28 February 2009

ZAHIR FADHILAT BATIN WAJIB

4 perkara yang zahirnya fadhilat tetapi pada batinnya wajib :


1. Bergaul dengan orang soleh itu FADHILAT ,
mengikut amalan merek
a WAJIB...

Tok Malau mencelah ... so all bloggers berkawan le dengan orang2 soleh ..kalu kita berkawan dengan tokeh minyak attar sudah tentu perfumenya melekatkan kat kita walaupun kita tak pakai attar tu pun...maknanya kita pun wangi gak kan kan..?


2.Membaca Al Quran itu FADHILAT , beramal dengannya WAJIB

Tok Malau menyampuk .. ramai orang mampu baca Quran , sesetengah tu dengan tarannum lagi tapi ramai yang tak mampu nak amalkan perintah @ larangan al quran tu.. termasuk le tok ni... selalu2 le merintih Ya Allah bantulah hambaMu ini...permudahkanlah aku untuk beramal


3. Menziarahi KUBUR itu FADHILAT ,
bersedia untuk ke sana itu WAJIB

Tok Malau menyibuk lagi .. MATI adalah pasti , hang suka ka benci ka , hang kaya ka miskin ka ... ianya pasti berlaku so memang WAJIB kita menyediakan diri untuk ke sana .. kalu dah pergi tak kembali dah wooi..

4. Menziarahi orang sakit itu FADHILAT , menunaikan wasiat itu WAJIB

Tok Malau lagi-lagi menyibuk .. beruntung le sape2 yang selalu sakit.. HATI tentu sentiasa merintih dan bermunajat Ya Allah Ya Allah ..berbanding ngan orang sihat ni ..selalu lupa. Kadang-kadang ziarah yang sakit mudah nak tunai WASIAT pehh memang susah ... tapi kalu dapat tunaikan pahalanya besor yob blogger semua.

Madah diatas adalah kata-kata Sayidina Usman Ibnu Affan RA

27 February 2009

MADAH TOK GURU TOK MALAU

Kalau di dalam menegakkan kebenaran kita ditimpa kesusahan serta terpaksa meninggalkan kampung halaman,
tirulah Rasulullah SAW di dalam kesabaran,
kalau kita terpaksa mengembara dan berkelana,
ikutilah jejak Nabi Allah Musa a.s,
kalau kita dikurung dengan ketakutan,
tirulah Nabi Allah Yunus a.s,
kalau kita diseksa dan diancam,
buatlah seperti Nabi Allah Ibrahim a.s,
kalau kita diberi nikmat dan kemewahan,
jadikanlah Nabi Allah Sulaiman a.s sebagai teladan,
begitulah seterusnya pada para-para Rasul a.s itu ada tauladan
dan pengajaran.
Sepatutnya orang Islam tidak buntu
bila berhadapan dengan cabaran



Letakkan dunia itu di tangan,
Akhirat di hati,supaya dunia itu senang dibagi-bagi dan akhirat dibawa mati


Jagalah lidah yang lembut ini,
dia boleh merosakkan dan boleh membaiki,boleh memecah-belah boleh mendamaikan,
boleh menaikkan boleh menjatuhkan,boleh menginsafkan boleh meliarkan,
boleh bermusuhan boleh berkasih sayang, boleh membohongkan boleh membenarkan,
engan kata-kata lain lidah adalah penawar, lidah juga adalah racun

25 February 2009

Mari Mengenal Nabi

Salam ... kullu blogger.. Rabiul Awwal tiba lagi...
Jom posting artikel , video klip @ pe2 saje
tentang Nabi kita Ar Rasul SAW untuk menzahir rasa cinta dan kasih kita kepada baginda
yang sangat berjasa ... Sesungguhnya kecintaan kepada baginda merupakan ukuran keimanan kita kepada Yang Esa.

Hayatilah klip vid ni... moga bermanfaat

24 February 2009

Nazam Buat Ar Rasul SAW


* Mari kita bercerita tentang Nabi kita. Iaitu Rasulullah SAW, penyelamat manusia dunia Akhirat.
* Walaupun sebelum ini kita telah menceritakan banyak kali tentangnya.
* Mungkin kita ceritakan di sudut -sudut lain yang belum diceritakan lagi.
* Kalau pun diceritakan lagi banyak kali tidak mengapa.
* Supaya yang lupa diingat kembali.
* Bertambah ingat lagi.
* Nabi Muhammad SAW orang luar biasa yang tidak ada taranya.
* Sebelum dan sesudahnya di kalangan manusia.
* Sekalipun di kalangan para rasul dan para nabi yang telah diberita.
* Dia adalah rohnya malaikat dan tubuhnya manusia.


* Orang paling cerdik dan paling bersih rohnya.
* Di kalangan manusia sebelum dan sesudahnya.
* Maka dia diberi julukan oleh Tuhan ‘fathonah’.
* Bahkan yang paling ‘fathonah’ di kalangan rasulNya.
* Ilmunya bukan didapati dari akalnya.
* Walaupun dia orang yang paling tajam akalnya.
* Dia mendapat ilmu dijatuhkan Tuhan di dalam hatinya.
* Wahyu namanya, dia belajar langsung dari Tuhannya.
* Kerana inilah dia tidak pertu menulis.
* Dan membaca seperti manusia biasa.
* Kerana itulah ilmunya tidak dilupa sepanjang masa.
* Kalau dari akal mungkin dilupakannya.
* Ilmunya menceritakan dunia dan akhirat ’


{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }

* Tawakalnya luar biasa.
* Sebab itulah di malamnya makanan tidak disimpan untuk esok harinya.
* Dan diberikan kepada manusia yang memerlukannya.
* Kerana dia yakin, kalau esoknya dia hidup, Tuhan merezekikannya.
* Dia tidak membunuh orang.
* Walaupun di setengah-setengah waktu dia harus membunuhnya.
* Tapi dia tidak membunuhnya.
* Dia mengambil jalan yang utama, iaitu memaafkannya.
* Kerana itu orang itu Islam di tangannya.
* Beraninya luar biasa tiada tandingannya.
* Dia sanggup lalu di hadapan musuhnya seorang diri.
* Musuhnya tidak mengapa-apakannya bahkan terpinga-pinga.

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }

* Kasih sayangnya sangat ketara.
* Terutama kepada fakir miskin, anak-anak yatim dan janda-janda.
* Orang yang bersalah dimaafkannya.
* Sekalipun orang itu tidak memintanya.
* Pernah hamba sahaya hendak dihukum oleh tuannya.
* Dia membuka bajunya untuk disebat.
* Pengganti hamba sahaya, tuan hamba sahaya itu malu dibuatnya.
* Lalu dimerdekakannya.
* Pernah Rasulullah SAW membeli hamba sahaya kemudian dimerdekakannya.
* Pemurahnya tidak ada taranya.
* Macam angin kencang lajunya.
* Tiada siapa yang boleh menandinginya.
* Dan tidak pernah menghampakan orang yang meminta .
* Sekalipun dia terpaksa berhutang buat sementara .

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }

* Kalau ada orang mengata dan menghinanya.
* Dia diam sahaja, tidak menjawabnya.
* Gembiranya tidak ketawa, hanya senyum sahaja.
* Cuma ketaranya pada mukanya.
* Bahkan tidak pernah menghina orang atau mengata aibnya.
* Sekalipun musuhnya.
* Rasulullah makannya sedikit sekadar mengalas perutnya.
* Dia tidak pernah makan seorang, sekalipun lapar.
* Paling tidak, dia makan berdua.
* Tapi kalau dia tidak suka setengah jenis makanan itu.
* Dia tidak pula mencercanya.
* Kalau dia marah dengan orang, disembunyikan marahnya.
* Sehingga orang tidak tahu marahnya.
* Dia tidak pernah melahirkan jijik kepada manusia.
* Sebab itu dia sanggup makan dengan orang berkudis-kudis badannya.

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya}

* Sabarnya luar biasa.
* Tentang ujian yang Tuhan timpakan kepadanya berbagai-bagai bentuknya.
* Dia redha.Lantaran itu Tuhan beri dia gelaran ‘Ulul Azmi’.
* Yang tiada bandingannya.Bahkan dia ketua ‘Ulul Azmi’ di kalangan rasul-rasul.
* Di tangannya lahirlah murid-murid yang luar biasa.
* Diberi gelaran Sahabat namanya.
* Ratusan ribu banyaknya, lebih seratus ribu bilangannya.
* Ini tidak pernah berlaku di kalangan rasul-rasul sebelumnya.
* Semua Sahabat-Sahabatnya masuk Syurga.
* Kerana dosa-dosa mereka diampunkan oleh Tuhannya.
* Kerana berkat menjadi Sahabat-Sahabatnya.
* Sahabat-Sahabatnya laksana bintang-bintang di langit.
* Rasul adalah bulan pumama.

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya}

* Hatinya tidak tidur sekalipun matanya tidur.
* Menunjukkan hatinya sentiasa jaga.
* Sebab itulah kalau dia tidur tidak membatalkan wudhuknya.
* Dia menghormati manusia sesuai dengan darjatnya.
* Sekalipun orang itu kafir.
* Kadang-kadang dibentangkan serbannya untuk tempat duduk tetamunya.
* Kerana menghormati tetamunya.
* Dia tidak mengutuk dan melaknat makhluk Tuhan.
* Sekalipun binatang yang melata.
* Begitu juga tidak pemah melakukan kesalahan.
* Sekalipun menyalahi utama.
* Kalau dia melihat perempuan, matanya ditundukkannya.
* Dia orang paling pemalu.
* Malunya kalah anak dara yang paling pemalu.
* Kalau dia lalu, tidak dibenarkan perempuan di hadapannya ..

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }

* Ibadahnya banyak, terutama di waktu malam
* Hingga bengkak-bengkak kakinya.
* Dia suka berkhidmat dengan isteri-isteri dan keluarga.
* Bukan diarah-arahkan oleh isteri-isterinya.
* Tapi dia buat dengan sukarela.
* Kerana mencari redha TuhanNya.
* Dia sebaik-baik suami.
* Tidak mampu orang lain membuatnya .

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }

* Bahkan dia berkhidmat dengan musuhnya.
* Satu cerita yang menyayat hati kita.
* Seorang buta yang benci kepadanya .
* Rasul berkhidmat tanpa diketahuinya .
* Hingga sampai waktu wafatnya.
Diganti oleh Saidina Abu Bakar untuk berkhidmat kepadanya.
* Tapi dirasakan olehnya ada kelainan dari sebelumnya .
* Kamu ini siapa?.Saidina Abu Bakar berkata: “Saya Abu Bakar.
* Pengganti Rasul berkhidmat kepada kamu, yang Rasul itu sudah wafat.”
* Si buta itu terkejut!Rupanya yang berkhidmat padanya orang yang paling dibenci.
* Kerana terkejutnya menjadikan dia mati.
* Tapi sempat dia mengucap dua kalimah syahadat, Islamlah dia.

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }

* Kalau dia bersahabat atau berkawan.
Mengutamakan kawannya.
* Bahkan berkhidmat kepada sahabatnya.
* Setiap orang yang bergaul, berpuas hati dengannya.
* Setiap orang merasa dia dihormatinya.
* Walaupun berbagai-bagai peringkat kedudukannya.
* Mari kita teruskan cerita tentang nabi kita.
* Supaya lebih terperinci lagi.
* Cerita dan beritanya.
* Dia manusia luar biasa kekasih Tuhannya.
* Agar lebih nampak dia manusia istimewa.
* Dia tidak akan makan sebelum lapar.
* Dia akan berhenti sebelum kenyang.
* Tidak macam manusia biasa.
* Dia tidak suka makanan banyak jenis lauknya ..
* Kalau dia suka kerana Tuhannya.
* Kalau dia marah pun kerana Tuhannya.
* Bukan kerana peribadinya.

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }

* Bila wafat, boleh dikatakan tidak meninggalkan harta.
* Dia tidak meninggalkan sembahyang jemaah.
* Kecuali sekali saja di dalam hidupnya.
* Iaitu waktu sakit hingga membawa wafatnya.
* Makan minumnya bukan diusahakannya.
* Tetapi setiap kali hendak makan, ada rezekinya.
* Tapi pengikutnya disuruh berusaha.
* Terutama yang ada keluarga.
* Dia tidak menerima upah
* Lebih-Iebih Iagi meminta upah.
* Kerana usaha perjuangannya.
* Tetapi ulama di hari ini, memakan upah.
* Dari usaha dakwahnya .
* Seperti yang dibuat oleh kebanyakan ulama-ulama yang cinta dunia.
* Bahkan ada ulama yang meminta upah dari dakwah dan pengajiannya.

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }

* Takut dengan Tuhan ketara di mukanya .
* Dia beristerikan janda kaya, Khadijah namanya .
Hartanya diserahkan habis kepadanya .
* Tetapi Nabi korbankan harta itu semuanya .
* Dan Nabi, kalau dia berkawan, sebaik-baik kawan.
* Kalau dia di rumah, sebaik-baik bapa
* Kalau dia bersama isteri, sebaik-baik suami.
* Kalau dia memimpin, sebaik-baik pemimpin

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }

* Kalau dia bercakap lantang suaranya .
* Tegang urat merihnya.
* Kalau dia bercakap bak mutiara.
* Sangat berkesan pada jiwa orang yang mendengarnya.
* Kalau dia berucap atau berpidato tidak ada gelak ketawa manusia yang mendengarnya .
* Kerana manusia yang mendengar insaf dibuatnya.
* Tidak seperti ulama-ulama hari ini.
* Kalau mereka bercakap gelak ketawa orang yang mendengarnya.
* Kerana yang dicakapkan itu dari lidahnya.
* Bukan dari hatinya.
* Nabi kalau bercakap singkat-singkat sahaja, tidak meleret, tidak seperti kebanyakan manusia.
* Dia bercakap pendek sahaja.
* Tapi terhimpun berbagai-bagai ilmu di dalamnya .

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }

* Dikatakan oleh hadis ‘jawa miul kalim’ .
* Kata-katanya singkat tapi padat .
* Kata-katanya singkat tapi maksudnya luas .
* Kata-katanya singkat tapi puas dan menggetarkan jiwa.
* Tidak seperti orang lain bercakap berjela-jela, isinya tiada.
* Masa terbuang, cakapnya tidak menggetarkan jiwa
* Kita sambung lagi cerita nabi kita.
* Nabi tidak suka berjalan-jalan membuang masa.
* Juga tidak akan bercakap yang sia-sia.
* Sekalipun tidak berdosa.

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }

* Kalau dia ketawa tidak berbunyi.
* Insafnya dapat dilihat di mukanya.
* Takutnya kepada Tuhan di mukanya ketara .
* Dia melahirkan kegembiraan bila kawan-kawannya gembira .
* Dia melahirkan kesedihan di atas kesedihan kawan-kawannya.
* Rasulullah mudah menangis.
* Kerana takutkan Tuhannya
* Rasulullah tahu Tuhan kasih kepadanya.
* Akhlaknya sungguh agung..
* Tuhan memujinya.
* Bahkan mengatakan dia yang paling bertaqwa di kalangan manusia ..
* Sebelum dan sesudahnya.

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }

* Seolah-olah dia tidak mendengar apa yang Tuhan kata terhadap dirinya.
* Tuhan berkata: “Akhlaknya, sungguh agungnya.”
* Tidak ada siapa boleh menandinginya.
* Tetapi dia tidak merasa bangga, dia tetap merasa hamba.
* Dia tetap dapat mengekalkan rasa takut dengan Tuhannya.
* Rasa kehambaan sentiasa di dalam hatinya.
* Bahkan tidak pernah putus daripada perasaannya.
* Soal Tuhan memujinya itu hak Tuhannya.
* Tapi dia tetap merasa hamba kepada Tuhannya.
* Tawadhuk. dengan Tuhannya, sentiasa ada.
* Sangat ketara, di dalam hidupnya.

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }

* Dia berpakaian jubah dan serban.
* Warna yang disukai kebanyakannya putih dan hijau
* Warna hitam ada juga dipakainya.
* Tapi sekali sekala.
* Makanan yang dia suka, susu dan tamar.
* Daging sebagai lauknya
* Itulah penguat badannya.
* Demikianlah secara ringkas.
* Yang global tentang cerita nabi kita
* Yang tidak disebut berusahalah untuk mempelajarinya. .

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }

* Di dalam sejarah Nabi kita ada dicerita .
* Mukjizat banyak berlaku di tangannya.
* Yang lahir dan yang batin .
* Yang besar ialah Al-Quran dan Al-Hadis .
* Yang kekal sampai ke akhir zaman.
* Untuk pengajaran dan panduan kepada manusia .
* Demi keselamatan manusia dunia dan Akhiratnya .
* Tetapi apa yang disebutkan itu sudah memada.
* Bagi orang yang tiada masa mengkajinya .

Institusi Beraja Kepentingan Negara



Hati Rakyat yang DAHAGAKAN Pembelaan

Kelangsungan institusi raja sesebuah negara amat berkait-rapat dengan kemampuannya untuk “membaca” suasana semasa dan seterusnya menyesuaikan diri menerusi tindakan-tindakan yang perlu. Peneraju institusi raja yang prihatin kepada apa jua perkembangan yang berlaku kepada negara dan rakyat tidak akan teragak-agak menzahirkan pandangannya kepada pihak yang terlibat secara langsung tetapi terhormat.

Di bumi bernama Malaysia, institusi raja mempunyai ruang untuk memastikan negara benar-benar ditadbir secara sewajarnya dari masa ke semasa kerana rakyat hanya berpeluang “menghakimi” kerajaan selepas beberapa tahun iaitu menerusi pilihanraya umum. Kenyataan sesetengah pihak bahawa institusi raja di negara ini adalah simbol semata-mata merupakan satu penghinaan kepada raja-raja. Ianya umpama menyamakan institusi raja dengan objek yang tidak bernyawa seperti bendera dan tugu.

Raja-raja sesungguhnya berada di kedudukan yang amat istimewa bukan sahaja dari segi Perlembagaan malah di hati sanubari rakyat yang dahagakan keadilan dan pembelaan. Apatah lagi sekiranya raja-raja terdiri daripada insan-insan berkeperibadian mulia, berpendidikan tinggi, berpandangan jauh dan yang sentiasa memahami jiwa serta hasrat rakyat kebanyakan.Dalam keadaan di mana negara ditadbir secara lemah dan diserapi unsur-unsur tidak sihat, hanya satu tempat yang ada untuk rakyat mengadu dan menyandarkan harapan mereka iaitu institusi raja sebagai pemulih keadaan. Tanpa institusi raja yang berfungsi dengan berkesan, masa depan negara dan rakyat umum akan mempunyai laluan yang kelam dan berduri.

Daulat Tuanku!

Disunting dari malaysia-today.net

Kesimpulan Tok Malau ... " mari berdiri di belakang Sultan "

Lirik nasyid tema MTQ 2009

Aqidah Pembentuk
Jati Diri Cemerlang


Intro ... kalimah Arab daa..

Luaskan pengetahuan
Tingkatkan keyakinan
Berilmu dan beramal
Tunjang kejayaan
Teguhkan keimanan
Elakkan kemungkaran
Quran jadi panduan
Sunnah diamalkan

Jatidiri mulia
Kasih mengasihi
Hidup berharmoni
Jalinan kasih suci

Aqidah pembentuk
Jati diri cemerlan
g

Bersama membina keyakinan diri
Kekuatan iman penyuluh peribadi 2x
Keimanan ketaqwaan kesabaran
Kemuliaan kesungguhan kejayaan

Bersama membina keyakinan diri
Kekuatan iman penyuluh peribadi 2x

ulang dari rangkap 1

Kukuhkan keimanan
Eratkan perpaduan … perpaduan
Ummah pasti gemilang
Sinar kejayaan 2x

Kuning dulu, kuning sekarang



Pertengahan 2007 sebuah jemaah Rufaqa' Corporation telah melancarkan gelombang kuning dikalangan ahlinya dengan menampal sticker kereta , mengedarkan flyer dan kempen berbaju kuning... yang menyokong kepimpinan YM Yang Dipertuan Agong Sultan Mizan tetapi telah dinasihatkan menghentikan kempennya oleh pihak keselamatan disebabkan ada perkataan yang sensitif dalam kempennya iaitu " SELAMAT TINGGAL DEMOKRASI "
Akhir 2007, sebelum PRU 12 : Gelombang Kuning @ BERSIH : Puluhan ribu rakyat berarak meminta golongan Sultan khasnya YM Yang Dipertuan Agong Sultan Mizan supaya dapat campur tangan dalam politik demokrasi negara kerana kurang senangnya rakyat kepada tampuk pemerintahan kerajaan sekarang. Kebanyakan mereka yang terlibat dengan Gelombang Kuning adalah rakyat biasa yang kecewa - para ahli parti politik dari Pakatan Rakyat juga terlibat dalam GELOMBANG KUNING . Golongan Sultan merespon dengan baik. Perlantikan Menteri Besar Perlis dan Terengganu pasca PRU 12 adalah atas campurtangan para Sultan yang MEMBELAKANGKAN PUTRAJAYA.



KUNING LAGI ? Hampir setahun setelah PRU 12 : Ribuan orang terutamanya dari pihak kerajaan serta golongan rakyat biasa berarak dan menunjuk perasaan menghentam segelintir pemimpin Pakatan Rakyat yang dikatakan terang-terangan menghina raja. Jika kaum bukan Melayu yang menyanggah raja, orang Melayu masih boleh lagi berfikir dua-tiga kali, jika orang Melayu sendiri menghina raja ( terutama raja yang berhemah dan berwibawa) maka itu sukar dimaafkan..


Andaikan dua manusia PUTRAJAYA berbaju biru dan merah ini tewas di landa bah Gelombang Kuning , maka akan adakah rakyat biasa (tidak kira apa kaum) pun yang akan berdemonstrasi menyanggah? Apakah kedua-dua mereka ini akan bertindak sepertimana sanggahan bekas Menteri Besar Perak kepada titah Sultannya atau adakah mereka akan mengeluarkan kata-kata protes di media sepertimana Karpal Singh? ( yang berasal dari kaum yang sangat minoriti sebab itu beliau berani terlebih

Tok Malau menyimpulkan ...sistem demokrasi akan berakhir digantikan dengan sistem kesultanan...

23 February 2009

wordcloud tok malau ...


mamamuar jangan jealous

21 February 2009

JENAKA TOK MALAU

untuk orang-orang politik


Lesen Bergaduh

Wartawan: Mengapa YB ghairah sangat nak jadi orang politik.

YB: Boleh bergaduh dalam Parlimen. Kalau bergaduh di luar Parlimen, nanti orang kata macam budak-budak.

———–ooooo———-

Puji Musuh

Cucu: Sebab apa orang politik mengutuk musuh-musuhnya?

Atuk: Kalau tak kutuk, tak menanglah.

Cucu: Tak boleh ke puji musuh politik?

Atuk: Boleh, tiada halangan tapi syaratnya sebelum puji kena bayar dulu.

Cucu: Tak faham.

Atuk: Mudah saja, tak lama selepas bayar, musuh yang kena bayar itu akan balas dengan pujian juga, dan tak lama kemudian akan berubah menjadi penyokong.

Cucu: Oh, semuanya RM,RM,RM.

Atuk: Inilah berniaga yang segera dapat untung, perniagaan politik dan politik perniagaan, atau jual diri. Bahkan boleh jual negara.

———-ooooo———-

Belajar Dengan Amerika

Wartawan: Boleh Bapak beri sedikit pendapat, bagaimana di Negara Bapak boleh ada pengebom, ya contohnya pengebom Bali.

Bapak: Oh ya, menurut pendapat saya main-main bom ini inspirasi dari Amerika, betul kan?

———-ooooo———-


Kerbau Bajak

Kawan: You ingat ini politik wang macam mana mahu habis?

Samy: Itu macam kalu, banyak susah mau habis sebab sama macam itu kerbau bajak sawah. Dia mau bajak itu sawah,mesti kasi makan rumput dulu. Itu kerbau tarak makan kalu,tarak mau kerja, sudah biasa itu macam dari dulu.

Kawan: Itu kerbau, mana ada sama macam orang.

Samy: Mesti ada sama kalu. Itu kerbau, mau bajak punya jam kasi makan dulu, nanti itu dia punya tuan dapat itu hasil tuai padi. Sama-sama cari makan atas itu sawahlah.

Kawan: Eh, kalau bikin parti politik tempat cari makan, hancurlah parti, mana boleh itu macam.

Samy: Ini macam parti kalu sudah hancur juga, tapi belum lumat.

———-ooooo———-

Cemburu Bini YB Bawak Sampai Mati

Isteri: Abang, kalau Ita mati dulu macam mana keadaan abang?

Suami: Ala, itu pun nak tanya. Abang kawin lainlah.

Isteri: Tak patutnya abang buat kepada Ita macam tu.

Suami: Heh, dah mati pun masih cemburu lagi?

DI AMBANG KIAMAT DAN KEDATANGAN MAHDI

Sebagai permulaan pengkisahan Imamul Mahdi ... meh kawan2 tengok klip vid ini k ...
disunting dari VCD Di Ambang Kiamat Dan Kedatangan Imam Mahdi yang tok beli kat Johor dulu terbitan Deen Publications




Kesimpulan ... Imam Mahdi adalah seorang Penyelamat ... Super Hero yang ditunggu-tunggu untuk menyelamatkan Palestin...ayuh bersama tentera Imam Mahdi

INGATLAH MATI


Ingatlah mati di dalam apa jua keadaan,
Agar kita tidak alpa, jiwa sentiasa subur dengan perasaan cinta dan takutkan Allah.
Kematian itu satu keyakinan dan kepastian yang pasti terjadi.
Mati mesti diingati setiap ketika.

Kerana itu, mati adalah peringatan yang cukup baik. Saat kematian adalah satu masa yang amat dirindui oleh orang-orang yang mencintai Tuhannnya. Itulah jambatan pertemuan antara Khaliq dan hamba. Selepas kematian, setiap manusia akan sendirian, tanpa ayah, ibu, suami atau isteri, keluarga, sanak saudara atau sahabat handaai. Dia sendiri yang akan menanggung nasibnya sendiri.

Dua makhluk yang sangat mentaati Allah akan menanyakan amalannya, namun mereka ini TIADA LANGSUNG perasaan BELAS KASIHAN pada orang yang jauh lari dari Allah. Setiap amal baik dan buruk, pasti akan disoal..

Sabda Rasulullah SAW..
” Setiap manusia yang mati akan terputus semua amalan, kecuali tiga perkara. Ilmu yang bermanfaat, sedekah dan doa anak yang soleh”…



Aku penuh debar dan sungguh cemas
Menunggu hari kematian
Kerna dia datang tanpa ku ketahui

Aku takut di waktu ketibaan kematian
Aku tidak tahu, di dalam taatnya
Atau di dalam kedurhakaan
Di dalam aku mengingatiNya atau di dalam kelalaian

Di waktu taat, husnul khatimah
Jika di waktu durhaka, suul khatimah

Aduh..cemas aku setiap waktu bila mengingati mati
Kerna aku tidak tahu
Nasibku husnul khatimah atau suul khatimah

Hatiku resah selalu. jiwaku terganggu
tapi orang tidak tahu

Aduh, mati adalah penutup segala-galanya
Apa yang dilakukan dan apa yang dirasakan oleh hati,
Itulah yang dibawa ke akhirat

Di sana segala-galanya dinilai
Jika tersilap, di sana tidak boleh hendak dibetulkan lagi

Tuhan!
Tuhan!
Tuhan!

Hatiku sungguh cemas
Aku harap, matikanlah aku
di waktu aku mentaatiMu
atau di waktu mengingatiMu
Kalau berlaku sebaliknya kerana kelemahanku

..kerana aku ini hambaMu
tidak dapat elak dari kelemahan ini…

Dengan RahmatMu Tuhan
Dengan RahmatMu Tuhan


Ampunkanlah dosa-dosaku
di waktu ini


Bila dosaku Engkau ampunkan
Aku seperti tidak membuat dosa
Maka ringanlah bebanku sewaktu ke sana

Itulah harapanku padaMu Tuhan
di waktu detik kematianku..

Engkau sahajalah yang boleh menyelamatkan aku

API AUSTRALIA PEMBALASAN GAZA



Penempatan Yahudi terbesar di Australia adalah di Melbourne seramai 60 000 orang (Wikipedia) . Kawasan ini turut terlibat dalam kebakaran paling buruk dalam sejarah negara itu sejak 100 tahun lalu . Kematian di seluruh negara mencecah melebihi 200 orang, meranapkan hampir 1800 rumah dan seramai 7000 orang kehilangan tempat tinggal. Kemusnahan Gaza oleh puak Yahudi pada bulan Muharam baru-baru ini dibalas oleh Allah di Australia. Tiada siapa yang dapat menghalang kemarakan ratusan punca api itu. Pihak polis menyalahkan sebahagian besar punca kebakaran itu kepada perbuatan arsonists, tetapi pihak pakar cuaca mengatakan ‘bushfire’ di Australia kali ini disemarakkan oleh perubahan cuaca ( CLIMATE CHANGE) luar biasa yang melanda seluruh negara dan juga akibat kesan pemanasan global. Bushfire kecil di Australia adalah perkara biasa, tetapi kali ini ia beratus kali ganda ganasnya beserta sungguh meluas rebakkannya. Melbourne sahaja mencatatkan suhu terpanas hingga 45 darjah celcius akhir-akhir ini. Begitulah kuasa Allah ! Dan ini baru permulaan…

MAIN MAIN TALAK

Daripada: liza
Email: lizafiq@gmail.com

SOALAN: Assalammualaikum, Saya ingin bertanya,suami pernah menyatakan dia tidak akan menyentuh saya lagi ketika itu saya tidak mahu melayan kehendaknya adakah jatuh talak tetapi suami dengan niat bergurau untuk menakutkan saya. Terima kasih

JAWAPAN: Waalaikumussalam.

Suami itu berlafaz dengan lafaz kinayah bererti sindiran, yang perlu kepada niat. Jika kata-kata itu diniatkan sebagai talak, maka jatuh talak serta merta di waktu itu. Jika tidak, maka anda berdua masih sah sebagai pasangan suami dan isteri. Sebaiknya hal talak tidak dijadikan gurauan, kerana sekalipun bergurau tetap akan jatuh talak jika dilafazkan secara sarih atau terang-terangan.

Moralnya : janganlah perkataan TALAK jadi mainan dan gurauan ... silap menalak ... GILA TALAK kang...

20 February 2009

Selamat Bertempur


Selamat berjuang buat semua team blogger APBS ...esok di arena balapan ... acara 200 meter acara pegawai dan acara guru paling kuat menjerit.

Pilihan anda untuk menjadi Juara SUKTAP 2009( tafsir sendiri le )

MERAH
slogan MERAH JUARA ..hidup

BIRU
slogan BIRU HEBAT .. lompat

HIJAU
slogan GREEN PEACE .. takbir

KUNING
slogan YELLOW POWER .. daulat

Beberapa panduan buat semua yang terlibat dalam SUKTAP kali ini.

1. Niat hadir semuanya kerana Allah.
2. Kepada para atlit .. niatkan bersukan untuk menjadi ummat yang kuat dan sihat sebagai persediaan untuk berperang melawan Yahudi nanti.

3. Jaga tingkahlaku dan akhlak... jangan melampui batasan syarak.
4. Pelihara aurat ... jangan le pulak sengaja sengaja bukak aurat ...terutama yang dah baligh tu... sukan dan berlari tak salah niatkan untuk dapat syurga bukan berlari ke neraka.
5. Mohon jasa baik LANUN mengawasi disiplin anak-anak kesayangan kita.

Pilihan acara sukan Tok Malau...memanah dan berkuda , ...kalu ada dah lama tok masuk ... cadangkan le tahun depan acara pegawai ... memanah dan berkuda.. ada berani?
Insyaallah akan datang cerita Kuda Rasulullah dan baru baru ni tok berkesempatan memegang seekor kuda dari keturunan Kuda Rasulullah... kuda pun terpelihara nasabnya ... manusia la ni ???

19 February 2009

ISLAM KEMBALI GEMILANG?



Setiap orang yang mengaku beragama Islam, mahu tidak mahu pasti inginkan Islam memerintah negara ini khususnya, dan dunia ini amnya. Namun ramai yang masih tidak mengetahui bagaimanakah caranya Islam dapat naik semula untuk memerintah dunia ini. Masih ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah caranya Islam boleh muncul sebagai kuasa baru dunia itu. Dan masih terlalu ramai yang tidak nampak apakah ada cara yang sesuai untuk Islam naik. Selain itu, masih ramai yang keliru dengan kaedah kebangkitan Islam seperti yang disebut oleh RSAW 1500 tahun yang lampau.

Dari Nukman bin Basyir katanya,

“Suatu ketika kami sedang duduk-duduk di Masjid Nabawi SAW dan Basyir itu adalah seorang yang tidak banyak cakap.

Datanglah Abu Saklabah lalu berkata, “Wahai Basyir bin Saad, adakah kamu hafaz hadis Rasulullah SAW tentang para pemerintah?”

Huzaifah RA lalu segera menjawab, “Aku hafaz akan khutbah baginda SAW itu.”

Maka duduklah Abu Saklabah Al-Khusyna (untuk mendengarkan hadis berkenaan).

Maka kata Huzaifah RA, Nabi SAW telah bersabda,

“Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu. Maka berlakulah zaman itu seperti yang Dia kehendaki, kemudian Allah pun mengangkat zaman itu seperti yang Dia kehendaki.

Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan yang berjalan menurut cara Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu seperti yang dikehendaki oleh Allah ia berlaku. Kemudian diangkat-Nya apabila Dia berkehendak mengangkatnya.

Kemudian berlakulah pula Zaman Pemerintahan Yang Menggigit (Fitnah). Maka berlakulah zaman itu seperti yang dikehendaki oleh Allah berlakunya. Kemudian Dia mengangkatnya seperti yang Dia kehendaki mengangkatnya.

Kemudian berlakulah Zaman Pemerintah Yang Zalim (Diktator). Maka berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki ia berlaku. Kemudian Dia mengangkatnya apabila Dia mahu mengangkatnya.

Kemudian berlakulah pula Zaman Kekhalifahan yang berlaku menurut cara Zaman Kenabian.”

Kata Huzaifah RA, “Kemudian baginda SAW diam.”

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam kitab Musnad Al-Imam Ahmad bin Hanbal, Juzuk 4, halaman 273. Ia juga terdapat di dalam Kitab As-Silsilatus Sahihah, Jilid 1, hadis nombor 5.


Akibat daripada itu, ramailah yang mengikut-ikut sahaja cara yang sedia ada. Ramailah yang taklid buta dan yang mentaklidbutakan orang, sedangkan pada masa yang sama mereka sibuk mengajak orang ramai supaya jangan bertaklid buta, kononnya tidak akan maju sampai bila-bila. Masing-masing masih tidak jelas apa itu pemerintahan Islam yang sebenar, dan jika dikatakan kepadanya bahawa Islam naik tidak melalui kaedah politik yang digunakan pada hari ini, tiba-tiba sahaja mereka akan garu kepala yang tidak gatal. Tidak kurang pula yang terus menolak tanpa berfikir lagi dan sebagainya.

Setelah itu, timbul pula beberapa persoalan yang amat penting untuk dijawab dengan penuh saksama dan tepat menurut kehendak ajaran Islam yang tulen. Antara persoalan utama yang selalu diajukan jika diberitahu kepadanya bahawa Islam tidak naik melalui sistem yang sedia ada ialah, apakah kaedah itu adalah:

1. Kaedah politik Barat, yang menekankan penggunaan sepenuhnya sistem demokrasi yang diasaskan oleh Barat, sistem politik ala-Barat atau menggunakan gabungan antara sistem demokrasi yang disesuaikan dengan Islam (separuh demokrasi dan separuh lagi Islam )?

2. Kaedah rampasan kuasa seperti yang pernah digunakan di Pakistan, Afghanistan, Libya dan Iran?

3. Kaedah jihad terhadap yang berlainan agama seperti mengebom gereja-gereja, menyerang kuil-kuil dan membunuh pengikut-pengikut mereka seperti oleh KMM, Al-Ma'unah, GAM dan MILF?

4. Kaedah cakna dan memperkasakan ilmu pengetahuan seperti yang sering dilaung-laungkan oleh para sarjana dan cendekiawan Islam di hampir setiap puncak menara gading?

5. Kaedah penguasaan ekonomi seperti yang dicanang dan dipraktikkan oleh para usahawan dan koperat Islam?

6. Kaedah penerapan nilai-nilai Islam yang menekankan penghayatan secara tebuk-tebuk seperti yang pernah cuba diterapkan ke dalam sistem
pentadbiran dan perbankan kita suatu ketika dahulu?

7. Atau adakah cara lain lagi, selain daripada yang di atas, yang boleh digunakan untuk membolehkan Islam naik semula memerintah dunia ini? Jika ada, apakah nama cara itu? Siapa pengasasnya? Di mana tempatnya? Apakah orang itu sudah ada pada masa kita ini? Bagaimana fikrahnya? Bagaimana ilmunya? Apa nama partinya jika dia orang politik? Jika dia bukan orang politik, apakah nama gerakannya? Militankah dia?

Islam tidak akan dan tidak pernah berjaya jika dinaikkan menggunakan kaedah yang lain daripada kaedah Islam itu sendiri. Diumpamakan kita membasuh kain yang terkena tahi ayam dengan menggunakan arak. Itulah umpamanya orang yang cuba menegakkan Islam dengan menggunakan kaedah selain dari kaedah yang ada dalam Islam itu sendiri. Ada yang berkata, kita naik dahulu dengan cara Barat, dan selepas mendapat kuasa nanti, kita tukarlah sistem Barat itu dengan sistem Islam. Cara ini juga tidak betul kerana apabila kita menggunakan kaedah yang selain dari Islam, pastilah hasilnya akan melencong pula dari yang disasarkan.

Kaedah rampasan kuasa tidak akan berjaya kerana bukti-bukti sejarah yang terang jelas menunjukkan bahawa kaedah ini sentiasa gagal membawa keamanan kepada sesebuah negara itu, malah rakyat akan bertambah membenci kerajaan yang didirikan secara kekerasan dan rampasan kuasa.

Kaedah jihad seperti yang cuba dilaksanakan oleh beberapa pihak sebenarnya bukanlah bentuk jihad yang dikehendaki oleh Islam. Ada banyak bentuk jihad yang lain yang lebih sesuai diterapkan kepada orang ramai, sama ada kepada yang beragama Islam sendiri, mahupun kepada orang yang bukan Islam. Jihad dengan senjata bukanlah kaedah yang pertama dan utama yang patut kita gunakan. Lagipun kaedah ini tidak pernah disebutkan oleh Rasulullah SAW dalam hadis-hadis mengenai peristiwa akhir zaman.

Kaedah cakna dan memperkasakan ilmu seperti yang selalu disebut-sebut di hampir setiap forum dan seminar sebenarnya bukanlah kaedah yang terbaik untuk membangunkan Islam. Ilmu yang tidak disertakan tauhid, roh Islam dan amalan hati pasti akan gagal juga. Apatah lagi jika guru yang mengajar agama Islam itu adalah orang yang tidak tentu akidahnya, orangnya fasik ataupun orang kafir. Jika benar dengan memperkasakan ilmu-ilmu agama dapat membangunkan ummah, kenapa sehingga kini universiti masih gagal menunjukkan bahawa merekalah pelopor terhadap kebangkitan semula Islam di rantau sebelah sini? Setakat artikel ini ditulis, tidak pernah lagi ada orang yang berkata bahawa kebangkitan semula Islam pada zaman ini di Timur ini, bermula di universiti, dibangkitkan oleh para pensyarahnya. Kaedah penguasaan ekonomi juga menunjukkan hasil yang hampir sama jika dilihat secara umum, menurut kaca mata orang ramai.

Kaedah penerapan nilai-nilai Islam dalam sistem pentadbiran dan perbankan juga tidak menunjukkan bahawa kaedah ini mampu menjadi peneraju kebangkitan semula Islam pada zaman ini. Malah sebenarnya kaedah ini lebih banyak menghasilkan orang-orang yang berpura-pura dan bersikap berketrampilan (serba boleh). Maksudnya, orang itu akan mempermain-mainkan Islam sama ada secara sedar atau tidak. Misalnya mereka berpakaian biasa yang terdedah sana dan sini pada hari-hari biasa, manakala pada hari Jumaat, bertudung litup. Kemudian pada hari lain, buka semula seperti biasa. Atau contoh lain ialah orang itu boleh menjadi imam sembahyang pada satu masa, manakala pada masa yang lain, dia juga mampu menjadi imam semasa berjudi atau minum arak.

Memang persoalan seperti ini pernah ditimbulkan oleh orang ramai. Pada hari ini, umat Islam sudah mula frust dan fed up terhadap sistem politik yang ada dan digunakan pada hari ini. Mereka bukan tidak mahukan Islam itu naik, tetapi jemaah-jemaah yang kononnya mendukung perjuangan menegakkan sebuah negara Islam masih belum juga menampakkan sebarang persediaan untuk menyambut tugas yang maha besar itu. Mereka masih lagi sibuk dengan cara dahulu juga iaitu bertempik dengan penuh semangat sambil mencerca pihak lawan yang kononnya tidak mahukan Islam, tidak nampak lagi usaha yang bersungguh-sungguh dari mereka, yang menjurus ke arah itu, sedangkan canangannya sudah begitu lama diwar-warkan.

Sebenarnya memang benar bahawa Islam tidak naik dengan cara yang sedia ada pada hari ini, dan sekali-tidak tidak akan naik dengan cara itu. Islam ada sistemnya sendiri yang amat jauh berbeza daripada sistem-sistem yang sedia ada, baik pada hari ini mahupun pada masa lalu.

Jika begitu, persoalannya, bagaimanakah Islam akan naik untuk gemilang kali keduanya?

CINTAKAN BANGSA DAN NEGARA ADALAH BUAH CINTA KITA PADA ALLAH




Krisis yang berlaku di dalam pergolakan politik hari ini semakin menular dan berjangkit pula kepada isu institusi beraja di Malaysia. Dengan tidak semena-mena, institusi Raja pula di libatkan di dalam kancah politik. Hal ini sangatlah membimbangkan kepada bangsa Melayu kerana kisah Jebat kembali mewarnai negara kita walaupun dalam versi yang moden pula.

Bagaimana sebenarnya virus ini menular hingga bangsa Melayu yang terkenal taat setia dan ketaatan dan kesetiaan kepada raja ini juga termaktub di dalam rukun negara untuk semua bangsa, mula dipertikaikan dan membawa polemik yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum.

Apakah yang seharusnya di lakukan untuk meredakan polemik ini dari terus menjadi semakin kritikal ?

Sebenarnya, apabila mendidik manusia, kita kena kenallah manusia itu dan perlu ada ilmunya, ada kaedahnya. Mendidik manusia tidak semudah dikata sekiranya dari kecil tidak pernah diasuh, dari sekolah lagi tidak pernah diperkata tiba-tiba setelah dewasa minta dikota?! tidak masuk akal, tidak munasabah manusia boleh terus bertindak. Sikap dan watak manusia itu adalah hasil asuhan dan didikan ia mestilah dilatih dari kecil lagi barulah berkesan

Marilah kita cintakan agama, bangsa dan negara!

Slogan ini tidak semudahnya orang boleh cinta. Kalau cinta nafsu, memang tidak payah diajar, tidak payah diasuh, orang sudah sedia pandai.Macam cinta laki-laki atau perempuan, ia cinta nafsu mudah berlaku,kita kenalah faham ini. Tapi cintakan agama, bangsa dan negara tidak mudah berlaku hanya sekadar berkata.

Ia bukan cinta kepada sesuatu yang terangsang dan merangsang macam cinta laki-laki dan perempuan. Cinta yang ini mudah berlaku tidak diceritakan pun berlaku, memang setiap hari berlaku. Cintakan agama, bangsa dan tanah air tidak begitu ia perlu diasuh dari kecil, dididik dari sekolah lagi. Ia perlu pemangkin, perlu ilmu, perlu kesedaran, perlu galakan, hingga mendarah mendaging.

Disebut selalu itu hanya hendak menyuburkan sahaja sedangkan asasnya sudah ada, sudah bertapak di jiwa. Diharap semua golongan faham dan ambil tahu bahawa sebenarnya perkara besar, semua hal adalah hasil didikan bermula dari kecil lagi.

Tidak pernah kita dengar orang berkata :

“Aku tidak mahu menipu kerana aku takut bangsa dan negara” atau ada hati kecil berkata: “Aku tidak mahu hasad dengki, tidak mahu berdendam, mencuri, berzina dan lain-lain kejahatan kerana takut negara.”

Atau ada kedengaran orang menberi nasihat seseorang:

“Buatlah baik jangan buat jahat takutlah kepada bangsa dan negara!”

Yang selalu kita dengar atau hati kecil berkata “Aku tidak mahu buat jahat.” atau “Aku hendak buat baik kerana Allah suruh kita.”
“Tuhanlah suruh buat”
“Tuhan tidak suka”
“Tuhan akan masukkan neraka orang yang jahat”

Orang buat baik atau tidak mahu buat jahat ada kaitan dengan Tuhan. Rupanya buat baik atau tidak buat jahat jarang orang kaitkan dengan bangsa dan negara. Cuma kalau orang buat baik kerana Allah, bangsa dan negaralah yang mendapat untungnya.

Oleh itu kalau hendak mendidik manusia, kaitkan dengan Tuhan, yang mendapat untung sudah tentulah bangsa dan negara.Hendak jadikan manusia baik dan tidak jahat kenalkan Tuhan dan asuh manusia mencintai-Nya atau takutkan-Nya bukan ajak manusia cintakan bangsa atau negara.

Cintakan bangsa dan negara adalah buah cinta kepada Allah.

Kalau manusia baik dan manusia sudah tidak jahat, kerana takutkan Tuhan memanglah bangsa dan negara yang mendapat untung.Bangsa dan negara secara automatik maju, aman damai kerana orang takutkan Allah bukan takutkan bangsa dan negara.Tetapi apa yang terjadi sekarang para pemimpin mendidik rakyat cintakan bangsa dan negara. Bangsa dan negara tidak dicintai, Tuhan pun bukan sahaja tidak dicintai bahkan Tuhan pun dilupai.

Cintakan Allah, membawa orang cintakan bangsa dan negara.

Cintakan Allah, bangsa dan negara yang akan mendapat untung adalah bangsa dan negara maju, aman damai dan harmoni.

Jadi cintakan Allah Tuhan semesta, adalah rahsia atau anak kunci orang cinta agama, bangsa dan negar

18 February 2009

PETUA IMAM SYAFIE

4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat


Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

17 February 2009

Mengapa Yahudi Bijak

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, kejuruteraan, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang si ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, si ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga dia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenuh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang Yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yang sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada gen, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang gen dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri daripada kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak-anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.




Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid-murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan kejuruteraan, idea itu akan dibawa ke institut tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan di dunia! Siapakah yang mencipta design Levis yang terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yang pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yang bernas, jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yang perniagaan mereka menurut landasan yang betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell Computer, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika si ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yang mudah tetapi konsisten disamping mendengar muzik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yang elok dan berhasiat yang baik untuk otak, menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yang memerlukan konsentrasi yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yang moron (goblok) dan sudah tentu gen bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapura pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapura dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapura hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! Dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka dipertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Firaun hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yang ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yang telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 muka surat penuh. Esaynya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon



Daripada: Abdullah (Penganalisa Politik & Pendidikan)
Email: eu.geone@hotmail.com

16 February 2009

Jamming Perkusi

Rentak Masri




Rentak Inang



sekali sekala layan perkusi beb... kalu takdak alat perkusi ambik timba kat bilik ayaq ... carry on bro.

15 February 2009

Bermesra dengan alat perkusi

Alat perkusi ialah alatan muzik yang menghasilkan bunyi muzik melalui pergerakan tepukan atau ketukan. Ia merupakan alatan muzik yang dibenarkan kerana menepati syariat. Alat perkusi ini biasanya digunakan untuk mengiringi lagu berentak latin , irama padang pasir dan sebagainya. Irama padang pasir berpadanan dengan rentak taranum alQuran. Ia merupakan satu cabang hiburan yang bermatlamatkan edutainment(hiburan berpendidikan ).

Asas bunyi perkusi berirama padang pasir ialah rentak Masri... sebelum nak tau camne bunyi rentak tu ... mai kenai alatan perkusi dulu k ...

Congga






Darbuka






Bongo






Chime





Djembe

12 February 2009

KATAKAN TIDAK 'VALENTINE DAY'

Ya ... bulan Februari bulan kekasih dan berkasih... itu le minda jahat Yahudi dan Nasrani yang telah meracuni akal fikiran umat Islam hari seterusnya tanpa disedari... merosakkan aqidah.
Apabila hari valentine ini disambut dan dibudayakan ... kalau ada yang menegur dan menyatakan sambutan ini salah dan sebagainya ... maka mereka ini akan dituduh jumud tak up to date , ekstrem dan sesat.
Sedangkan Majlis Fatwa telah memfatwakan ... hukum menyambut hari valentine ini adalah HARAM ... sila rujuk e-Fatwa.




Islam membudayakan kasih sayang setiap detik dan saat ... Kasih sayang yang suci dan murni
bukan kasih sayang hawa nafsu... romeo dan juliet ... uda dan dara ...

Islam mewajibkan berkasih sayang antara hamba dan KhaliqNya

Berkasih sayang dalam rumahtangga , masyarakat , sesama jemaah , negara dan seluruh ummah Islam....

Segala sistem kehidupan ditegakkan mendasari konsep kasih sayang Ilahi ..

Kekeluargaan ... semaraknya kasih sayang
Ekonomi ... muamalah kasih sayang
Politik ... sudah tentu politik kasih sayang ...
Pemimpin ... pemimpin mengasihi rakyatnya...
Rakyat ... menyayangi dan mendoakan kesejahteraan pemimpin

so.. marilah kita jalinkan kasih sayang ... sesama insan dan sesama muslim.




POKOK GHARQAD ( Pokok Yahudi )


TOLONG AMBIL PERHATIAN SEMUA UMATISLAM!!

Hanya menyampaikan..... kalau sapa 2 yang nampak pokok Gharqad ada ditanam di Malaysia nie....harap2 dapat panggil Majlis Agama suruh tebang ok....
Nama lain bagi pokok ni ialah Africanboxthorn.




Masa Tazkeerah Terawih Ramadhan lalu ... seorang ustaz menyampaikan tazkeerah ringkasnya antaranya beliau membacakan hadith ini ...

Hadith sahih riwayat Al-Bukharidan Muslim:
"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi disebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi".

Dengan masa yang agak singkat, beliau menceritakan akan gementarnya puak2 yahudi tentang kebenaran hadith ini, maka dengan rancaknya mereka sekian lama mencari tapak untuk menanam pokok-pokok gharqad ini, dan kini telah ditanam secara meluas di tanah Palestin. Betapa gilanya orang yahudi ini, yang menentang orang islam, tetapi dalam masa yang sama mempercayai kesahihan hadith ini.



Selepas selesai solat terawih, aku masuk ke dunia cyber ini, mencari maklumat mengenai perkara berkaitan dengan hadith tersebut. Banyak artikel yang terdapat dalam internet yang aku jumpa mengenai pokok gharqad ini, ianya juga dikenali dengan nama boxthorn. dalam banyak2 halaman internet yang paling menarik perhatian aku ialah halaman kerajaan yahudi ini sendiri di Israel.



Halaman ini ialah JewishNational Fund.(http://www.jnf.org/ ) dari maklumat yang ada di halaman itu, yahudi ini ada satu Dana Kebangsaan Yahudi yang khas untuk penanaman pokok!!!Bayangkan, satu dana kebangsaan khas untuk tujuan tersebut disamping TUJUAN UTAMAnya adalah mencari tanah untuk puak2 yahudi ini tinggal.

Halaman ini juga menyatakan mereka telah berjaya menanam sebanyak 220 juta pokok dan projek2 lain. Wallahualam la pokok apa yg ditanam sebanyak 220 juta itu. tetapi jika benar, pokok gharqab ini yang ditanam mereka, maka sahlah yahudi ini sememangnya mengakui kebenaran Islam tetapi tetap menentang Islam."

" Islam pasti akan menang di Palestin... ayuh bersama Penyelamat Palestin "


11 February 2009

TIPS UNTUK PEMIMPIN DUNIA

Apabila disebut mentadbir dunia ia adalah mentadbir apa yang ada di antara langit dan bumi. Daripada segala khazanah yang lahir mahupun yang terpendam. Segala bangunan yang dibina mahupun yang wujud semulajadi, manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, wang ringgit, kenderaan, politik, ekonomi, ketenteraan, pendidikan, masyarakat dan lain-lain.

Dunia ini kenalah diurus dan ditadbir. Pentadbirnya adalah manusia, sebagai khalifah Tuhan di bumi. Untuk mentadbir dan mengurus dunia amat susah dan rumit sekali. Ibarat-ibarat dan perumpamaan yang boleh kita beri untuk menggambarkan kerumitan ini di antaranya ialah:

1. Dunia ibarat air laut yang dalam yang dipenuhi dengan berbagai-bagai khazanah dan simpanan Tuhan yang berharga. Manusia dibenarkan mengambilnya tapi banyak manusia tenggelam di dalamnya atau karam di dalamnya.

2. Dunia ibarat gadis yang cantik yang sangat mempersona . Kita disuruh mengurus dan menjaga kehormatannya tetapi kebanyakan orang sebelum orang lain menodainya, dia menodainya terlebih dahulu.

3. Dunia ini ibarat tumbuh-tumbuhan hijau yang senang mata memandangnya . Kita dilalaikan olehnya serta cenderung terhadapnya. Jarang-jarang boleh mendisiplinkan dan mengawal dirinya.

4. Dunia itu ibarat ular . Racunnya boleh dibuat ubat. Ia boleh dijadikan pertunjukan untuk menghibur. Ertinya ia boleh dimanfaatkan tapi jarang orang yang tidak dipatuknya.

5. Dunia itu ibarat madu yang manis . Ramai orang yang suka meminumya. Jarang orang yang tidak tersedak apabila meminumnya.

6. Dunia ibarat kebun yang indah . Penuh dengan buah-buahan, air yang mengalir, ikan yang bermain-main, pokok-pokok bunga yang tersusun dan teratur, bunga-bunganya yang berbagai warna, tempat-tempat rehat yang selesa udara yang segar. Daun-daun yang menghijau, pepohon yang melambai-lambai, rumput-rumput bak permaidani, jarang orang yang amanah menjaganya. Biasanya buah-buahan selalu saja dicuri dan diambil sesuka hati.

7. Dunia ibarat harimau yang ditunggang oleh manusia untuk menuju ke destinasi. Jarang manusia sampai ke matlamatnya. Selalunya mereka dibaham harimau di dalam perjalananya kerana bukan mudah kita hendak mengawal harimau.

10 February 2009

Kebenaran sebuah kelucuan

Kelucuan 1 ,

Setelah sekian lama selama 1200 purnama tok bermastautin di negeri Kuda Kepang , tahun lepas tok dapat balik kampung negeri asal tok Darul Tempoyak.Cucu tok yang umur 6 tahun tu tok hantaq pi sekolah PASTI ... cucu tok punya excited nak p sekolah .. maklum le sekolah baru ..
Tepat jam 11.30 pagi tok dah standby tunggu cucu tok balik .... tapi mukanya tak ceria nak kata sedih tak macam sedih macam muka confius je... jalan pun slow je
Sampai kat rumah ...

Tok : Along , camna kat sekolah best tak?
Cucu atok : Best tok ... kawan along ramai.
Tok : Ye ke ... along dah dapat kawan ke ?
Cucu atok : Dah .. tok
Tok : Sapa nama kawan along tu ..?
Cucu atok : kawan along tu namanya ... er .. er .. atok ( suara tinggi ) ...kawan alongkan semuanya nama HANG ...
Tok : .... ?? Oh Tuhan ampunkan cucuku ini ....

moral : ajaq la anak hang pa semua cakap utara ...


Kelucuan 2 ,

Tok kalu teringat cerita ni ... segala isi pebenda yang dalam perut tok akan menari.

Masa tok bujang2 dulu tok berkhidmat kat negeri Darul Zapin. Suatu hari tok masuk bilik guru tengok takdak satu pun cikgu dalam tu ... boring le plak nak ajak borak2 .. dari membuang masa termenung je . . ( walaupun kadang2 borak borak tu pun boleh dikategorikan membuang masa jugak ) tok pun mengemas fail2 dalam loker tok ... tok bersila le kat lantai ...

tup... tup ... tok dengar ada dua orang cikgu pompuan masuk sambil tergelak-gelak ( dengan nada rendah ) ... pe ke hee nye deme ni ...

Cikgu 1 : Mu tahu aku memang tak perasan betul ... hi hi tobat aku.
Cikgu 2 : Abis mu wat guane?
Cikgu 1 : Aku gi tandas semula deh ...
Cikgu 2 : Ado orghe nampokmu ko ?
Cikgu 1 : Aku tak tau le ... tapi kalu ada orang nampak malu besar aku ... mek
Cikgu 2 : Mu pun satu guane mu leh buat lagu tu ??
Cikgu 1 : Aku nak cepat tadi pastu kepala ni dok tengah serabut ... banyak benda nak buat ni ..

Tok pun heran pebende cikgu-cikgu ni .. tak faham aku ...

Cikgu 2 : Wei .. mu bayangkan kalu mu dok ingat ... mu selambanye masuk kelas lagu tu ... guane ?

Cikgu 1 : ha ha ( gelak besar ) kalu ada orang nampak 40 hari aku tak mai sekolah ... malu aku mek ooi...

Cikgu 2 : ha ha ... ( gelak sama ) kalu mu masuk kelas .. budak budak mesti heran ... pe bende cikgu ni dah gilo ke ...mesti diorang kata mu tak betui ... orghe pakai kain kat luar , kain dalam ... kat dalam le , yang mu ...pakai kain dalam kat luar kain lawa2 tu pakai kat dalam ...

Aku : Ha ha ha ha ... ( gelak lagi beso ) .... tak tahan beb ... memang lawak ...

Cikgu 1 / 2 : ??@?!%^ diorang tak perasan aku ada kat dalam bilik guru ... depa ingat takdak orang.

Tok Malau berpesan
" Cerita ni bukan berniat untuk menjatuhkan aib sesiapa ... sekadar lawak yang boleh dijadikan iktibar terutama kat mamamuar dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya ..."