur Asyura - Asal Usul dan Pengajaran

Dipetik daripada: http://al-haziq.blogspot.com

Perkara yang sering menjadi adat dikalangan kita ialah memasak BUBUR ASYURAA'. Hal ini disandarkan kepada peristiwa Nabi Allah Nuh as.

Disebutkan dalam kitab Nihayatuz Zain (halaman 196 Syeikh Nawawi Al-Banteni), Kitab Nuzhatul Majalis (halaman 172 Syeikh Abdur Rahman Al-Ushfuri), Kitab Jam'ul Fawaid ( halaman 132 Syeikh Daud Al-Fathoni) bahawasanya ketika mana bahtera Nabi Nuh as berlabuh di bukit Juudi pada hari Asyuraa maka berkatalah baginda kepada umatnya :

"Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih, maka dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila' iaitu kacang ful dan satu genggam kacang Adas dan Ba'ruz dan tepung dan kacang Hinthoh sehingga menjadi tujuh jenis biji bijian yang dimasak"

"Maka berkata Nabi Nuh as : Masaklah sekaliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang".

Maka berdasarkan kisah inilah sebahagian kaum muslimin menjadikan makanan mereka itu daripada biji bijian yang dinamakan BUBUR ASYURAA' (bubur yang dimasak sempena hari kesepuluh dalam bulan Muharam). Dan itulah masakan yang pertama dimasak di atas permukaan bumi setelah berlakunya banjir besar dan taufan yang melanda bumi. Syeikh Ibn Hajar Al Asqolani bersyair dengan katanya

في يوم عاشوراء سبع تهرس بر أرز ثم ماش عدس

وحمص ولوبيا والفول هذا هو الصحيح والمنقول

Maksudnya : Pada Hari Ayuraa' terdapat tujuh yang dimakan iaitu Gandum (tepung) Beras, kemudian Kacang Mash (kacang kuda) dan Kacang Adas (kacang dal).

Dan Kacang Himmash (kacang putih) dan Kacang Lubia ( sejenis kacang panjang) dan kacang Ful. Inilah kata-kata yang sohih dan manqul (yang diambil dari kata-kata ulamak).

Daripada apa yang dibahaskan di atas, maka dilihat bahawa sejarah BUBUR ASYURAA' ini diambil daripada peristiwa arahan dan perintah Nabi Nuh as kepada umatnya ketika dahulu.

Oleh itu, Adakah salah bagi kita mengambil apa yang dilaksanakan oleh umat terdahulu dan apa yang diarahkan oleh Nabi Nuh as kepada umatnya untuk kita pula laksanakannya?

Perkara ini bukanlah termasuk dalam hukum hakam yang ada nasakhnya dalam Syariat Islam. Ianya hanya kisah dan peristiwa yang perlu diambil iktibar dan dihayati oleh umat manusia dan seterusnya beriman dan menghampirkan diri kepada Allah swt dengan sebenar-benar taqwa.

Andai ia arahan tadi merupakan suatu perintah, maka kita mengatakan ia merupakan Ash Syar'uu Man Qablana iaitu perkara syariat yang berlaku pada zaman dan umat terdahulu yang tidak dinasakhkan untuk menjadikan iktibar dan panduan hidup berterusan umat akan datang.

Maka BUBUR ASYURAA' merupakan salah satu daripada perkara yang disebutkan sebagai Ash Syar'uu Man Qablana yang boleh kita amalkan dalam kehidupan kita dan ia tidaklah di anggap sebagai suatu BIDAAH.

Tanggapan sebahagian orang yang mengatakan perkara ini BIDAAH dan adat semata-mata adalah tidak benar. Adat juga boleh menjadi Ibadah andai perkara seperti memasak BUBUR ASYURAA' ini kita jadikan sebagai amalan untuk mengingati dan menghayati peristiwa yang berlaku di zaman Nabi Nuh as. Kerana kelalaian dan lupa dengan tuntutan beragama, dan di sebabkan menuruti kehendak nafsu yang rakus, maka Allah tenggelamkan mereka sehingga tiada suatu pun yang tinggal dan disimpan untuk dimakan melainkan sedikit sahaja.

Maka tidak salah kita adakan Majlis Memasak BUBUR ASYURAA' dengan penghayatan tersebut dan bertujuan untuk memberi makan kepada keluarga, faqir miskin yang sangat memerlukan dan menjamu orang yang berbuka puasa dan sebagainya. Ia akan dihitung sebagai Ibadah yang mulia disisi Allah swt insyaallah.


" Ribuan terima kasih kepada semua sahabat yang menjayakan Majlis Sambutan Ma'al Hijrah pada 16 Januari 2009. Semoga jasa baik anda yang budiman diganjari pahala berlipat ganda."
Hang Musafir